Wednesday, May 11, 2011

Semuanya Ok...Abang Jangan Risau..


Assalamualaikum kawan-kawan semua..
Saya tgk di ruangan komen pada entry saya sebelum ni mendapat sambutan sampai ada yg berbalas komen dan memberi  pendapat masing2.Seriously saya rasa walaupun kelihatan agak ‘panas' tapi sedikit sebanyak sesetengah pihak dapat meluahkan apa yg dipendam. Tiap dari kita ada mempunyai pendirian masing-masing dan kita akan cuba mempertahankan pendirian kita.Saya tidak menyokong mana2 pihak.Anda bebas untuk bersuara. Harapan saya jangan dijadikan ini sebagai landasan untuk bergaduh sesame sendiri tetapi lebih kepada membahaskan pendirian masing2. Jika anda rasa apa yg ditegur itu salah,teruskan laa dengan cara anda.Jika anda rasa apa yg ditegur itu betul,ambil ia sebagai panduan. Kita Hamba Allah yang tidak sempurna.Ada sahaja salah dan silap kita. Saya harap semua jelas dengan maksud saya ini.
Ok kita lupakan menda ni.Hari ni saya nak cerita berkenaan dengan cara saya dan saya rasa ramai lagi isteri  pelaut yg lain menghadapi hari tanpa yg tersayang dirumah. Rasanya semua dah tahu cabaran seorg isteri yg terpaksa mengalas tanggungjawab menguruskan keluarga bersendirian.Kita semua tahu betapa tabah dan kuatkan wanita2 berjiwa cekal ini. Saya respek pada rakan-rakan seperjuangan saya ini. Kita sesungguhnya wanita yg terpilih.
Tahukah pelaut2 semua yg kami isteri2 ini tiap kali dapat bercakap ditelefon dengan yg tersayang, kami cuba untuk tidak menyusahkan hati sang suami dilaut sana dengan masalah remeh dirumah walaupun dalam hati ni nak sangat berkongsi semua menda. Semua yg baik sahaja dikhabarkan.Jikalau ada masalah besar,walaupun kita mengadu namun kita cuba juga untuk nyatakan kita dapat urus semua itu.
Dikala diri rasa tidak sihat, seboleh mungkin kami cuba untuk tidak membuatkan yg tersayang risau disana.Cuba untuk memberitahu yg semuanya ok dan dapat kita handle walaupun mungkin disaat tu badan rasa lemah sangat untuk bangun dan menguruskan anak tapi hati lebih rasa susah kalau memikirkan sang suami yg mungkin tak senang duduk memikirkan kita.Tidak sampai rasa hati ini untuk meresahkan hati suami.
teringatkan saidiha yg retak tulang kaki. Dikala suaminya tak senang duduk dia kapal dan meluahkan rasa resah di FB kerana tidak dapat pulang, saya baca komen saidiha yg memujuk suaminya dan berkata jgn risaukan dia.Jika tidak dapat balik tak apa ada adik2 yg boleh tgkkan dia.-pic taken from blog saidiha
Dikala di tengah lautan,kita sabar menanti sang suami sampai di pelabuhan jadi kita dapat bersembang lama-lama ditelefon tapi dikala sudah sampai, adakalanya suami agak sibuk dengan bermacam urusan discharge,vetting n inspection la..kami isteri2 cuba faham dan tidak menyalahkan suami.Walaupun dalam hati mungkin rasa kecewa tapi kita tetap bersuara riang tiap kali dapat bersembang walaupun untuk beberapa minit cuma.
Tiap kali dikhabarkan yg sang suami akan pulang,girangnya rasa hati. Rasa ingin dikhabarkan satu kampung. Semua mahu kelihatan sempurna ketika menyambut suami. Untuk kelihatan hebat, Spa dikunjungi dan baju yg menarik dipakai disediakan. Rumah pula dikemas di segala segi. Masakan kegemaran suami dimasak istimewa. Semuanya mahu kelihatan sempurna.
wajah2 riang yg menanti yang tersayang di KLIA-pic taken from Fb kak Rafidah.
 Dan dikala menatap muka suami yg telah terpisah berbulan lamanya.Hanya Allah yg maha mengetahui betapa rasa kasih dan cintanya kami pada suami tersayang. Tangan disalami dan dikucup dengan penuh rasa hormat. Segala rasa susah selama ni terbang begitu saja. Itulah kami,isteri2 yg setia menanti kepulangan suami tercinta.
akhirnya si dia di depan mata.Syukur Alhamdulillah-pic taken from FB Mastika.

6 comments:

  1. ^_______^...

    Setuju liza.... Setiap kali menerima panggilan telefon dari laut, tentunya seboleh mungkin kita cuba untuk menggembirakan hati mereka dan menyorok setiap kesedihan yang kita tanggung disini.. cukup lah mereka dibebani dengan masalah kerja di lautan itu..

    so adik-adik yang sedang berjinak-jinak di alam percintaan, ingat ni ye.. seboleh mungkin elakkan menjawap panggilan telefon itu dengan tangisan... ianyanya sedikit sebanyak akan menyusahkan hati mereka di sana...

    ReplyDelete
  2. waaa sedeynya baca post akak nih...huhuhu...
    tpi btol apa akak ckap..
    saya baru 1st time ditinggalkan lpas bergelar isteri nih...
    semalam bru dia sign on
    sedeynya jgan ckap
    smpai umah trus nanges
    bila abang col, pyala cuba kuatkan hati xnak nanges
    anta msg pon mcam biasa je padahal air mata xberenti2 turun
    asyik ckap kt dri sendiri, xpe abg g kije
    dia g cari rezeki
    nnt abg balikla tu
    huhu...
    mcm manala agaknya bla abg dh sign off nnt
    mau melompat agaknya dpat jpa dia :)

    ReplyDelete
  3. liza tak aci...lisa buat lisa mngis pg ni....huhu

    ReplyDelete
  4. thanks liza..sedey baca blog nih..sedey..sedey...buat mrk yg bakal melalui kehidupan bersama seafarer...kalian semua kena kuat..kena smgt dan tabah..jgn sesekali bercerita perkara yg sedey..happykan diaorg...mrk jauh dari kita..

    kita pun harus bersyukur sbb kita di darat masih ada ramai sedara yang berada di sekeliling kita..mereka..hanya ada bergantung pada sahabat2 di kapal..moga kita wife seafarer kuat..begitu juga kanda-kanda kita di laut biru sana..

    ReplyDelete
  5. Baru bace blog ni.besela sedih2 sy akan google sy pun isteri kpada pelaut.sedih sgt bile berjauhan:'(.sblum khwin slpas khwin mmg beza prasaan bjauhan dr yg tersayang.hr sy tau sy hmil hr tu gk la suami sy dpt kol dr ofis kna sign on lg 4hr.ya Allah hnya Dia yg mngetahui prasaan sy.skrg sudh 6bulan sy hmil.ksibukan kerja dpt kurgkn ksdihan sy.tp ble sy pnat,mlam2 bngun cramp,lnguh2 sy mngis sbb sy xde sesiapa..bukn sakit sgt pun,tp sdih sy sorg2.sy hnya mampu doakan suami agr slamat,dpat balik tman sy bersalin kt cni.rindu n syg suami.redha dgn ketentuan Allah

    ReplyDelete