Friday, June 3, 2011

Adakah anda antara isteri pelaut yg tidak berpuas hati?

Ingat tak tahun lepas kita ada terbaca tentang luahan seorg isteri pelaut ni tentang ketidakadilan layanan yg diberi kepada suaminya iaitu pelaut di sebuah company shipping terbesar di Malaysia..Rasanya ramai antara kita yg ingat dan boleh agak company mana yg dimaksudkan..Masa saya baca tu..dalam hati saya berkata..beraninya akak ni luah camtu..Tapi bila saya fikir-fikirkan kalau tak diluahkan..tak siapa tahu dan sampai bila nak didiamkan jer..tapi kami isteri2 ni tak berani nak komen lebih2..iyerla ini periuk nasi suami juga..Apa kata kita imbas kembali luahan tersebut yg dipaparkan dalam Utusan Malaysia 15/05/2010..

Sumber dari sini

Susah payah pelaut negara cari rezeki

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini menyarankan agar bidang perkapalan dipromosikan kepada remaja Malaysia. Memang benar Malaysia mempunyai kemahiran dalam industri kapal, minyak dan gas, juga merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Terima kasih Tun kerana membangkitkan hal ini. 


Untuk pengetahuan, suami saya telah bekerja selama hampir 20 tahun dengan syarikat perkapalan terbesar di Malaysia. Selalunya beliau belayar selama empat hingga ke enam bulan. Memang kerja beliau amat mencabar dan memerlukan tahap kemahiran, pengalaman serta kesabaran yang tinggi. 


Walaupun dibayar dengan gaji agak ‘banyak’ mengikut pangkat dan pengalaman tetapi yang amat tidak faham (mungkin juga isteri-isteri pelaut lain) ialah mengapa gaji mereka masih lagi rendah berbanding dengan pelaut luar yang baru bekerja di syarikat tersebut terutamanya dari Filipina. Mereka dibayar mengunakan mata wang USD? 


Lebih mengecewakan kebanyakan mereka tidak tahu buat kerja. Pengalaman kerja kosong! Apakah kelayakan pelaut kita dari Akademi Laut Malaysia (ALAM) ini tidak cukup bagus berbanding dengan pelaut luar? 


Mereka juga susah untuk membuat pinjaman di bank, sama ada pinjaman peribadi, rumah atau kereta. Dengan alasan mereka belayar kapal, slip gaji tak laku, kerja kontraklah dan seribu macam alasan.
Kalau dapat pun pinjaman, faedah yang dikenakan amatlah tinggi. Nasiblah ada juga isteri-isteri mereka yang bekerja, boleh juga membuat pinjaman sendiri walau pun hakikatnya yang membayar adalah suami masing-masing. 


Bagaimana pula jika isteri-isteri mereka tidak bekerja? Bagaimana mereka hendak membeli aset-aset untuk masa depan? Di manakah keistimewaan pelaut kita sebagai rakyat Malaysia?
Mereka bertungkus-lumus bekerja di tengah lautan mencari rezeki dengan berbulan-bulan meninggalkan keluarga. Kami tak kisah pun sebab itu kerjaya mereka. Tetapi kenapa kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik? Di manakah mereka hendak mengadu ketidakpuasan hati masing-masing? Mungkin perkara ini tidak diketengahkan kepada pihak atasan, malah mungkin pihak atasan tidak tahu langsung mengenainya. 


Saya dan juga isteri-isteri pelaut yang lain betul-betul tidak faham, sedih dan kecewa dengan situasi ini. Adakah syarikat berkenaan terlepas pandang perkara tersebut atau buat-buat tak pandang?
Diharap pihak berwajib tolonglah buat sesuatu. Kajilah kembali gaji dan kebajikan mereka sebelum ramai lagi pelaut Malaysia di syarikat itu ‘merajuk’ dan lari ke syarikat lain dengan tawaran yang lebih baik. Malah itulah yang sedang berlaku. Masih tak nampak ke?


Mereka masih sayang dan setia dengan syarikat ini kerana ia milik Malaysia. Tetapi adakah syarikat ini sayang kepada rakyat negara sendiri? 


Kuala Lumpur

JADI KENGKAWAN SEMUA...ANDA SETUJU KE DENGAN APA YG DILUAHKAN NI????
IF YES,IS THERE SOMETHING WE CAN DO ABOUT THIS???

-posted by Hasliza-

15 comments:

  1. amat2 setuju sbb dh kena atas batang hidung suami sendiri!!!!

    ReplyDelete
  2. MASALAH NI BERMULA DARI GOVERMENT TU SENDIRI.. SEJAK DULU MEMANG DIORANG TAK AMBIL TAHU.. TAPI KALU BAB INCOMETAX DAN LAIN2 TAX TAU PULAK NAK CARI PELAUT.. WELLFARE TAK PERNAH PULAK NAK JAGE.. KALO PERKERJA ASING DATANG MALAYSIA PUNYE LA BAIK DIORANG LAYAN.. NI SEMUA NAK GLAMOUR..

    ReplyDelete
  3. Saya dan juga isteri-isteri pelaut yang lain betul-betul tidak faham, sedih dan kecewa dengan situasi ini-
    adakah kakak ini ahli geng kapal?
    jeng-jeng-jeng..tabik!tabik!

    ReplyDelete
  4. SAMPAI HARI NI DISKRIMINASI WARNE KULIT TETAP MASIH TEBAL DI NEGARE KITE.. SEHINGGA MEMANDANG RENDAH RAKYAT KITE SENDIRI..WALAUPUN PADE MULUT IA DAH TAK ADE, TAPI HAKIKAT SEBENARNYE TIDAK.. JADI DISINILAH PELUANG SYARIKAT2 PERKAPALAN DALAM NEGARE MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP PELAUT.. KERJA KAT ATAS LAUT TU SAME JE.. TAPI KENAPE DIORANG SANGGUP BAYAR ORANG LUAR LEBIH.. NI SEMUE KOMISEN.. DUIT PUNYE PASAL..

    SATU JE CARE BOLEH SELESAIKAN MASALAH PELAUT, PERNAH DENGAR PELAUT AUSTRALIA, GOVERNMENT DIORANG CAMPUR TANGAN DALAM MENGURUSKAN PELAUT..DARI STANDARD GAJI HIGGA SEMUA YANG BERKAITAN KEBAJIKAN DENGAN PELAUT, GOVERNMENT DIORANG YANG TETAPKAN, JADI COMPANY TAK BOLEH SUKE2. SILAP HARI BULAN COMPANY YANG KENA FINE. COMPANY PERKAPALAN KAT NEGARE DIORANG PUN TAK BOLEH SUKE2 NAK AMBIL PELAUT DARI LUAR BAWAK MASUK KERJA DENGAN MEREKA..KALAU PELAUT WANITA, SIAP DAPAT PAYMENT UNTUK MATERNITY LEAVE SKALI.. UNTUNG TAK.. UNTUNG TAK PELAUT DIORANG???BUKAN ITU JE MACAM2 LAGI..

    KAT MALAYSIA, TAK BOLEH BUAT PUNYE BUAT MASE SKRANG, OWNER2 COMPANY PERKAPALAN TU SAPE PUNYE? ORANG YANG BERKUASE DALAM GOVERNMENT TU SAPE? DIORANG SEMUA ADE LINK, ADE SHARE, ADE BAYAR UNDERTABLE.. SELAGI BENDA NI MASIH ADE, MEMANG TAK BOLEH BUAT APE.. DIORANG ADE KUASE, DIORANG ADE DUIT..TAK KAN DIORANG NAK LEPAS SEMUE NI SEMATE NAK JAGE PELAUT..

    PERNAH KE DALAM PARLIMEN BINCANG TENTANG PELAUT, TAK PERNAH KAN. SEMUA KAT TANGAN ANDA, ANDA YANG PANGKAH..

    ReplyDelete
  5. yes saya sokong si penulis tu... hubby saya pun terima nasib yg sama...2nd dari luar ada yang tak reti buat kerja...

    ReplyDelete
  6. rasanya semua pelaut menerima nasib yg serupa..what to do?

    ReplyDelete
  7. penah satu ketika saya sign off bersama dgn pelaut dr indonesia..saya tanye adakah dia akan sambung..dia kata dia x mahu sambung kerana malu gaji ya lebih tinggi dr kapten sedangkan dier chifmate..

    ReplyDelete
  8. btul, gov tu kna msuk cmpur hal ni jugak..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...
    saya sangat.... SETUJU. masalah yg diutarakan bkn hanya berkisar kepada syarikat perkapalan tsb sahaja, malah juga syarikat perkapalan lain.
    suami saya seorang C/O disebuah syarikat offshore di malaysia juga biasa complaint masalah begini berlaku disyarikatnya bekerja. pelaut2 dlm negara dibayar lebih rendah berbanding pelaut2 yg di import dr Philippine dan Indonesia, sedangkan skop kerja mereka sama tidak kira dr dlm negara @ tidak. apa istimewanya mereka ni sehingga dibayar lebih??? masalah kekurangan C/O dan Capt selalu terjadi kerana ramai angkat kaki ke company yg lebih "adil" bayarannya.
    consequence? selalulah tak ada ganti utk post tsb menyebabkan suami sy susah nak signoff... kenapa seaman Malaysia dianaktirikan oleh syarikat Malaysia sendiri???
    bukan itu shj masalahnya, dr segi taxes charge pun menimbulkan masalah. sejak suami bekerja dlm bidang perkapalan offshore, gajinya dikenakan cukai atas alasan dia tak belayar kat open sea(??). sedangkan dahulu semasa di atas tanker gajinya dpt tax waiver. hakikatnya, kerjanya sama, tetap tinggalkan family berbulan2 utk sailing...
    di NZ & philipine seaman club nya kuat sehingga boleh menetapkan standard tertentu yg perlu dipatuhi oleh companies di sana.. seaman club kita buat apa yek?

    ReplyDelete
  10. sape bleh bagitau sya
    standard fixed untuk gaji pelaut
    means ia tidak bleh kurang daripada yg ditetapkan
    - FG ?
    - CS ?
    sesape yg taw? adekah goverment yg tetapkan?
    dan kat mane nk refer or tgk yek?
    *10 tahun lepas boleh laa ckp gaji kita tggi, tapi skrg gaji org keje goverment naik, minyak naik, barang harga naik, kos sara hidup naik tapi tkde sapa nampak gaji pelaut nie
    haha gaji pelatih surveyor pon lagi lumayan skrg

    @shidah
    yupp, kuasa persatuan pelaut di philipine sgt kuat, diangarkan tiap seorang dari family atau keluarga disana berkhidmat sebagai pelaut^^

    ReplyDelete
  11. banyak pelaut dr luar kerja kt sini... tp bila pelaut malaysia nak mintak keje dorg kate xde kosong...banyak pelaut malaysia yang menganggur berbulan bulan.... kenape pelaut malaysia susah cari keje??sebab komisen ke??? errmmm....

    ReplyDelete