Tuesday, June 14, 2011

Sebuah lagi Kapal pengiring di Teluk Aden

Assalamualaikum..
Semestinya ramai antara kita tahu yg semua kapal MISC yg melalui Teluk Aden akan diiringi oleh BM5 dan PASKAL. Alhamdulillah dgn adanya iringan PASKAL ni..hati kami pasangan pelaut kat rumah ni rasa lega sikit walaupun tiap kali kapal suami melalui perairan Aden ni,doa kita tak pernah putus moga suami kita dan semua anak kapal dilindungi Allah sentiasa. Tragedi tahun 2008 ketika Melati 2 dan Melati 5 ditawan lanun  masih lagi tersemat di ingatan kita. Takkan sekali kita lupakan kejadian yg membuatkan semua keluarga pelaut merasa gentar dengan ancaman lanun.

Dengan adanya OPS FAJAR dari Angkatan TLDM, kapal Malaysia Bunga Laurel telah berjaya diselamatkan dari tawanan lanun pada Januari lepas. Leganya hati saya masa ketika mendengar khabar tersebut. Maka terbuktila keberkesanan OPS FAJAR ini. Untuk pengetahun kengkawan, kesemua krew kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas Lima (BM5) yg terlibat untuk membebaskan 23 krew kapal MT Bunga Laurel serta memberkas tujuh lanun warga Somalia yang menawan kapal dagang itu telah diberi anugerah istana oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mac lepas. Ini adalah tanda penghargaan kepada keberanian mereka. (sumber dari SINI )

BM5 escort kapal2 Malaysia
*pic from HERE

BTW,back kepada tajuk asal..saya terjumpa satu news kat Utusan Malaysia Pada Bulan Mac lepas yg
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ada mencadangkan kepada MISC untuk menambah sebuah lagi kapal pengiring bagi mempertingkatkan keberkesanan OPS FAJAR.

"Kita telah suarakan cadangan kepada MISC dan saya difahamkan MISC akan beri perhatian atas cadangan ini.
“Adalah wajar untuk satu lagi kapal disediakan supaya ia akan lebih melancarkan pergerakan dan TLDM berpendapat sekiranya dilaksanakan ia memberi peluang pulangan komersial yang terbaik bagi MISC dan negara,” katanya selepas Majlis Perjumpaan anggota Ops Fajar Ke-8 bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di KD Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini. – Bernama
(Sumber dari SINI)

Personally semestinya saya menyokong cadangan ini.Semoga MISC akan bersedia untuk menambah sebuah lagi kapal.Cuma saya terfikir,  
ADAKAH OPS FAJAR INI HANYA MELINDUNGI KAPAL MISC SAHAJA??KAPAL MALAYSIA YG LAIN??
Kesian la kan pada kapal2 mesia yg lain. Tapi berdasarkan yg saya baca di Blog Through The Waves ..ini yg dinyatakan penulis:

"OPS Fajar adalah utk kapal2 dagang yg didaftarkan di Malaysia yg membawa komoditi negara dan juga kapal2 dagang milik syarikat negara yg x didaftarkan di Malaysia tetapi membawa komoditi negara...keyword disini adalah komoditi.. apa yg jadi sekarang adalah...nampak macam monopoli escort ni tertumpu kepada MISC sbb kapal2 kompeni ni je yg selalu menggunakan Gulf of Aden utk ke Eropah dan Timur Jauh vice versa...melalui terusan Suez..."
* detail Click SINI


Susulan dari tajuk ini, saya akan berkongsi apa yg diluahkan oleh salah seorg isteri pelaut yg suaminya telah ditawan lanun pada tahun 2008 yg lepas. Kita selami pengalaman isteri yg tabah dan redha dengan dugaan Allah ini.Insyaallah.
 

4 comments:

  1. Doa saya utk sidia.. Skrg dalam Kapal BM5..
    Semoga perjalanan pergi & balik dilindugi Allah swt.

    ReplyDelete