Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Sumbangan untuk mangsa Tragedi Kebakaran Kapal MT Alpinia


UPDATED 31 July 2012
Semalam dilaporkan mangsa ke-5 tragedi kapal MT Alpinia telah pun ditemui didalam perut kapal. Al-Fatihah buat arwah  Muhammad Nazrin Khamsani dan Takziah buat keluarga arwah.Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka.Jenazah dijangka tiba di KLIA pada jam 730pm harini dan akan dikebumikan di kampung bukit belimbing, Kuala Selangor.

Semoga mereka yg sudah pergi ini damai disana.Ya Allah ampunilah dosa mereka dan tempatkan mereka dikalangan hambamu yg dikasihi.Amin.

Untuk makluman semua tabung sumbangan akan terus dibuka sehingga 10 ogos 2012. Terima Kasih.

UPDATED 28 July 2012:
Jumlah Kutipan Meningkat dari masa ke semasa.Terima kasih kami ucapkan diatas keikhlasan rakan-rakan semua.Seharian kami dihubungi oleh rakan2 yg bertanyakan no akaun.  Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.Sesungguhnya kita semua memang satu keluarga yg besar.

 Arwah Shahril Azmi sudah selamat dikebumikan malam tadi di serting dan dua lagi iaitu jenazah arwah Zahari Hassim dijangka tiba di ayer kuning , Gemencheh  dan Arwah Mohd  Hanafi Khalil juga dijangka tiba di Tumpat,Kelantan malam ini.

Hari ini Mangsa Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman juga telah ditemui. Dikhabarkan mangsa meninggalkan balu dan 2 org anak.Sedihnya bila memikirkan mereka yg sudah kehilangan ketua keluarga. Takziah kami ucapkan. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

Pada yg sudi menghulurkan sumbangan bolehla menghubungi
Azie 016 -6654272 atau Liza 017-2499241
untuk sebarang pertanyaan no akaun. Sumbangan akan dikutip sehingga 10 Ogos 2012. Kemudian kami akan bahagikan kepada 4 keluarga arwah warga malaysia. Insyaallah wakil2 akan melawat keluarga mangsa untuk menghulurkan sumbangan.Sumbangan ini hasil kerjasama Partners Geng Kapal(PGK),Isteri-Isteri Pelaut(IIP) dan Komuniti Perkapalan Malaysia(KPM).


Terima Kasih. 


Posted by Liza Fitri 

 27 July 2012
Assalamualaikum w.b.t..
Semalam kita dikejutkan dengan tragedi yg menimpa kapal MT Alpinia di Labuan. Kapal ini mempunyai 29 anak kapal yg terdiri daripada warganegara Malaysia dan Filipine. Seramai 24 org anak kapal berjaya diselamatkan namun malangnya 1 masih dilaporkan hilang dan4 orang telahpun ditemui dah disahkan meninggal dunia.
Gambar dari Blog KPM

Sesama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Greaser Shahril Azmi Baharudin,Mohd Hanafi Khalil dan Zahari Hassim. Semoga arwah semua ditempatkan di kalangan orang beriman.Kita doakan  Semoga Allah mempermudahkan urusan menemui Muhammad Nazrin Khamasani dengan kadar segera. Jika ditakdirkan beliau masih hidup engkau selamatkanla dia dan sekiranya dia ditakdirkan sudah tiada lagi, Ya Allah kau ampunila dosa beliau dan pertemukanla jasadnya dengan segera. Ya Allah tempatkan mereka semua dikalangan orang yg beriman. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ahli keluarga mangsa yg terlibat.Takziah dari kami di geng kapal.Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yg memikul.

Berikut merupakan senarai nama mangsa:

Terkorban: Shahril Azmi Baharuddin, 28 tahun, Melaka, Greaser
Terkorban: Muhammad Nazrin Khamsani, 20 tahun, Kuala Lumpur, Deck Cadet
Terkorban: Mohd Hanafi Khalil, 24 tahun, Melaka, Ordinary Seaman
Terkorban: Zahari Hassim, 46 tahun, Negeri Sembilan, Pump Man
Terkorban: Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman


Tragedi ni memberikan impak kepada semua warga komuniti kapal di Malaysia. Walaupun mungkin kita tidak saling kenal mengenali namun bila diduga dengan kejadian sebegini, rasa sebak dan hiba terus terasa. Maka marilah kita bersama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada semua keluarga 4 mangsa warganegara Malaysia. Sumbangan anda amatla dihargai.Sedikit sebanyak keprihatinan kita dapat meringankan beban keluarga. Insyaallah.


Sumbangan juga akan dibuat di Komuniti Perkapalan Malaysia . Sebarang update berkenaan kejadian ini bolehla rujuk pada Facebook KPM ataupun blog KPM.  

Bagi ahli2 Partners Geng Kapal dan Isteri-isteri pelaut bolehla rujuk no akaun Maybank Noraziyawati Muhamad iaitu admin PGK selaku wakil yg akan mengumpulkan duit2 sumbangan di dokumen group masing2.

Untuk individu yg mahu menyalurkan sumbangan boleh juga SMS Azie 016 -6654272 atau Liza 017-2499241 untuk mengetahui no akaun. harap maaf no akaun tidak dipaparkan disini atas sebab2 tertentu.

Sumbangan akan dikutip dari hari ini  27 July 2012 hingga 10 August 2012 dan hasilnya akan dibahagikan sama rata diantara keluarga terlibat oleh wakil2 yg akan pg melawat keluarga mangsa nanti.

Terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah akan membalas jasa baik rakan2 semua.Insyaallah. 




Sunday, September 25, 2011

Alah Bisa Tegal Biasa

Assalamualaikum...lamanya saya tak update blog ni.Sorry sangat2..saya kekeringan idea nak citer pasal apa+saya sibuk beraya..hehee...spending quality time with hubby sebelum dia dah berangkat pergi kerja last 2 days.

Cakap pasal pepatah alah bisa tegal biasa ni.. sepatutnya kita isteri pelaut ni yang dah biasa berpisah dengan suami,kita akan jadi biasa kena tinggal.Tak ada la sedih sangat2 kan..but its not true. Tiap kali opis dah call suami untuk On,kita dah mula diundang rasa tak best. Rasa sedih jer..lagi2 bila saat nak hantar hubby pergi, hati tetap rasa sebak dan susah untuk lepaskan dia pergi. Macam saya masa hantar hubby ke KLIA haritu,saya dah kata kat diri untuk jadi kuat. Tapi bila tengok hubby yg makin menjauh dan si anak yg tak jemu melambai papa dia pergi, air mata saya bercucuran jatuh. Namun tetap juga memujuk hati kerana takut si anak sedih plak bila tengok mama dia nangis.

pic from google
Tapi mungkin dengan masa, kita jadi lebih kuat bila ditinggalkan. Teringat saat saya pertama kali ditinggal masa lepas kawen dulu. Masa tu saya pregnant 4 bulan.Boleh kata tiap2 hari saya nangis. Bukan setakat nangis air mata bercucuran,ini siap nangis beria2 dengan teresak n panggil2 nama suami..hehhee..bila dikenangkan, sungguh beria saya nangis.Tapi masa tu memang rasa sedih sangat2. Maybe sebab saya pregnant dan terlebih emo :)

Tapi sekarang, bila hari kedua jer hubby pergi, saya dah mula kuat. Saya singkirkan rasa sedih dan sibukkan diri dengan aktiviti lain. Lagipun anak tetap ada disisi saya sebagai peneman saya. Kengkawan semua, kita semua wanita terpilih yg diuji oleh Allah untuk tinggal berjauhan dari suami. Berbanggala anda semua. Dan kuatkan hati menghadapi semua dugaan di kala suami jauh. Nikmatnya jadi isteri pelaut hanya kita yg tahu walaupun orang luar sentiasa kesian melihat kita. Sejak saya kenal geng kapal dan kengkawan geng kapal yg tinggal berdekatan dengan saya. Saya tahu saya tidak bersendirian lagi. Mereka sentiasa ada disisi saya. saling menemani,tolong menolong dan beraktiviti dikala suami jauh. Terima kasih dear friends.

Kesimpulannya, kita tetap alah dan tak biasa ditinggalkan namun dengan masa kita jadi semakin matang dan lebih kuat untuk menghadapi cabaran sebagai isteri pelaut. Untuk yg baru dan akan berpisah dengan suami dalam masa terdekat ni, tabahkan la hati yer dan pada yg sedang menunggu kepulangan suami, Bergembiralah kengkawan dengan suami tersayang.Enjoy every precious moments together. Semoga rumah tangga kita semua dilindungi Allah dan kekal hingga ke syurga. Amin.

Saturday, August 20, 2011

untung jadi wife org kapal...banyak duit woooo..

Assalamualaikum...
Saya nak tanya..saper kat sini pernah org sekeliling cakap camtu..angkat tangan....rasanya ramai yg angkat tangan ni...ini menda yg common la..org memang selalu cakap camtu..so betul ker kengkawan????kengkawan semua banyak duit ker sampai berlebih2???


Bagi saya..saya bersyukur dengan rezeki yg Allah bagi..alhamdulillah mencukupi untuk kami anak beranak.Bila suami dapat bg pulak rumah dan kereta yg selesa..lagila sangat bersyukur. Sepertimana kakak2 or kengkawan  yg terlebih awal bergelar isteri org kapal..saya juga sempat merasa masa gaji officer ciput jer dulu..bila dah mula revise gaji tak silap saya tahun wafiy lahir..barulah nampak banyak sikit..tapi bila gaji naik..komitment pun  naik...adeih...betul la kata org..lagi besar periuk..lagi banyakla keraknya.

Dengan tahap gaji second mate MISC, gaji suami nak kata berlebih takder la..org kena tahu kita ni time hubby cuti..gaji dah tak masuk..harapkan leave pay yg masuk bersama gaji sebelum ni la untuk kita berjimat n save bg bayar komitment tiap2 bulan..ramai pula antara kita yg tidak berkerja jadi sumber pendapatan adalah dari suami.Kalau time suami belayar memang la best gaji masuk tiap2 bulan..tapi hati merana sebab suami jauh..tapi time suami balik..gaji plak tak masuk..kalau dah lebih 3 bulan tak berlayar tu..mulala resah gelisah memikirkan komitmen yg perlu dibayar..betul tak kengkawan??

Jadi kesimpulannya, jadi wife org kapal takder la banyak duit sangat.sama jer macam org lain.Rasanya gaji yg diterima adalah upah yg dibayar untuk pengorbanan suami berjauhan dari keluarga dan menempuh bahaya hampir setiap hari dilaut sana. Kalau suami keja darat mestila kurang sket gajinya..tul tak??janganla didengki kami isteri2 pelaut ni. Duit tak mampu menggantikan suami yg jauh tapi kami bersyukur dalam dunia yg sentiasa memerlukan duit ini, hubby mampu untuk support kami sekelurga. Rezeki datangnya dari Allah yg penting kita sentiasa bersyukur dengan nikmatNya dan jangan lupa untuk menghulurkan pada yg memerlukan.. Insyaallah rezeki kita akan lebih diberkati.Amin.

**kak azimah..TQ untuk entry sebelum ni..adeih,saya tak boleh nak komen..tak tau naper..jd buat note kat sini.glad that i can capture those special moments for eqa and asrul. Eqa join contest n menang tu kira satu bonus la kan..btw, will wait for more entry from u:))
posted by liza

Saturday, June 25, 2011

Minggu Pengantin...

Assalamualaikum..cuaca di pagi ahad ni kat senawang mendung dan sejuk jer..kalau hubby ada ni mesti seronok sebab bleh bawak wafiy jejalan.huhuhuh...

ok btw, seronok saya tgk bila kengkawan geng kapal dengan sporting and sangat supportive telah letakkan pic kawen as a profile picture..Pelbagai fesyen baju kawen,pose and makeup dapat kita tgk dari pelbagai generasi. Terima kasih kengkawn semua for ur support.

Apa tujuan saya sebenarnya??Asalnya saya rindukan hubby saya jadi saya carik balik gambar kawen kitaorg..bila saya letak kat FB ramai plak yg komen jadi saya fikir..apa salahnya kalau kengkawan yg lain buat menda yg sama.

Kekadang setelah bertahun kita kawen,kita terlupa nak menatap balik gambar2 kawen kita dalam album. Kita sudah lupa keseronokkan kita diawal perkahwinan yg sepanjang masa duk membelek album kawen..Jadi sesekali bila kita mengimbau kembali saat yg indah itu..mengingat kembali macamana runsingnya hati memikirkan macamana la perjalanan majlis nanti dan betapa rasa berdebarnya menantikan malam pertama..hehehe...tapi sampai skrg ni pun asyik berdebar jer bila si suami balik..:))betul tak kengkawan???..Kenangan terindah ni akan selamanya tersemat di kalbu.

Teringat masa majlis akad nikah saya dulu...ada menda kelakar..Mak andam saya ni pg make up saya jadi gelap..kat dalam kamera dia mmg la cantik gambar saya sebab flash melampau..tapi kat kamera org lain..dah gelap semacam jer..terkejut hubby masa jumpa saya kat masjid..aikss..baru 2 minggu tak jumpa dah semacam jer gelapnya..berjemur ke apa...hehehehe..nak tgk gambar saya kat kamera adik ipar..
hehehe....kalah KAJOL gelapnya...huhu

okla dah cukup pasal saya..meh kita tgk segelintir gambar kengkawan yg lain...semuanya manis2 dan cantik2..

kak Aziah
kak azie
kak ros
kak fidah

Ada pic2 kawen yg pose nya sangat stylo
Marsha...melompat lebih tinggi
Yat...taburan bunga
erine..dijunjung
Unik..........
ida...baju seragam
dieha ...gabungan dua budaya

Rakaman kembali...

kak meyna...anniversary ke7
Menarik kan..pada kengkawan yg lain yg blum tepek gambar kawen memasing..jom join sama...selepas 2 July...u are free to change the pic..ini cuma untuk tempoh seminggu sahaja..okla...Happy weekand.For more pictures jenguk-jengukla profile kengkawan geng kapal yer..:)