Saturday, June 18, 2011

SEGMENT DIY : Cara-cara tukar tayar pancit

Assalamualaikum...Sorry la banyak hari plak tak update blog.Aduhai penat sangat n masa fully occupied. Alhamdulillah skrg ni dah selamat balik ke Senawang. Seronoknya bila dah balik rumah.HOME SWEET HOME.

ok nak citer pasal segment DIY ni..kita ni kan selalu la sangat ada masalah2 kat rumah/keta contohnya kepala paip rosak la, tayar pancit, tombol pintu rosak la..macam2 masalah..Kekadang2 menda ni buat kita pening memikirkan cara2 nak atasi or hadapi sendirian. Kalau hubby kat rumah,bolehla hubby yg buat kan.

JAdi kat sini saya akan share satu2 masalah yg boleh kita DIY jer tanpa perlu pening2 or kena upah org..kita kan superwoman. Kali ni kita share cara2 nak tukar tayar yg pancit. Ada tips n step by step yg mudah jer tuk kita buat.Ini copy paste dari blog MAMAWAFIY




pic from google

 1. Kalau tgh drive keta rasa gegar2..or kalau lebih teruk tayar pecah tiba2..JANGAN PANIK..pegang stereng kemas2 n drive ke bahu jalan. Matikan engine n  hidupkan Hazard Light. Jangan lupa letakkan segitiga or kon kat belakang keta tuk alert pemandu lain.

2. Keluarkan Tayar spare dan peralatan lain untuk tukar tayar. Korang jangan lupa..sentiasa check angin tayar spare.Penah jadi kat my bro..tayar pecah.nak tukar tayar tapi angin tayar spare takder.

3. Letakkan JACK kat bawah keta. Kengkawan carik bahagian keras kat keta yg biasanya bentuk lekuk 2 mcm dlm gambar..

pic from HERE


pic from HERE

4. Untuk yg ada wheel cap tu..korg bukak dulu..cungkil la dgn apa2..

5. Longgarkan skru kat tayar2 tu,,kalau ketat..pijak2 sket bg loose.


pic from HERE

6. Lepas semua dah loose...barula naikkan keta dgn JACK. naikkan sampai tayar yg pancit terangkat dari tanah.

7. Bukak semua screw..Cabut tayar yg pancit. N my hubby selalu kata.Letak tayar yg pancit tu kat bawah keta. Sebagai langkat  keselamatan sekiranya tetiba jack rosak or tertendang keluar n keta jatuh. Tak tau la tips ni betul ke tak.

8. Masukkan tayar spare.

9. Pasang balik skru2. Jangan ketatkan lagi..ketat sikit2 jer..aku dapat dari SINI, katanya Proses untuk ketatkan skru ni boleh buat jack kita tertendang keluar dari tempatnya. Bahaya!

10. Turunkan kereta.

11. Ketatkan semua skru tadi. Kasi pijak n henyak2 bagi ketat.

12. SImpan semua peralatan korg tadi.

13. You are ready to go. Tapi ingat Tayar spare takleh bawak laju2 tau..BAHAYA. Segerala ke kedai tayar untuk tampal or tukar tayar baru yer.
Hopefully kalaula ALLAH nak duga n menda ni terjadi kat kita..dapatla kita tukar tayar dgn jayanya yer:) . Kalau ada yg salah dalam cara saya ni, betulkan yer.Have a nive weekand everyone.

Posted by Hasliza

1 comment: