Thursday, July 26, 2012

Sumbangan untuk mangsa Tragedi Kebakaran Kapal MT Alpinia


UPDATED 31 July 2012
Semalam dilaporkan mangsa ke-5 tragedi kapal MT Alpinia telah pun ditemui didalam perut kapal. Al-Fatihah buat arwah  Muhammad Nazrin Khamsani dan Takziah buat keluarga arwah.Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka.Jenazah dijangka tiba di KLIA pada jam 730pm harini dan akan dikebumikan di kampung bukit belimbing, Kuala Selangor.

Semoga mereka yg sudah pergi ini damai disana.Ya Allah ampunilah dosa mereka dan tempatkan mereka dikalangan hambamu yg dikasihi.Amin.

Untuk makluman semua tabung sumbangan akan terus dibuka sehingga 10 ogos 2012. Terima Kasih.

UPDATED 28 July 2012:
Jumlah Kutipan Meningkat dari masa ke semasa.Terima kasih kami ucapkan diatas keikhlasan rakan-rakan semua.Seharian kami dihubungi oleh rakan2 yg bertanyakan no akaun.  Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.Sesungguhnya kita semua memang satu keluarga yg besar.

 Arwah Shahril Azmi sudah selamat dikebumikan malam tadi di serting dan dua lagi iaitu jenazah arwah Zahari Hassim dijangka tiba di ayer kuning , Gemencheh  dan Arwah Mohd  Hanafi Khalil juga dijangka tiba di Tumpat,Kelantan malam ini.

Hari ini Mangsa Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman juga telah ditemui. Dikhabarkan mangsa meninggalkan balu dan 2 org anak.Sedihnya bila memikirkan mereka yg sudah kehilangan ketua keluarga. Takziah kami ucapkan. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

Pada yg sudi menghulurkan sumbangan bolehla menghubungi
Azie 016 -6654272 atau Liza 017-2499241
untuk sebarang pertanyaan no akaun. Sumbangan akan dikutip sehingga 10 Ogos 2012. Kemudian kami akan bahagikan kepada 4 keluarga arwah warga malaysia. Insyaallah wakil2 akan melawat keluarga mangsa untuk menghulurkan sumbangan.Sumbangan ini hasil kerjasama Partners Geng Kapal(PGK),Isteri-Isteri Pelaut(IIP) dan Komuniti Perkapalan Malaysia(KPM).


Terima Kasih. 


Posted by Liza Fitri 

 27 July 2012
Assalamualaikum w.b.t..
Semalam kita dikejutkan dengan tragedi yg menimpa kapal MT Alpinia di Labuan. Kapal ini mempunyai 29 anak kapal yg terdiri daripada warganegara Malaysia dan Filipine. Seramai 24 org anak kapal berjaya diselamatkan namun malangnya 1 masih dilaporkan hilang dan4 orang telahpun ditemui dah disahkan meninggal dunia.
Gambar dari Blog KPM

Sesama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Greaser Shahril Azmi Baharudin,Mohd Hanafi Khalil dan Zahari Hassim. Semoga arwah semua ditempatkan di kalangan orang beriman.Kita doakan  Semoga Allah mempermudahkan urusan menemui Muhammad Nazrin Khamasani dengan kadar segera. Jika ditakdirkan beliau masih hidup engkau selamatkanla dia dan sekiranya dia ditakdirkan sudah tiada lagi, Ya Allah kau ampunila dosa beliau dan pertemukanla jasadnya dengan segera. Ya Allah tempatkan mereka semua dikalangan orang yg beriman. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ahli keluarga mangsa yg terlibat.Takziah dari kami di geng kapal.Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yg memikul.

Berikut merupakan senarai nama mangsa:

Terkorban: Shahril Azmi Baharuddin, 28 tahun, Melaka, Greaser
Terkorban: Muhammad Nazrin Khamsani, 20 tahun, Kuala Lumpur, Deck Cadet
Terkorban: Mohd Hanafi Khalil, 24 tahun, Melaka, Ordinary Seaman
Terkorban: Zahari Hassim, 46 tahun, Negeri Sembilan, Pump Man
Terkorban: Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman


Tragedi ni memberikan impak kepada semua warga komuniti kapal di Malaysia. Walaupun mungkin kita tidak saling kenal mengenali namun bila diduga dengan kejadian sebegini, rasa sebak dan hiba terus terasa. Maka marilah kita bersama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada semua keluarga 4 mangsa warganegara Malaysia. Sumbangan anda amatla dihargai.Sedikit sebanyak keprihatinan kita dapat meringankan beban keluarga. Insyaallah.


Sumbangan juga akan dibuat di Komuniti Perkapalan Malaysia . Sebarang update berkenaan kejadian ini bolehla rujuk pada Facebook KPM ataupun blog KPM.  

Bagi ahli2 Partners Geng Kapal dan Isteri-isteri pelaut bolehla rujuk no akaun Maybank Noraziyawati Muhamad iaitu admin PGK selaku wakil yg akan mengumpulkan duit2 sumbangan di dokumen group masing2.

Untuk individu yg mahu menyalurkan sumbangan boleh juga SMS Azie 016 -6654272 atau Liza 017-2499241 untuk mengetahui no akaun. harap maaf no akaun tidak dipaparkan disini atas sebab2 tertentu.

Sumbangan akan dikutip dari hari ini  27 July 2012 hingga 10 August 2012 dan hasilnya akan dibahagikan sama rata diantara keluarga terlibat oleh wakil2 yg akan pg melawat keluarga mangsa nanti.

Terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah akan membalas jasa baik rakan2 semua.Insyaallah.