Monday, April 4, 2011

Dari Rumah ke Rumah..Jom Jenguk Rumah kak effie

Assalamualaikum..
lama plak blog geng kapal ni tak berupdate..tuan punya blog sangatlaa busy n kureng mood sket nak menghadap PC sebab sibuk kehulu kehilir..ntah apa yg disibukkan pun tak sure sangat..hehehe..Semalam plan last minute kitaorg iaitu saya,kak zurin n eqa telah menerjah rumah kak effie kat enstek berdekatan KLIA n LCCT..Plan last minute..jadi kami pun buat style potluck.Sian kat tuan rumah nanti kalut plak nak masak2 tuk kitaorg.

Mula2 nak citer pasal segment dari rumah ke rumah ni..Tujuan segment ni bukanlaa nak menunjuk2 rumah kengkawan geng kapal yer..takder niat tuan rumah untuk riak apatah lagi menunjuk2..Tapi its more to sharing n berkongsi idea.manalaa tahu kengkawan dapat idea deko dari rumah2 yg kita share ni.nak harapkan masuk majalah impiana n anjung seri tak tau bila kan..so kita share2 kat sini.Terima kasih pada kak effie yg sudi bagi saya menembak2 rumah kak effie yg cantik ni..Untuk makluman semua, saya cuma akan tunjukkan gambar ruang tamu,dapur dan laman sahaja.Untuk privasi,saya tidak menjenguk bilik2.

Ini merupakan kali ke2 saya kerumah kak effie.Dari pertama kali saya melangkah masuk ke rumah kak effie, saya sangat terpegun dengan struktur rumah yg bersiling tinggi dan berkonsepkan resort.Ala2 bali pun ada. Tuan rumah pula sukakan perabut berunsurkan kayu yg punyai nilai astetika tersendiri.

ground floor
Pada asalnya bahagian bawah tangga ni merupakan bahagian court yard dimana sesetengah rumah lain disini membina water fountain or kolam renang ..tapi setelah memikirkan pelbagai aspek,tuan rumah memutuskan untuk menjadikan ruangan ini sebagai ruang menonton dan ruang untuk melayari internet:)
 
makanan potluck kami..big apple donut:eqa,carrot cake:kak zurin and kuew teow:saya:)

aiskrem dari tuan rumah:)

Meja makan kak effie ni sangat menarik perhatian saya sehinggakan saya tanpa malu bertanyakan mana kak effie beli..hehe...kenapa saya kata menarik??meja ni adalah custom made yg dibentuk dari kayu balak yg dipotong. Kayu jenis apa tuan rumah tak pasti.Di bahagian tepi meja jelas kelihatan bentuk ira kayu balak. Meja ni dilapik dgn 2 batang kayu balak yg saya agak ukuran dalam sepermeluk..beratnya kata tuan rumah memerlukan 15 org untuk mengangkat.

Kita ke tingkat atas plak yer.Rumah kak effie ni sebenarnya satu dan setengah tingkat.Dibahagian atas terletak 2 bilik tidur,1 bilik air dan family hall yg dihias dengan cantik.

cozy sangat sampai kak zurin kata bestnya dapat baring2 kat atas ni:)
 bahagian dapur terbahagi kepada wet dan dry kitchen dimana keduanya dipisahkan oleh dinding dan pintu slide. Di bahagian dry kitchen,tuan rumah masih memilih untuk menggunakan custom made table top dari kayu balak jenis yg sama dgn meja makan.Bahagian wet kitchen pula,untuk penggunaan lasak dan rupa bentuk yg kemas,tuan rumah memilih material solid surface dan kayu melamine.
Jom kita menjenguk ke laman pula.Sejuk mata memandang.Rumput baru dipotong yer..so kureng hijau. Let the picture do the talking ok..
Oklaa..itulah review rumah kak effie. Next siapa pula yg sudi bg saya terjah rumah dan rakamkan disini. Jgn malu2 yer:)..just let me know.Btw,TQ kak effie sudi terima kunjungan kami walaupun last minute notice. Next time kita gather2 lagi yer:)
bye2 semua:)