Monday, August 13, 2012

Pemberian Sumbangan kepada Keluarga Arwah Shahril Azmi dan Arwah Zahari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah setelah tabung kutipan Tragedi Kapal MT Alpinia dimulakan dari 27 July 2012 hingga 11 ogos 2012,duit sumbangan yg dikumpulkan ialah RM14,550. Duit sumbangan  akan dibahagikan diantara keluarga kelima-lima mangsa tragedi. Details jumlah sumbangan boleh refer di PGK dan KPM.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yg sudi menyumbang.Keprihatinan anda amatla dihargai.Hanya Allah mampu membalas jasa anda semua.Jika dulu kita semua mungkin tidak bersatu,namun kini kita teguh bersatu dan sama menghulur bantuan.Bak kata org-cubit paha kanan,paha kiri pun terasa juga.Alhamdulillah kita semua satu keluarga yg besar.

Semalam iaitu 12 ogos 2012, kami telah menyampaikan duit sumbangan kepada dua keluarga iaitu keluarga arwah Shahril Azmi dan keluarga arwah Zahari.

Semasa kami tiba di serting,kedatangan kami disambut baik oleh En.Baharudin dan Pn. Rosnah iaitu ibu dan ayah kepada arwah Shahril. Mereka berdua masih lagi sedih mengenangkan anak yg telah pergi terlebih dahulu dari mereka. Bertambah sedih lagi bila mereka teringatkan pelbagai pesan akhir arwah pada mereka.Melihat kepada ibu dan ayah arwah yg mula bergenang air mata menceritakan kisah arwah,kami yg mendengar pun turut sebak.

Gambar arwah yg berada dalam simpanan mereka turut ditunjukkan pada kami. Walaupun sedih namun mereka tetap redha dengan pemergian arwah. Mereka menyampaikan rasa terima kasih kepada kita semua yg mengambil berat dan sudi bekerjasama membuat kutipan sumbangan.

Alhamdulillah niat untuk menyampaikan duit sumbangan yg pertama telak terlaksana.Jadi kami meneruskan perjalanan ke rumah ibu kepada arwah Zahari di air kuning,Gemencheh. Perjalanan mengambil masa hampir sejam. Memandangkan semua baru first time datang ke air kuning dan tidak mengetahui lokasi sebenar rumah ibu arwah,maka kami dengan jayanya telah tersesat ke dalam jalan kebun getah..aduhai..nasib baik dapat pusing balik..hehe..

Rumah Makcik Noriah penuh dengan pelbagai tanaman.Seronok sangat tgk. Dari pokok durian,pokok dragon fruit hingga la ke pelbagai bunga termasukla orkid.. Kata makcik, tiap kali arwah balik belayar mesti arwah akan bersihkan keliling rumah dan meracun lalang.Dirumah arwah di perlis pula arwah ada menanam pokok tebu. Sepanjang kami disana dan mendengar makcik menceritakan perihal arwah,kami dapat merasa kesedihan yg dirasai oleh makcik.air mata yg mengalir terus menyentuh hati kami.Sebagai ibu,kami juga faham perasaan pilunya kehilangan anak yg tersayang.

Sebahagian jumlah sumbangan untuk keluarga arwah zahari disampaikan kepada makcik noriah dan sebahagian lagi akan disampaikan oleh wakil di Kangar kepada anak dan isteri arwah disana. Semoga mereka diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk menghadapi dugaan Allah ini.

Hajat kami telah pun ditunaikan. Maka kami pun bergerak balik ke senawang. Sumbangan yg selanjutkan akan disampaikan oleh wakil2 di kelantan,kuala selangor dan perlis. Usaha untuk menghubungi keluarga  Colanggoy Errol Calaluan sedang diusahakan. Semua akan saya update nanti.

***Terima kasih kepada rakan2 yg sudi ke gemencheh/serting semalam..-Kak Azie,Nazri,Kak Shidah dan dear Hubby Fitri.

-Posted By Liza Fitri-