Showing posts with label Thought. Show all posts
Showing posts with label Thought. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Serupa tapi tak sama

Assalamualaikum and a very good day to all geng kapal readers......setelah sekian lama ku menyepikan diri baru la hari ni nak buat entry.Terlebih dahulu disini saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa,menyinggung perasaan atau menyakiti hati sesetengah pihak.Niat saya buat entry ni bukan nak provoke atau nak menimbulkan kemarahan,rusuhan atau apa jua yg tak menyenangkan di dalam komuniti kita yg tak seberapa ni.Entry saya kali ni agak panas dan mungkin akan menimbulkan rasa tak puas hati bagi sesetengah pihak.Sebelum anda semua judge apa yang bakal anda semua baca elok la buka minda tu seluas-luasnya tentang entry saya kali ni.




Mesti ramai reader sekarang ni tertanya-tanya apa yg serupa tapi tak sama. Well banyak benda yang serupa tapi tak sama contoh rambut sama hitam tapi hati budi masing-masing for sure lain.Biar la saya straight to the point saja,dah terlalu banyak post pasal kes orang kapal ni kaki perempuan,main sebat aje tak kira bini orang ke,anak dara ke.....Semua ke?Jangan disebabkan 3-4 tong gelen minyak habis 1 lautan dipersalahkan.Just orang kapal ke yang kaki perempuan ni?Macam mana pulak dengan orang di darat?Saya akui mmg ada segelintir orang kapal ni kaki perempuan tapi itu tak bermaksud semua.Seperti orang-orang di darat juga mereka pun ada yang kaki perempuan,kaki judi,main dadah dan sebagainya so kita tak boleh la menyatakan orang-orang kapal sahaja yang kaki perempuan ni.


Cuba korang fikir sejenak,buka minda tu luas-luas orang kapal ni duduk planet lain ke?duduk kat dunia lain ke?dari mana datangnya orang kapal?Mengapa semua yang jahat hanya orang kapal aje.Then sealady macam mana pulak?Lps ni diorg akan dapat title kaki jantan ke?Sampaikn ada satu  komen di fb

 'if isteri org pun best man win ke????
"pelaut ne agama apa?'

Mengapa nak tanya plak pelaut ni agama apa?Dalam setiap bidang pekerjaan tak kira di darat atau di laut dah tentu la ada berbilang bangsa,kaum dan juga agama.Komen-komen negatif macam ni la yang membuatkan org diluar komuniti perkapalan berfikiran negatif terhadap orang-orang kapal.

Disini bukan niat saya nak menunding jari pada sesiapa jua tapi saya nak anda semua buka minda tu sikit.Jangan la ingat semua orang kapal ni jahat.Terlalu banyak sgt post yg mengaibkan org kapal sendiri.Sekarang ni setiap post tu kita anggap saja itu satu peringatan buat kita semua.Jangan la sampai ada yg meragui and was-was pada partner kita.Disebabkan post mcm ni la ada yang sampai dah tak mempercayai suami walhal suami dia tu tak ada buat benda yg bukan2 pun.Sekali lagi saya ingatkan jadikan la benda ini sebagai peringatan sahaja. Jangan cepat melatah.



Untuk para partner seafarer diluar sana,jangan la terlalu mencurigai partner and.Kekadang tu bila kita terlalui curigai,was-was and tak percayakan dia,benda2 yg kita nak elakkan tu la akan jadi so nasihat saya di sini,jangan terlalu bagi tekanan kat partner and tentang perkara ni.Bincang elok-elok,memadailah just bg nasihat and peringatan pada dia.Apa yang saya taip di entry kali ni is peringatan buat saya juga.Kita ni manusia biasa yang sentiasa leka so tak salah utk kita memberi peringataan pada org tersayang atau pun kwn-kwn yang seangkatan dgn kita.

Pada mereka yang diluar komuniti perkapalan,jangan hanya menilai org-org kapal ni dengan cerita dan segelintir dari mereka yg buat perkara-perkara buruk ini.Seperti ayat-ayat saya sebelum ini,benda-benda mcm ni bukan hanya terjadi di kalangan komuniti perkapalan sahaja tetapi org-org didarat pun sama.Kita semua manusia dibumi ni bukan alien dari planet lain....

Sekali lagi saya memohon kemaafan sekiranya entry saya pada kali ni menyakiti atau pun menyinggung mana-mana pihak....PEACE NO WAR.....

**pic from goggle

post by Azimah Azri
edited by Liza Fitri


Monday, March 12, 2012

Together we are stronger.

Assalamualaikum..
Tetiba ada mood plak nak update tengah2 malam ni..mulanya ingat nak join jer anak tido tapi dalam kepala duk fikir tuk update pasal something malam ni.Sebelum saya teruskan,kat sini saya nak minta maaf kalau apa yg bakal saya utarakan kat sini ada menyinggung mana2 pihak. Ini cuma luahan dari hati saya.Mulanya saya ingat nak selitkan sekali pendapat beberapa individu dalam post ni tapi last2 decided not to.

Sebagaimana yg kita tahu dalam FB ada beberapa group yg bertujuan untuk dijadikan tempat pasangan pelaut dapat meluahkan rasa,berkongsi cerita dan saling menyokong antara satu sama lain. Melalui group2 ni la kenalan kita yg senasib ni semakin ramai.Saya kenal ramai kawan yg baik dengan saya melalui group ni.saya bersyukur sangat. Banyak kebaikan yg kita dapat kan.Kalau dulu kita takder pun kawan2 yg senasib tapi sekarang ni hampir setiap negeri kita dah ada kawan.

Setiap group mempunyai keistimewaan masing2. Ada yg ahli2nya terdiri dari isteri/,tunang/gf and ada juga yg dikhaskan untuk isteri2. Mungkin menjadi persoalan kenapa perlu banyak Group kalau niatnya satu iaitu untuk kita semua bersatu??

Bagi saya sebenarnya tak salah kalau banyak group ni.Setiap creator group mempunyai ideologinya yg tersendiri. Dia mahukan apa yg terbaik untuk diri dia dan ahli2. Tak semua dari kita sama kan. Contohnya ada org suka duduk rumah atas tanah tapi ada gak yg memilih tuk duduk kondo/apartment.Masing2 ada citarasa.

Macam tu gak la dalam group. Kalau kita rasa sesuatu group tu tak sesuai dengan kita,jadi kita pilihla untuk aktif dan sayang group yg lagi satu. Tapi itu tak bermaksud group yg tak sesuai dengan kita tu tak bagus. Ada lagi org lain yg suka group itu,sayangkan group dia sama mcm kita sayang group kita. Ada juga yg suka lebih dari satu group.Janganla kita saling menuduh bukan2 diantara satu sama lain sebabnya jika berlaku sebarang salah faham bukan kita jer yg merasa tempiasnya tapi suami yg tak tau apa2 tapi bertugas sekali di laut sana plak yg rasa tak best..Semua group sama jer dengan satu niat untuk menyatukan kita.Bak kata org,cubit peha kanan..peha kiri pun terasa.


Kata suami saya kalau hal2 tak best jadi bila isteri2 ada group baikla saya jangan join sbb dia tak nak saya malukan dia.Apa pun kita kena jaga maruah suami. Sebab dia la kita ada peluang join group2 ni semua. Sekali lagi saya mohon kemaafan kalau ada silap saya disini.Saya pun ada kelemahan. tak semua yg saya buat betul. Jadi sesama la kita saling memperbaiki diri kita untuk kepentingan komuniti kita gak. Diharap segala yg keruh kita jernihkan yer.:))Insyaallah. Semoga Allah mempermudahkan semua. Amin

 Take care semua.
**pic from google

Posted by Liza

Sunday, January 15, 2012

oh Bulan...

Assalamualaikum...alahai lamanya saya tak update blog ni..lately saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti personal sampai blog geng kapal n blog sendiri pun terabai..Last week masa perjalanan saya balik dari kelantan ke Senawang, masa tu bulan mengambang penuh n langit penuh ditaburi bintang. Terpesona saya seketika.Subhanallah,indahnya ciptaanMu Ya Allah.Mata yg dah agak penat sebab drive jauh pun segar bila tgk bulan tu.

Teringat dulu masa saya awal2 bercinta dengan abang kapal saya.Saya akan tengok bulan malam2 dan saya fikir mesti abang kapal saya pun tengok bulan yg sama. Walau kat mana pun sidia masa tu,bulan akan menghubungkan kami.Saya rasa dekat sangat dengan dia walaupun dia jauh beribu batu.Begitula bermaknanya bulan pada saya. Pernah sekali saya bgtau kengkawan saya tentang perasaan saya tentang bulan,sekali kawan saya kata saya minah jiwang..hehehe..mungkin mereka tidak faham.Jadi saya diamkan saja.Bila saya dah kenal geng2 kapal yg lain, rupanya kita semua menpunyai peel yg sama..bulan la penghubung kita.Hanya yg mengalami seperti kita yg memahami perasaan tu. Kak shidah yg pada masa tu bersama saya balik ke senawang pun berkongsi la kisah dia. Suami dia pernah call kul 3am tuk minta kak shidah keluar rumah n tengok bulan. Pelik mak kak shidah bila anak dia dengan selamba keluar rumah memalam buta semata2 tuk tengok bulan. Kata kak shidah,dia rasa dekat dgn suami dia masa tu.Sebab sambil borak,mata mereka terarah pada satu ciptaan Allah yg sama. Oh sungguh indah perasaan itu.

pic from google
Biarla Bulan menjadi pengubat rindu kita dan doa2 kita mengiringi si Dia yg jauh.Ada rezeki insyaallah kita bertemu lagi.

Posted by Hasliza

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru

pic from google
16 Mei..hari untuk meraikan guru-guru kita. Selamat Hari Guru Buat semua rakan-rakan geng kapal yg menggalas tanggungjawab sebagai guru dan pensyarah. Semua jasa kalian mendidik anak bangsa takkan terbalas dan takkan dilupakan. Ianya satu tugas yg mulia. Satu tugas yg membentuk diri anak2 bangsa.

You are the one who make us believe to achieve our dream.
The one who never give up on us.
The one who we turn to when we feel helpless and need guidance.
Even though sometime  we fail to show respect and sometime we forget what you told us,
but you help us with patient and believe in us,
Thank you teachers for every single thing you do.
I am who I am because of you.

-Liza-
(p/s:teacher kalau salah grammar ampun yer..i just wrote down what i feel inside:)))

Saturday, May 7, 2011

Apa Tujuan Anda Join Geng Kapal????

Lama saya fikir sama ada nak buat entry pasal ni kat blog geng kapal ni.Saya takut ada yg akan salah faham niat saya sebenarnya.Pertama sekali saya mohon maaf kalau apa yg bakal saya taip nanti ada menguris perasaan sesiapa.Niat saya adalah untuk memperingatkan diri saya dan kengkawan yg lain.Langsung takder niat untuk menjatuhkan sesiapa atau menunding jari mencari salah org.


APA TUJUAN ANDA JOIN GENG KAPAL??
Bila saya tujukan soalan ni pada diri saya..ini yg saya rasa


"Saya mahukan sahabat yg sama memahami apa yg saya rasa. Yg boleh menguatkan semangat saya dikala saya sedih merindui yang tersayang. Yang akan memujuk saya dikala saya rasa sepi dan berkata "kami kan ada".. Yang tak akan kutuk saya dan kata padan muka kawen dgn org kapal,kan dah selalu kena tinggal. Yg boleh saya tanyakan dimana kapal suami saya dikala saya risau dah banyak hari dia takder khabar berita dan Yang dikala air mata saya tumpah ketika saya dan anak2 sakit tanpa yg tersayang disisi.dia datang menghulurkan bantuan"


Itulah tujuan saya join geng kapal. Saya mahukan sokongan kerana saya percaya hanya yang mengalami akan memahami..Apa tujuan kengkawan semua??adakah sama mcm saya????Kita percaya bila kita bersatu kita teguh dan bila kita bercerai kita mula roboh. 


Dari hanya satu Group di FB yg dicipta oleh Sofi, kita mula melangkah perlahan dan kini GENG KAPAL sudah mula dikenali oleh rakyat Malaysia. kita berjaya menjayakan GRAND GATHERING 2011 dan berjaya dipaparkan di dalam media cetak JELITA. Saya rasa ramai setuju kalau saya katakan kita bukan nak glamour tapi kita nak org tahu siapa kita supaya nasib kita sebagai pasangan pelaut dan pelaut itu sendiri lebih terbela. Biar org tahu apa cabaran kita. jangan main dengar cakap2 org yg langsung tak tahu apa situasi sebenar.


Dan sekarang ini kita mula mempunyai ahli2 jawatankuasa Persatuan Geng Kapal yg berusaha untuk menjayakan pelbagai lagi aktiviti2 geng kapal yg diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Alhamdulillah.Syabas saya ucapkan kepada presiden kak azie dan AJK2 yg lain.Yg sanggup mencurahkan tenaga dan idea untuk persatuan kita.


Tapi kenapa dalam kita baru mula nak bersatu..ada pertelingkahan yg berlaku dalam group diantara geng sendiri.Menda2 macam ni sedikit sebanyak akan menjejaskan kita.Kita baru nak berkembang.Janganla sampai nila yg setitik rosak susu sebelangga.Mmg betul kita takderlaa boleh serasi berkawan dengan semua org tapi janganlaa menjatuhkan org yg tidak kita suka.Jangan jadikan FB dan blog sebagai medium untuk menyalurkan rasa tak puas hati.Kita patut lebih matang.Saya bukanlaa nak kata yg saya ni bagus sangat sampai boleh tegur2 org kat sini.Tapi bagi saya jika dibiarkan,bertambah buruk jadinya.Nobody is perfect. Sesama kita memperingati sesama kita.Saling tegur menegur supaya geng kita lebih harmoni.Moga setiap salah faham dapat diselesaikan dengan baik.Doa saya semoga niat kita semua untuk melihat persatuan geng kapal lebih maju kedepan akan terlaksana dan ikatan silaturrahim yg terjalin akan kekal hingga akhir nanti.aminnn.

Monday, March 28, 2011

mulut org sampai biler2 pun tak boleh tutup..

Beberapa hari ni saya tgh duk fikirkan apa lagi isu yg menarik untuk kita share kat sini.Jadi saya tanya2 laa akak2 di FB.kak azimah menyarankan agar saya ketengahkan isu org2 yg selalu duk provoke org keja kapal ni.Rasanya tiap sorg dari kita pernah terkena n terpaksa mendengar mulut org yg tak habis2 nak carik keburukan seafarers sedangkan kita hidup takder pun nak susahkan sesiapa..tiap susah payah kita usahakan sendiri..tapi ada gak yg tak puas hati...Malas laa nak sebut benda2 tak elok yg org suka ungkit ni sebab kita yg mengalami tahu cara2 nak handle keluarga kita..

Ini pengalaman saya..masa awal2 saya berkawan dgn hubby saya ni..family saya takder laa berkenan sangat sebab dia kan keja kapal.parent saya ok jer.tapi yg sedara mara ni ada bunyi sket.Tapi saya buat dekk jer..yg penting saya tahu perangai hubby.Malas nak fikir apa org kata..biarlaa..Cuma kena pastikan..kita kena kuat hati.My hubby pernah kata sebelum kami bertunang..

"kalau awak nak kawen dgn saya..awak kena kawen dgn keja saya..saya akan sentiasa dilaut..awaklaa yg kena kuat tunggu saya dan jaga keluarga saya"

untuk adik2 yg masih bercinta dgn seafarers ni..kena laa kuatkan hati..banyak dugaan menanti di kemudian hari.Kawen dengan seafarers ni mmg laa org kata banyak duit..sampai sedara saya pernah cakap..bestlaa kawen dgn org kapal..bila balik duit berkepuk2..aduhai..macamlaa kita ni tak payah bayar apa2 komitmen..time cuti takder gaji masuk dah..itu org tak fikir..tiap kali kita sakit or anak sakit semua kena tanggung sendiri.pada yg parent dekat bolehlaa tolong apa yg patut tp mcm saya yg parent jauh ni.semua laa kena wat sendiri.

bila dah ada anak..org duk kata anak kita kekurangan kasih sayang..terbiar..eh helo...omaknya ni ada.pandailaa mak dia mendidik anak2 dia.saya tahu laa kekadang saya perhatikan wafiy tu selalu menumpang kasih dgn bapak2 kengkawan dia.Saya pun sedih bila tgk camtu..tapi anak2 kita ni kuat..dia tahu papa dia pergi mencari rezeki..rezeki kita di laut sana..nak tak nak kena redhakan juga.Bila papa dia jauh,anak2 kita yg makin besar ni..makin lama makin dewasa n sedar yg dia kena jagakan mama dia tuk papa.even wafiy yg kecik ni kalau papa dia pesan suruh jaga mama dia faham n bila dia tgk mama nangis..dia pujuk n kata papa kat kapal..papa work..Walaupun ada masa,semestinya anak2 ni rindukan papa dia..nak papa dia ada bermain sama macam kengkawan yg lain..tapi kita sebagai mama dia..takleh putus semangat..always be there for our kids...Insyaallah anak2 kita akn faham.kan saya dah emo sesorg..meh saya carik kat FB geng kapal..saper lagi yg emo cam saya..hehehe..topik ni pernah sofi bincangkan kat ruang discussion kat group kita tu. Ini antara kata2 sofi

Sofiah Sakinah

Pada mula kita bercinta dengan orang laut, mungkin ada suara2 sumbang yg menuduh golongan ini dgn pelbagai tohmahan. Tidak perlulah sofi tuliskan disini kerana sofi sendiri tidak percaya dengan perkara itu semua. Jika pun benar, mungkin ia hanya onar segelintir pelaut, dan mudah-mudahan mereka itu bukanlah pasangan setiap dari kita disini..

Sofi yakin, insyallah, kepergian suami anda ke laut adalah untuk memenuhi tanggungjawabnya di hadapan Allah dalam menafkahi isteri dan keluarganya, tanpa tujuan lain, ataupun berfoya-foya seperti yg difikirkan oleh mereka2 yg x bertanggungjawab.Jalan rezeki setiap orang adalah berbeza-beza, ada yang mudah, ada yang sulit sedikit. Jadi, tidak perlulah kita mempersoalkan, kenapa dia keja begini, x keja begitu, etc.. (kdg2 org di sekeliling yg salu pertikai. bknnya kita)


melati 2
Sofi yakin, pasti ada kekuatan atau kelebihan yg ada pada anda semua, yg tidak ada pada wanita2 lain yg membuatkan anda terpilih sebagai pendamping istimewa, sayap kiri buat suami. Sang suami pula bukan calang-calang orang. Beliaulah perwira gagah yang tabah meredah samudera, tenang melawan ombak, dan sanggup menahan kerinduan (walaupun hatinya sedih meninggalkan isteri dan anak2) demi tanggungjawab dan amanah yg dipegang..
pic taken during hubby on board melati 2 julai-oktober 2010

Azimah Azri

mulut org mmg sampai bila2 xleh tutup.diorg xtau apa yg kita alami.diorg xtau bila detik perkenalan kita.biarkn la diorg nk ckp apa pun.bila kita layan kita pun jd begong mcm diorg.

Tuan Norashikin
org hanya tgk n ckp je tp tak merasa...nak mengeluh byk2 pun tak blh sebab ni pilihan n jodoh kite....bg sesiapa yang baru nak tempuh alam perkahwinan dgn mariner kena siapkan diri dgn mental yg kuat, tak leh cpt give up tambah2 bila pregnant suami takde kat sisi....semuanye sendiri je.kena la tabah.
Eza Norfaezah
akak pun banyak dgr suara2 sumbang yg pertikaikan nape pilih org laut....org laut sosial la...nanti selalu kena tgl...sumer kijer kena buat sendiri bila suami g sailing..ada ank nanti sian ank x knl ayhnyer....ada gak yg ckp.."x per la berbaloi kena tgl,suami balik nanti bawa balik duit banyak..."nih x tau la perli akak ke apa...rasa mcm diri nih kawen dgn B sbb nk idup sng jer...igt kiter nih materialistik ker apa?akak knl dgn B dulu pun masa sesama still sta d...kuar dating pun sharing2 duit beli mkn...kdg2 akak blnjer..kdg2 dia....akak pun fhm kami masih ditanggung oleh PTPTN lagi....so,dulu pun dh bersusah senang bersama...bknnyer dia dh bergaji besar akak baru terhegeh hegeh kat dia...

Sedih kan bila kiter kena tgl masa B sailing ada jer yg memerli.."ha rindu kat laki la tu...saper suh cari org kpl?"walaupun muka akak time tu x happy sbb period pain...tp biasa la kwn2 yg x mengalami,x kan memahami kita nih...dia x tau kata2 dia tu menyusuk ke sanubari sampai rasa nk tenyeh2 mulut dia dgn cili....nasib la akak ni waras lagi...rindu mmg la..tp akak nih selalu wat muka ceria...walupun ati nih mmg rindu thp gaban kat laki d lautan tuh....

Tu jer la citer nk dikongsi bersama buat teman2 senasib...walau apa pun kata org,kita kena yakin B kita tglkan kita sbb tuntutan kijer bkn sajer2 nk bersosial ke apa....yg dh ikut suami g sailing mesti dh tgk sendiri kan susah payah laki kiter kijer utk sara keluarga....so yg ptg saling memahami n mempercayai....kita wife seafarer kena jd iron lady..walaupun akak nih x lah sekuat mana pun....drive kete pun br tahun nih jer memberanikan diri...yer la kalo x saper nk g anto kijer....x kan nk tumpang org jer kot..kalo tmpat kijer dekat leh jln kaki ok gak....walupun hakikatnyer akak nih penakut giler...tp ku gagahi jua....k la tu jer sikit sbnyk ttg pnglaman sendiri..yg lain camner plak??sama ker??kongsi2 la ek....peace!!!!=)
Nasihat saya..since kita makin hari makin kenal dengan wife seafarers yg sama mengalami dan memahami apa yg kita rasa..yg duduk dekat2 tu..sesama laa kita saling menolong..Dikala suami berada jauh..kawan2 dan sedara laa tempat bergantung.Dikala ada kawan yg senasib memerlukan bantuan..jangan laa malas untuk menolong.kerana mungkin hari ini hari dia..esok mungkin hari kita.Have a nice day everyone.next entry kita akan share sweet first time memories dari kengkawan semua.:)

Tuesday, March 22, 2011

Gaji

Wah...arini sesiapa yg keja ngan MISC sudah gaji la..tengok kat Fb ramai gak yg buat status selesai membayar hutang..alhamdulillah.Yg hutang kita dahulukan...barulaa tak pening kepala kan.Yg lebih kita saving and belanja apa yg perlu. Kalau banyak saving takder laa yg tersayang bila masa cuti risau pasal duit jer..

Cakap pasal gji org..saya blum gaji yer..lambat sket..jadi kengkawan yg dah gaji tu cepat belanja saya..saya tgh pokai ni..hehehe..have a nice day everyone.Pada yg nak keluar shopping tu..jalan bebaik yer..bye2.

p/s: Photographer kata hujung bulan ni insyaallah akan siap CD n pic kawan2 semua.setiap org akan dapat CD gambar n 2 gambar 8R. bila dah siap saya akan poskan.pada yg blum bg address..cepat bg yer.yg area seremban/senawang tu tak yah laa yer..dekat sangat..:)