Saturday, May 7, 2011

Apa Tujuan Anda Join Geng Kapal????

Lama saya fikir sama ada nak buat entry pasal ni kat blog geng kapal ni.Saya takut ada yg akan salah faham niat saya sebenarnya.Pertama sekali saya mohon maaf kalau apa yg bakal saya taip nanti ada menguris perasaan sesiapa.Niat saya adalah untuk memperingatkan diri saya dan kengkawan yg lain.Langsung takder niat untuk menjatuhkan sesiapa atau menunding jari mencari salah org.


APA TUJUAN ANDA JOIN GENG KAPAL??
Bila saya tujukan soalan ni pada diri saya..ini yg saya rasa


"Saya mahukan sahabat yg sama memahami apa yg saya rasa. Yg boleh menguatkan semangat saya dikala saya sedih merindui yang tersayang. Yang akan memujuk saya dikala saya rasa sepi dan berkata "kami kan ada".. Yang tak akan kutuk saya dan kata padan muka kawen dgn org kapal,kan dah selalu kena tinggal. Yg boleh saya tanyakan dimana kapal suami saya dikala saya risau dah banyak hari dia takder khabar berita dan Yang dikala air mata saya tumpah ketika saya dan anak2 sakit tanpa yg tersayang disisi.dia datang menghulurkan bantuan"


Itulah tujuan saya join geng kapal. Saya mahukan sokongan kerana saya percaya hanya yang mengalami akan memahami..Apa tujuan kengkawan semua??adakah sama mcm saya????Kita percaya bila kita bersatu kita teguh dan bila kita bercerai kita mula roboh. 


Dari hanya satu Group di FB yg dicipta oleh Sofi, kita mula melangkah perlahan dan kini GENG KAPAL sudah mula dikenali oleh rakyat Malaysia. kita berjaya menjayakan GRAND GATHERING 2011 dan berjaya dipaparkan di dalam media cetak JELITA. Saya rasa ramai setuju kalau saya katakan kita bukan nak glamour tapi kita nak org tahu siapa kita supaya nasib kita sebagai pasangan pelaut dan pelaut itu sendiri lebih terbela. Biar org tahu apa cabaran kita. jangan main dengar cakap2 org yg langsung tak tahu apa situasi sebenar.


Dan sekarang ini kita mula mempunyai ahli2 jawatankuasa Persatuan Geng Kapal yg berusaha untuk menjayakan pelbagai lagi aktiviti2 geng kapal yg diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Alhamdulillah.Syabas saya ucapkan kepada presiden kak azie dan AJK2 yg lain.Yg sanggup mencurahkan tenaga dan idea untuk persatuan kita.


Tapi kenapa dalam kita baru mula nak bersatu..ada pertelingkahan yg berlaku dalam group diantara geng sendiri.Menda2 macam ni sedikit sebanyak akan menjejaskan kita.Kita baru nak berkembang.Janganla sampai nila yg setitik rosak susu sebelangga.Mmg betul kita takderlaa boleh serasi berkawan dengan semua org tapi janganlaa menjatuhkan org yg tidak kita suka.Jangan jadikan FB dan blog sebagai medium untuk menyalurkan rasa tak puas hati.Kita patut lebih matang.Saya bukanlaa nak kata yg saya ni bagus sangat sampai boleh tegur2 org kat sini.Tapi bagi saya jika dibiarkan,bertambah buruk jadinya.Nobody is perfect. Sesama kita memperingati sesama kita.Saling tegur menegur supaya geng kita lebih harmoni.Moga setiap salah faham dapat diselesaikan dengan baik.Doa saya semoga niat kita semua untuk melihat persatuan geng kapal lebih maju kedepan akan terlaksana dan ikatan silaturrahim yg terjalin akan kekal hingga akhir nanti.aminnn.

21 comments:

  1. sy sekadar nk meluahkan ape yg sy rs..ye,sy agree dgn statement biru diatas..tujuan sy nk join pon adlh sama..sy nk ad org yg bole support sy wpon org disekeliling sy dah mmg sgt supportive pn..cume sy nk org yg phm n senasib dgn sy..tp ape yg sy nmpk kat sini,dlm geng ni,da wujud 1 'group'yg bole dikate berpengaruh..mmg btol sume xsekepela..xbole nk expect kt akan close to each other tp unfair jg utk org yg bkn dlm 'group' tersebut. bersikap adil pd semua org. jgn disbbkn kt yg dlm 'group' berpengaruh ni,kt bole hentam, mengata dan kondem org lain..n jgn jg ckp org lain xpandai bercampur dgn korg. it just dat org tau korg da ad satu 'group' korg sndiri, org lain segan n mgkin malu nk beramah mesra dgn korg..

    jgn plak ad budaya jd batu api ataupon talam dua muka.. berlaku adil pd semua..sy rs itu lbh baik..sy pn berminat nk join group ni,tp byk sbb buat sy pikir panjang nk join..bl tgk pd keadaan group geng kapal itu sndiri, jgn smpai ad org pk, ad xd, xd beza pon..

    sy arp ape yg sy mksdkn kat sini xdislh ertikan..sy xmenyebelahi mane2 pihak.sy bercampur dgn sume org..n sy ckp pon based on ape yg sy rs....maaf kalo menyinggung mane2 pihak...wsalam..

    ReplyDelete
  2. salam.saya sokong statement komen pasal geng ni dah wujud puak2 atau geng dalam geng.sangat setuju pasal bile geng yang berpengaruh ade yg hentam, kutuk, mengata insan2 yang x masuk in that group. katenye kita semua bersama. tapi xde la bersama sangat bile dah timbul umpat mengumpat dalam geng sendiri. saya join geng kapal sebab nak share and amik pengalaman hidup sebagai panduan saya.

    dulu saya join geng ni xde kacau bilau, seronok bile tengok geng dah ade Grand Gathering sendiri tapi sejak akhir2 nih, byk mulut yg negatif buat geng kapal sedikit malap. marilah kita same2 bersepakat dan hilangkan rasa hasad dengki sesama geng.

    kalau komen ni mengguris hati, minta maaf ye

    ReplyDelete
  3. Kepada anonymous..TQ for sharing.Sesama kita doa segala yg tidak baik dapat kita buang dan mempertingkatkan lagi geng kapal.Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Agreed with anon 2. Tapi cuba fikir dari semua sudut. Orang yang mengumpat tu memanglah dah mengumpat. Yang diumpat ni, adakah mereka tidak melakukan sebarang anomaly/kesalahan sampai sampai mereka tidak layak diumpat? Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang kan? It takes two to tango. Both parties ada kekurangan dan kelemahan. Jadi jangan tuding jari pada satu pihak saja. Cuma pandangan saya yang kurang faham situasi sebenar

    ReplyDelete
  5. laaa,suda2la tu..dr wall fb nk ke sini plak..ni kan cume pandangan dr anon kedua tu..xpyhla nk dipjg2kn lg..pd sy xd istilah both parties..ad 1 parties yg ad geng dan 1 lg mmg xd geng at all..the thing is, most of them yg xd geng ni ad rs xpuas ati pd 'geng'yg kononnye berpengaruhla sgt dlm geng kapal ni...bl da rs diri berpengaruh,mulala suka ati nk mengumpat,nk mengutuk,nk kondem org..kononnye ad geng yg akan backup..tau da pn kn ngumpat tu dosa..xkirela org tu layak or x dingumpat,dr sudut agama,mengumpat mmg tetap xbole..matlamat xpnah menghalalkn cara...kene sedar,kt ni ckp org,kita yg lbh..bl org bg pndgan,kene hormat, jgn tau nk kondem je...wsalam..

    ReplyDelete
  6. Apa kata kalau both parties jangan menyindir mana2 pihak..kalau tak boleh berbaik..kira lupakan sajer menda yg digaduhkan.jangan besar2kan dah.Lagi dipanjangkan.lagi teruk. Akak harap semua faham yg tujuan akak buat entry ni untuk memperbaiki keadaan. Sebenarnya akak pun tak tahu pasal 'group' apa yg dimaksudkan. Akak harap pada mana2 yg nak join geng kapal ats niat yg sama seperti akak.U are welcome here.Akak dan kengkawan yg lain are alaways here to support.

    ReplyDelete
  7. saye nak memberi komen jgk..tp taktau nk mule dr mane..sy mcm liza..sy memerlukan geng kapal ni dikale sy amat memerlukan kate2 semangat, tp kalu kite jth semanagt, jgnla ade org yg mkn nk mnjatuhkan kite..saye akui sy pernah terkecik hati dgn geng kapal tp sy dh lupekan bile sy igt geng kapal same mcm manusia lain jgk..mmg akan ade yg buat slh..sy cube memperbetulkan keadaan..kut2 mmg slh saye..trs terang saye katekan saye rindu geng kapal yg dulu..cume sy perasan ade geng kapal yg cpt sgt melenting, bkn melenting psl marah tp melenting nak mngate org..wallaualam...minte sgale penjelasan saye tiada mngguris hati dan perasaan sape2..

    ReplyDelete
  8. Anon 3 here, anon ke 4 macam orang yang sama dengan anon 2. saya tak menyangkal mengumpat dan mengata tu tak baik, apatah lagi condemn. saya agree lagi dengan pandangan anon 2. so tak perlulah melenting anon 4. cuma apa yang saya cuba katakan disini ialah, setiap orang nilai diri masing masing. kan kita ni namanya manusia. tak lari dari salah dan silap. contoh terbaik, bila orang menegur, kita terima, tapi yang menegur tu tak boleh lah main tegur je. ada adab dan cara pertuturan nya. itu lah namanya both parties ada peranan masing masing, tak gitu anon 4? cuma satu kemusykilan saya, "dari wall fb ke sini plak" tu macam mana? Anon 4 ada mengutuk dan marah marah orang di wall ke macam yang anon 4 buat sekarang ni? ke anon 4 ada pengalaman dikutuk di wall group ke?

    ReplyDelete
  9. ada 6 umpatan yg diharuskan dalam islam & salah 1 daripadanya ialah

    --> pabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.

    Namun tidak harus melihat persoalan mengumpat dengan begitu mudah, keharusan itu masih dalam batasannya. Apa yang diharuskan oleh ulama adalah demi mengembalikan keadaan yang buruk kepada yang lebih baik, menjadikan seseorang itu lebih sempurna sifat islamnya. Keharusan ini tidak bermaksud syarak mengizinkan seseorang itu untuk memburuk-burukkan saudara seagamanya dengan sesuka hati.


    hani follow jgk masalah yg ada cumanya, pada mereka yg terlibat.. fikirlah kenapa ada org mengumpat kita. kita takboleh jadi sempurna & takboleh nak bagi semua orang selesa sgn diri kita kannnn.

    saya tak menangkan siapa2 . cumanya, berfikiran terbuka lah sikit ..ubahlah apa2 yg patut diubah & kekalkan lah apa2 yg patut dikekalkan.

    geng kapal kita semua bersama kannn. semuanya wanita kuat & tabah. bila kuat & tabah, mestilah kena matang. ni baru dalam kelompok kita2 je. kat luar tu lagi hebat dugaan yg menanti.

    mtk maaf pd semua ye. hani cuma nk share pendapat hani. tiba2 nnt ade pulak yg kutuk & block hani kt fb sbb komen ni. hehe sorry. :)

    *hugs & kisseg ^___^

    ReplyDelete
  10. pucuk pangkal nya..jangan la kita memperkatakan sesuatu yg kita rasa mendatangkan masalah/pertikaian dalam blog atau fb geng.better fikir sebelum bersuara krn dikuathiri kata2 kita mengusik banyak jiwa2 lembut dan jiwa2 keibuan yg berseorangan di darat..sepatutnya demi menjaga hati semua ahli2 dan juga kawan( hanya mengalami akan memahami kan)kita menerima kritikan dan kemaafan yg dihulur.buat apa nak kenang barang yg lepas..maaf jika terasa.just my 5cent..

    ReplyDelete
  11. yess hanny i agree!! kena matang laa x pyh laa semua nak cite kat wall ...

    ReplyDelete
  12. Apa kata kita bubarkan geng kapal...dan kita letak nama baru khas utk ISTERI org kapal sahaja. Mnkn nama lps ni lbh kpd formal and kita blh daftar bwh NGO. spt persatuan isteri2 tentera, polis dan sbgainya.

    Apa yg saya lihat sebagai seorang pelaut sepanjang isteri saya memperkenalkan blog geng kapal dan fb geng kapal, terlalu byk perselisihan faham sesama ahli. Ini disebabkan oleh

    1. Kebanyakan yg menyertai geng kapal ini bknlah terdiri dari isteri-isteri pelaut yg merasa sendiri penderitaan batin dan jiwa setelah terpaksa merelakan sang suami mencari rezeki di samudera raya.

    2. Kebanyakan mereka yg menyertai geng kapal ialah, budak2 hingusan yg masih belajar dan sekadar awek kepada org kapal. Come on laa... korang blom merasa dan korang ni lebih!!

    3. Awek2 org kapal ini yg mengada2 lebih nk cerita itu nak cerita ini. Bukan apa, mereka ini sbenarnya teruja memiliki pasangan hidup yg mgkin bergaji mahal, mempunyai career yg berlainan dgn org lain. Dan mereka tanpa segan silu upload gambar, kdg gambar2 yg agak keterlaluan sbg pasangan yg blm mempunyai ikatan yg sah.

    Yang merosakkan geng kapal ialah mereka-mereka yg hanya menjadi teman wanita org kapal. Yg blh clash anytime. Yg belum tentu menjadi pasangan org kapal..

    Budak2 ni tak matang lagi. ada ke patut bergaduh sesama sendiri. Kdg2 psngn diorg tu, x kerja lagi pun.

    Fikir-fikirkan lah...atau bubar je geng kapal ni. Buat group yg amek wife org kapal je. Budak2 hingusan ni buat semak je...


    Regards,
    N.M
    2nd Officer

    ReplyDelete
  13. 2nd officer, i'm AGREED with u! *____________*

    ReplyDelete
  14. Salam buat pasangan pelaut yang cekal,

    Nama saya Nuruddin Mohammed. Seorang 2nd Officer di sebuah syarikat perkapalan antarabangsa.

    Dulu, saya juga mempunyai blog berkisar cerita saya sepanjang saya menjadi seorang pelaut. Dari kadet, pegawai, suami dan menjadi bapa.

    Maafkan saya diatas komen sy yg terdahulu. Agak kasar komen sy yg sebelum ini dan tanpa berselindung sy hentam awek-awek org kapal.

    Tak salah utk menjadi awek org kapal. Kerana sy juga pernah bercinta sblm berkahwin dgn isteri yg saya kenali sblm sy menjadi seorang pelaut.

    Namun, ingin saya tegaskan bahawa, awek-awek zaman sekarang sudah lupa pantang larang bercinta. Berkepit sini sana, bergambar rapat-rapat, maaf ckp la, kdg2 dah tidur bersama-sama... Ini yg buatkan sy terpanggil utk menghentam awek-awek pelaut ni. Awak nak bercinta, awak nak bercinta dgn 4th engineer, 3rd officer, captain, chief officer, greaser, oiler, cook, steward, even ngan cadet deck or engine sekalipun..Lantak awk lah. tak perlu nak heboh-heboh..

    Saya bercinta dgn isteri saya, hanya kami berdua saja yg tahu. kami cuba rahsiakan kerana bg kami, sekiranya semua org tahu then tiba-tiba pasangan hidup yg sebenar adalah org lain. tak ke malu tu?

    Pasangan yg berkahwin pun ada yg bercerai. Tapi persoalannya ialah, adakah natijah yg terjadi itu sama seperti awek-awek pelaut yg bercinta dan kemudian clash tetapi telah tiada kehormatan diri!!??

    Bercinta boleh, tp jgn lupa pantang larang. Tak payah la nak heboh kt sapa2 yg kamu bercinta dgn pelaut. Walaupun kamu bercinta dgn pakwe kamu sebelum dia bergelar pelaut lagi. Itu hal peribadi kamu.

    Saya kadang-kadang naik malu, dan kadang-kadang terlepas ckp jgk..bodohnya budak-budak perempuan ni bergaduh sesama sendiri..

    Cukup saja sampai sini, mohon maaf atas ketelanjuran kata-kata. Saya sebagai seorag pelaut, seorang suami, dan seorang lelaki agak kesal dgn geng kapal yg berpecah sekarang. Yg menyebabkan perpecahan bukannya mereka yg dah berkeluarga!!!!

    Salam hormat,

    Best regards,
    Nuruddin Mohammed Zubir
    2nd Officer

    ReplyDelete
  15. Terima kasih 2nd Nuruddin kerana sudi berkongsi disini..saya faham apa yg cuba 2nd sampaikan dan saya harap semua tidak salah tafsir niat 2nd. Segala yg baik kita ambil sebagai nasihat dan iktibar. Mana yg buruk kita elakkan dan jadikan sempadan.

    ReplyDelete
  16. geng untuk isteri pelaut memang wujud, setahu saya. geng kapal ini lebih terbuka kepada semua.

    kepada yang diumpat @ menjadi mangsa, jika anda bahagia dengan hidup anda & pasangan, teruskan. kenapa perlu anda kongkong fikiran anda dengan memikirkan ada pihak lain mengata ttg anda?


    to N.M, agak lucu juga bila anda katakan 'Agak kasar komen sy yg sebelum ini dan tanpa berselindung sy hentam awek-awek org kapal', anda tak sedarkah bahawa anda mmg beselindung disebalik nama N.M sebelum ini? mana pergi kredibiliti bila anda gunakan ayat 'budak hingusan'? sekadar memprovoke kemarahan orang lain? tak sedarkah komen anda itupun seperti 'budak hingusan' bila anda menulis dengan niat untuk memperli golongan lain?

    tahu pula meminta maaf dan reveal nama sendiri bila gunakan ayat yang lebih proper. jangan cakap pasal orang lain bergaduh, tulisan anda sendiri boleh buatkan orang bergaduh dengan anda.

    lain kali, fikir dahulu sebelum bercakap.

    ReplyDelete
  17. Saya AMAT tertarik dengan komen saudara N.M yang satu ini:

    "Bukan apa, mereka ini sbenarnya teruja memiliki pasangan hidup yg mgkin bergaji mahal, mempunyai career yg berlainan dgn org lain"

    dari mana agaknya saudara mendapat statement sebegini? mungkinkah dari pengalaman saudara dengan pasangan sekarang ini?

    Saya pernah bergelar teman wanita, kini sudah bergelar tunang, tidak pernah terlintas sama sekali di fikiran saya mengenai perkara tersebut. Dan saya percaya, ramai lagi teman wanita dan tunang orang kapal, yang belum berstatus isteri orang kapal, tidak setuju dengan fakta yang dinyatakan saudara N.M. Kerana ini merujuk kepada SEMUA teman wanita dan tunangan orang kapal amnya.

    Maaf saudari Liza, saya tak faham apa yang cuba disampaikan oleh saudara N.M ini selain lebih banyak mencetuskan rasa marah dalam diri seseorang, lebih lebih lagi yang belum bergelar isteri seperti saya.

    Pesanan saya buat saudara N.M, kita dikurnia akal, gunakan!

    ReplyDelete
  18. Dah la.. Buang yg keroh amik yg jernih. Meh kita semua tanamkan sikap merendah diri. Bila kita rendah diri secara automatik masalah adik2 dan kakak2 akan selesai. InsyaAllah. Semoga komuniti kecik kita ni akan lebih hormat menghormati satu sama lain dan bersama dalam susah atau senang..

    ReplyDelete
  19. saya pun sama...
    ingin mencari kawan-kawan yang memahami..

    (^_^)

    saya budak baru belajar

    ReplyDelete
  20. Salam...
    1st of all,sy perkenalkn diri.Just call me Sue.Wife kpd org keja kpl gak.

    Nak tanya nih,apa nama grup nih kt fb?Nak jugak join.I might not join all of your activity cz im here in sarawak.Who knows i might get smthg usefull there especially when most of us are in the same shoes.Thats all.Cheers! N all d best to all of us!

    Regards,
    -sue.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum sis [^^,]

    saya lea wife kepada 3rd engineer kapal Anzalia. just married for 5months. hubby baru sign on 16 sept yang lalu. so mode: sangatla rindu rinduan. saya juga punya niat seperti sis, join utk memotivasi diri sendiri yang kite tidak bersendirian disini.ramai wife seafarer lain disini esp di FB. boleh berkongsi segala rasa suka duka, cerita dan idea. sharing is caring...luv!

    tumpang tanya sis..utk FB geng kapal ni guna acc ISTERI PELAUT ye?

    tQ!
    regards:
    lea Alea

    ReplyDelete