Friday, May 6, 2011

Safety Awareness-Tingkatkan keselamatan rumah anda

Assalamualaikum kengkawan semua..lamanya blog geng kapal ni tak berupdate.Sorry yer..saya tak berapa sihat lately.skrg ni baru beransur sembuh.Alhamdulillah.
Isu kali ni berkaitan dgn keselamatan rumah dan keluarga kita.Since wife2 seafarers ni kebanyakkannya tinggal dirumah dgn anak2 saja..Jadi sedikit sebanyak kita sentiasa rasa risau akan sebarang ancaman kepada keluarga kita.Kalau saya..bila hubby takder kat rumah,tido malam saya tak berapa lena.saya mesti bangun dan meninjau keadaan keliling rumah. Terutama sekali bila rumah jiran2 saya banyak yg sudah dipecah masuk.Hati mana yg tak risau.Kalau hubby ada baru laa saya rasa secure dan boleh tido lena.

Disini saya akan berkongsi satu kisah.Bukan niat untuk menakutkan kengkawan semua tapi niat saya untuk meningkatkan  kesedaran kita supaya tidak leka dgn aspek keselamatan rumah kita. Tapi kita kena ingat,walaupun kita sidah beringat dan berikhtiar,tapi jika sudah ditakdirkan Allah ingin menduga kita.Kita kena Redha dengan dugaan Allah ini.
Dulu kita dikhabarkan dgn berita rumah kak zurena zakaria yg telah dipecah masuk.Nasib baik semua ahli keluarga tiada dirumah. Biarlaa hilang harta..jangan apa2 jadi pada keluarga kita.betul tak kengkawan??
Baru2 ini saya dikejutkan pula dgn berita tak baik yg menimpa salah seorg dari kita iaitu kak ernie.Rumah Kak ernie telah dipecah masuk pada waktu malam ketika kak ernie,anak2 dan bibik sedang lena.Kejadian berlaku pada pukul 2:30pg. Menurut kak ernie,Bibik dia telah diikat. Tapi anak2 tidak dikacau dan dibiarkan tidur. 3 lelaki bersenjatakan parang telah masuk melalui sliding door.Bila saya tanya kak erni apa perasaan dia ketika kejadian..kata kak ernie
Masa tu takder perasaan langsung.Hanya fikir nak selamatkan anak2 jer.Anak2 la yg saya kena protect sebab perjalanan mereka masih panjang lagi.Jangan biar mereka membesar dengan pengalaman ngeri.
Nasihat kak ernie,
 Jangan panic walau berdepan dengan apa2 keadaan pun dan cuba fikir waras dan selamatkan yang penting dahulu.
Alhamdulillah kak ernie dan keluarga tidak diapa-apakan dan selamat.Syukur.Pada tanggapan saya mesti kak ernie akan trauma selepas apa yg terjadi terutama bila suami pula tidak dapat balik walaupun kak ernie telah ke Ofis untuk memohon suaminya pulang namun seperti biasa takder reliever.Mmg tak dapat balik. Saya kagum dengan ketabahan kak ernie bila kak ernie memberitahu saya
Trauma tidak sangat.Sebab kak ernie redha ini ujian Allah.Kita dah buat yg terbaik.Tapi kalau dah tertulis kena laa banyak bersabar.Setiap hari kita diduga.Supaya kita sedar walau hebat mana pun kita,sebenarnya kita hanya seorang hamba jer.perlu “tunduk” pada Nya.
Kengkawan semua..antara langkah2 keselamatan yg boleh kita titik beratkan dalam usaha kita untuk mencegah perkara yg tidak diingini.
Secara amnya:
1.   Jangan dedahkan di laman social alamat rumah anda kerana kita tidak tahu siapa yg memerhatikan kita.
2.   Sendalkan pintu sliding door anda dgn kayu bagi menyukarkan pintu sliding door dibuka
3.   Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci dgn baik.
4.   Pasang grill.
5.   Cara alternative,bolehla memasang alarm system dan CCTV bg meningkatkan tahap keselamatan. Terdapat pelbagai produk di pasaran.

6.   Jika mengunakan auto gate,pastikan auto gate sepenuhnya tertutup barulah kita keluar dari kereta. Ini untuk mengelakkan kita terdedah pada org yg tidak berkenaan yg menyelit masuk ke rumah kita ketika gate ditutup.
7.   Jika tiada auto gate,pastikan pagar sentiasa ditutup dan jangan sesekali leka untuk menutup pagar ketika keluar dan masuk kerana rumah kita akan terdedah sepenuhnya pada org luar untuk masuk.

8.   Sebelum tidur,jangan lupa membaca ayat2 suci Al-quran dan doa memohon kita sekeluarga dilindungi Allah.
9.   Jangan lupa ambik no telefon keselamatn yg berdekatan xkira la polis ke,bomba ke hospital ke..kot2 kes emergency- share by Nita
10. Membuat rondaan di kawasan perumahan.macam rukun tetangga tu.dapatkan kerjasama penduduk di sekitar taman perumahan anda- share by kak effie

Jika kita tiada dirumah:
1.   Sebolehnya,jangan dedahkan di laman social yg tiada org berada dirumah pada sesuatu masa.
2.   Pesan pada jiran untuk tengok2 kan rumah kita.Pastikan hanya memberitahu jiran yg kita percaya saja.
3.   Pastikan lampu menyala terutama di sekeliling rumah.Nasihat saya pasang timer atau sensor yg membolehkan lampu menyala dengan sendiri. Setidaknya bila ada lampu,rumah kita tidaklaa gelap.Dan sebarang aktiviti yg mencurigakan mungkin dapat dilihat oleh jiran.
4.   Maklumkan pada polis di kawasan anda akan ketiadaan anda dirumah bagi membolehkan mereka memerhatikan rumah anda dikala mereka meronda.
5.   Sebelum meninggalkan rumah pastikan semuanya telah dikunci dgn baik.
6.   Pada yg memasang alarm system,pastikan anda ‘armed’ rumah anda. Dan sesekali buatla test pada alarm anda bg menguji kecekapan system.
7.   Sebelum meninggalkan rumah,bacala ayat suci Al-quran dan memohon pada yg Esa moga menjauhkan rumah kita dari sebarang perkara tidak diingini.
Mungkin ada lagi langkah2 yg saya terlepas untuk kongsikan disini  dan kalau ada doa2 yg khusus bolehlaa dikongsi bersama diruangan komen.Bersama kita berdoa dan berusaha meningkatkan tahap keselamatan rumah kita.Moga kita semua dilindungi ALLAH.InsyaAllah. Amin.

5 comments:

  1. sangat bagus panduan dan info kat sini. TQ.

    ReplyDelete
  2. pic atas tuh umah laki saye.. mmg takot if tggl sorang even kawasan umah tuh ade pak guard.. dah la xde pagar umah... kene pasang alarm system macam3 nih...

    ReplyDelete
  3. kesian kak ernie..saya penah merasai tp mujur la masa tu tiada org di rumah..tp kak ernie sgt tabah..saya kagum dgn akak..even sy takde masa kejadian saya masih trauma beberappa mggu slps kejadian..xleh lelap mata :( -lepas kjadian saya atttach surat laporan polis pd office utk cr reliever scoat mgkin

    ReplyDelete
  4. info yg sgt berguna..thanks for sharing liza...

    ReplyDelete
  5. tak dpt bayangkan kalau jd kat diri sendiri..tht y umah skrg jd mcm hotel je tk berani nk bermalam kalau husband sign on..naseb baik umah mak dekat..

    ReplyDelete