Sunday, May 29, 2011

Objektif dan Editor

Assalamualaikum..
Sekarang ni saya agak kebuntuan idea dan tidak berkesempatan tuk mencoret isu apa dalam blog geng kapal ni..Jadi setelah difikirkan,saya rasa adalah baik jika terdapat 2 org lagi editor/author yg boleh turut sama menyumbang idea2 yg berinfomasi untuk kita semua.Salah seorg ialah kak Azimah Azri yg dari sebelum ni sentiasa membantu saya dalam memberikan idea2 yg bernas.Saya masih mencari seorg lagi..sesiapa berminat..bolehla email kat bloggengkapal@gmail.com or can contact me kat FB: liza fitri.

Saya nak share kat sini apa sebenarnya objektif utama blog ni.

Disini kita akan berkongsi tentang:
  • Kisah2 tentang cabaran atau dugaan yg dihadapi setiap pasangan Seafarers.
  • Percutian keluarga, dekorasi rumah dan anak2.
  • Semua perkara berkaitan dengan seafarers. Samada dari luahan hati hinggala ke bidang kerjaya.
  • Perkara yg berkaitan dengan kapal, syarikat perkapalan,perlabuhan dan pelbagai lagi.
  • Aktiviti2 dan Isu2 berkaitan persatuan GENG KAPAL
Seri Angkasa -pic from website MISC
Harapan saya semoga blog ini akan jadi satu sumber yg berinfomasi yang dapat menghubungkan kita semua diantara satu sama lain. Insyaallah. Sebarang idea menarik yg boleh menambahbaikan blog ini adalah amat dialu-alukan. Sebarang cadangan boleh dikemukakan di ruangan komen atau boleh juga email pada saya bloggengkapal@gmail.com.

Terima kasih.

-Liza-

No comments:

Post a Comment