Wednesday, June 8, 2011

Kemalangan


Dua hari lepas saya mendapat sms oleh kak Azimah dan kemudiannya membaca post maiza di FB berkenaan dengan kemalangan yg menimpa suami rakan kita Seira iaitu 2nd mate Hazarami Sulfi. Berdasarkan dari eqa yg telah pg melawat semalam, hazarami mengalami kecedaraan teruk di tangan,kaki,muka dan semalam baru selesai pembedahan usus serta dikhabarkan masih lagi memerlukan pembedahan untuk kaki dan tangan yg patah.

Dikatakan Hazarami dalam perjalanan ke ALAM untuk mengambil exam. Malangnya kereta dipandu telah bertembung dengan kereta Avanza di Highway PD.

Bersama kita doakan semoga Hazarami kembali sembuh seperti sediakala dan moga Seira & keluarga tabah menghadapi dugaan dari Allah ini.Amin..

Pada kengkawan yg berhampiran yg mahu melawat dan memberi semangat pada seira dan suami bolehla ke Wad Lelaki 3a di Hospital Seremban. Pada yg mahu menghulurkan bantuan.Kita akan memulakan kutipan nanti. Semua maklumat berkenaan akaun akan diumumkan oleh Bendahari Persatuan Kak Effie Elyda nanti.Hari ini hari sahabat kita yg susah..esok lusa mungkin dugaan pada kita pula.Jadi bersama la kita support apa yg boleh.Insyaallah.

posted by Hasliza

13 comments:

  1. semoga seira tabah...insyaallah...

    ReplyDelete
  2. moga Allah memberikan nya kekuatan!!!! insyaallah

    ReplyDelete
  3. erm waktu g ofis tadi enc Khairi ngan Syahrizal dari liner fleet manning exec.MISC katanya mau ke seremban melawat en HAZARAMI...... nampaknya MISC sudah tahu...semoga ada EN HAZARAMI kita sembuh

    ReplyDelete
  4. Semoga Seira tabah dan semoga suaminya cepat sembuh...huhuhu...selalu jugak dengar citer kemalangan warga kapal ni bila menuju ke ALAM...

    Pada semua warga pelaut,silalah berhati-hati ketika memandu...ingatlah ada mereka yang menanti kepulangan anda...(pinjam iklan radio kejap)

    ReplyDelete
  5. semoga suami seira cepat sembuh dan mereka diberi kekuatan oleh Allah utk menempuh dugaan ini..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. semoga kecik cepat sembuh..buat seira..kuatkan semangat..dan tabahkan hati..utk suami n anak tercinta..doa kami dari sahabat-sahabat sentiasa bersamamu...

    ReplyDelete
  8. Semoga Seira tabah setabahnya..Ingat Allah dan kami geng kapal sntiasa memberi sokongan selagi terdaya.Saya sokong usaha geng utk collect fund :)

    ReplyDelete
  9. semoga akk tabah n kuat menghadapi dugaan ni..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..akk dpt berita dr zurin ttg kemalangan suami ahli persatuan geng kpl seira pd ari isnin.maafkn akk sb akk berada di kg masa tu dan tdk tahu kabar berita persatuan sb xtgok fb sejak ahad sb xda line internet.mlm ni bru dpt check fb.akk dh kol seira smlm tnye kabar suami dia.akk pon rasa trkejut juga sgt simpati dgn dia suami dan ank kecil.blum dpt nk melawat dia dan suami sb msih berada di kg..insyaAllah akk akn dtg melawat nnt.akk doakan smoga suami seira cpt sembuh dan dpt mnjalani rawatan sebaik mungkin.akk harap seira brsabar mnghadapi dugaan dr Allah Swt.brsama2lh kita brdoa ye.amin.

    ReplyDelete
  11. semoga seira tabah mengahadapinye...hadapila ia dgn penuh kesabaran dan keredhaan, doa kami seiring dgn seira supaye suami seira cepat sembuh...AMIN YARABBANALALAMIN

    ReplyDelete
  12. moga suami seira cepat sembuh seperti sediakala.

    buat seira dan family,
    moga kalian tabah dan cekal menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  13. a'kum kecik..aku harap nko dah sedar dah boleh membca komen aku nie..aku baru tau malam tadi tentang kejadian ini dari Cheng (cina bukit) yg inform..takziah buat nko dan aku harap nko cepat2 sembuh dan sihat seperti sediakala..cukuplah sejarah setiap batch ALAM akan 'pergi' sorang dan batch kite sudah pon menciptanya tahun 2006..harap dpt jumpa nko bile aku sign-off nnt..

    -DC 1313 @ Antofagasta, Chile-

    ReplyDelete