Thursday, June 9, 2011

betul ke kita kekurangan pelaut tempatan?

Lately asyik terdengar keluhan dari seafarers kita mengatakan lebih ramai warga asing yg berkhidmat berbanding dgn warga tempatan n seringkali seafarers kita dianak tirikan dari segi gaji dan layanan.Adakah ini berpunca dari kekurangan pelaut tempatan sehingga company terpaksa hired org luar..??hurmm..saya nak share satu article dari bernama.

Bernama.com
Malaysian National News Agency

Industri Maritim Negara Kekurangan Pelaut Tempatan - Abdul Rahim

October 18, 2010 15:44 PM
PELABUHAN KLANG, 18 Okt (Bernama) -- Industri maritim di negara ini memerlukan lebih ramai pelaut tempatan terlatih dari kalangan generasi muda, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, Isnin.

Katanya pada masa ini, sebanyak 45 peratus atau 15,000 daripada 35,000 pelaut yang berdaftar dalam industri maritim negara adalah warga asing.

Katanya, kekurangan itu disebabkan generasi muda di negara ini kurang berminat menceburi kerjaya dalam industri maritim.

Masalah ini perlu diatasi bagi mengelak kebergantungan kepada pelaut warga asing khsusunya dari Indonesia dan Filipina, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Maritim Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di sini.

Abdul Rahim menggesa golongan muda yang masih belum mendapat pekerjaan tetapi memiliki kelayakan perlu menceburi bidang maritim bagi mengisi kekosongan tersebut.

Katanya bidang maritim pada masa kini menghadapi kekurangan tenaga kerja dalam empat jawatan utama iaitu Kapten, Ketua Jurutera, Jurutera Kedua dan Pegawai Perkapalan.

Beliau berkata sektor maritim dilihat sebagai sektor terpenting dalam industri pengangkutan kerana sebanyak 96 peratus daripada urusan penghantaran barangan eksport dan import melalui kontena di seluruh dunia dikendalikan oleh syarikat perkapalan.

Terdahulu itu, dalam ucapannya, Abdul Rahim berkata kementerian dan Jabatan Laut Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam kerjaya sebagai pelaut.

Antara usaha tersebut termasuk menganjurkan taklimat kerjaya dan latihan seperti kursus 'Domestic Mate' Terhad dan pembangunan Sistem Dokumen Pelaut (SDPX) bagi merekodkan pendaftaran pelaut tempatan.

Beliau juga berkata Akademi Laut Malaysia (ALAM) berhasrat menawarkan beberapa kursus baru dalam bidang maritim untuk keperluan sektor luar pesisir dan latihan untuk kapal tangki kimia bagi menarik minat golongan belia.

-- BERNAMA
pic from website MISC


Adakah betul-betul kurang belia tempatan menceburi bidang maritim or company tempatan yg tidak memberikan peluang..apa pendapat kengkawan? 

posted by Hasliza

8 comments:

  1. salam :)
    apa yang saye tahula kan
    diorang cuti x bergaji, cuti lame
    xde bonus.
    hee~

    ReplyDelete
  2. tuh tak pasty pulak...tapi tengk sekarang neh dah banyak seafarers kat malaysia neh..tapi ramai yang tak dapat peluang naik lagik....

    ReplyDelete
  3. kena tanye misc soklan nih..

    ReplyDelete
  4. sbb abg saye 2 org kje dgn misc :3

    ReplyDelete
  5. berbelas ribu pelaut kat msia nie kejadahnya.

    ReplyDelete
  6. Ramai yg tak dpt kpl . . . Minta keje mcm minta sedekah . . Skim gaji double standard. . Foriegner dibayar lebih tinggi walau dgn tiket yg rendah, tak tau keje etc. . . Buat ramai pelaut tak berminat . . Kontrak terlalu lama 6 bulan tapi biasa terlajak la . . . dah ada anak isteri nak tinggalkan 6 bulan lama tu . .

    ReplyDelete
  7. saya sokong pelaut melaka... pernah dengar cerita ni dari kawan2... malah ada yang.. tut tut tut.. sebab tu ramai yang melarikan ke syarikat lain.. yang dah lama keje tak naik2 pangkat...bonus tiada.. benefit kurang.. union tak kuat... erk... boleh ke komen camni.. hehehhee

    ReplyDelete
  8. betoi aku pun seaferer nak cri kosong pun susah banyak mik orang luar adess

    ReplyDelete