Thursday, June 30, 2011

Sumbangan Ikhlas kepada Seira- This is a STICKY POST. Scroll down for new entry.

Assalamualaikum….
Saya ingin mengumumkan..MULAI hari ini iaitu 14 JUNE 2011 hingga 30 JUNE 2011 kita akan membuat kutipan sumbangan bagi membantu sahabat kita Seira dan suaminya  Hazarami,yg seperti kita ketahui telah ditimpa kemalangan haritu.

Pada yg sudi menghulurkan sumbangan sila PM kak Effie Elyda Md Yusof di FB untuk mengetahui detail akaun Maybank.Maaf kerana tidak paparkan no akaun disini kerana kak effie tidak selesa no akaun dipaparkan secara public.

Notification maybank2u tu bolehla diemail ke eelyda@gmail.com or boleh juga PM kak effie supaya kak effie dapat menyemak transaction anda.Jumlah sumbangan kengkawan tidak akan didedahkan dan hanya diketahui oleh kak effie sahaja.

Segala Jasa baik kengkawan semua amat saya hargai.Bersama kita membantu sahabat kita setakat yg boleh kerana Seira sekeluarga adalah keluarga kita juga. Hari ini mungkin hari Seira,esok lusa mungkin kita pula. Kita bersama doakan semoga suami seira Hazarami kembali pulih dan sihat seperti biasa. Amin.

Saturday, June 25, 2011

Minggu Pengantin...

Assalamualaikum..cuaca di pagi ahad ni kat senawang mendung dan sejuk jer..kalau hubby ada ni mesti seronok sebab bleh bawak wafiy jejalan.huhuhuh...

ok btw, seronok saya tgk bila kengkawan geng kapal dengan sporting and sangat supportive telah letakkan pic kawen as a profile picture..Pelbagai fesyen baju kawen,pose and makeup dapat kita tgk dari pelbagai generasi. Terima kasih kengkawn semua for ur support.

Apa tujuan saya sebenarnya??Asalnya saya rindukan hubby saya jadi saya carik balik gambar kawen kitaorg..bila saya letak kat FB ramai plak yg komen jadi saya fikir..apa salahnya kalau kengkawan yg lain buat menda yg sama.

Kekadang setelah bertahun kita kawen,kita terlupa nak menatap balik gambar2 kawen kita dalam album. Kita sudah lupa keseronokkan kita diawal perkahwinan yg sepanjang masa duk membelek album kawen..Jadi sesekali bila kita mengimbau kembali saat yg indah itu..mengingat kembali macamana runsingnya hati memikirkan macamana la perjalanan majlis nanti dan betapa rasa berdebarnya menantikan malam pertama..hehehe...tapi sampai skrg ni pun asyik berdebar jer bila si suami balik..:))betul tak kengkawan???..Kenangan terindah ni akan selamanya tersemat di kalbu.

Teringat masa majlis akad nikah saya dulu...ada menda kelakar..Mak andam saya ni pg make up saya jadi gelap..kat dalam kamera dia mmg la cantik gambar saya sebab flash melampau..tapi kat kamera org lain..dah gelap semacam jer..terkejut hubby masa jumpa saya kat masjid..aikss..baru 2 minggu tak jumpa dah semacam jer gelapnya..berjemur ke apa...hehehehe..nak tgk gambar saya kat kamera adik ipar..
hehehe....kalah KAJOL gelapnya...huhu

okla dah cukup pasal saya..meh kita tgk segelintir gambar kengkawan yg lain...semuanya manis2 dan cantik2..

kak Aziah
kak azie
kak ros
kak fidah

Ada pic2 kawen yg pose nya sangat stylo
Marsha...melompat lebih tinggi
Yat...taburan bunga
erine..dijunjung
Unik..........
ida...baju seragam
dieha ...gabungan dua budaya

Rakaman kembali...

kak meyna...anniversary ke7
Menarik kan..pada kengkawan yg lain yg blum tepek gambar kawen memasing..jom join sama...selepas 2 July...u are free to change the pic..ini cuma untuk tempoh seminggu sahaja..okla...Happy weekand.For more pictures jenguk-jengukla profile kengkawan geng kapal yer..:)

Thursday, June 23, 2011

International Seafarer Family Convention 4-5 August 2011

Assalamualaikum...
tadi masa saya duk belek2 Fb then saya jengukla wall geng kapal..terjumpa satu post dari encik Haris ni..terus saya ke website ISFC. terima kasih yer en.haris for sharing.
wah..ada convention pasal family seafarers..bila saya tgk schedule convention saya sangat tertarik..dahla baru pertama kali diadakan..dengan bertemakan  “The Bonds of Families, the Success of the World"..kita dah dapat tau apa tujuan convention ni.Bukan setakat fokus pada seafarers tapi family juga.ini saya copy paste dari website

The International Seafarer Family Convention (ISFC), which will commence on August 4-5, 2011 at the Philippine International Convention Center, is the first gathering of seafarer-families that intends to strengthen the ties of every member of the household while the seafarer fathers (or mothers) are pursuing the realization of their aspirations in life.

It is our modest objective to promote the upliftment of the quality of life, bonds and relationships of seafarers.  It is our intention to inspire and motivate seafarers of their moral, spiritual, and emotional being while instilling family values.

This Convention is a tribute for the contributions and support of the families to their seafarer-husbands and/or seafarer-sons or daughters who have put the Philippines into the map of maritime world. Hence, the Convention will pave the way to discovering the success stories behind every seafarer family.

Menarik kan..kalau kengkawan berminat nak join tak silap saya boleh register online...boleh refer official website n register kat situ.bestnya kalau ada buat kat negara kita kan...conform kita2 semua pergi. Topik2 yg dibincangkan oleh speaker sangat menarik.antaranya:
  1. The Challenges in Today's Maritime Education and Training
  2. Security for the Future of a Seafarers and their families
  3. Unique Situation of a Seafarer Family
  4. Values which make the Seafarer Family Successful
  5. Keeping Relationship Sexy and Healthy
Bila saya baca2 topik2 ni..seriously i want to be there..tapi conform2 la tak boleh kan..dahla hubby tak balik lagi ni...bulan posa plak tu time tu...kalau sesapa pergi..please2 do let me know the outcome.

okla dah lewat ni..pada kengkawan semua..pastikan rumah semua dah dikunci...Gud nite..

posted by Hasliza

Tuesday, June 21, 2011

Photoscape...

Sebelum ni saya edit pic2 saya guna picasa jer..niat hati nak belajar photoshop tapi susahla..malas nak explore sesorg...ada sesapa tak boleh ajar saya...??btw,kat sini saya nak share..saya download satu software ni..nama dia Photoscape..saya lupa dah link yg saya download.pada org macam saya yg suka amik gambar n edit2 n tak mo pening2..bolehla cuba guna photoscape..download it for free..google jer..user friendly n sangat senang nak guna asalkan rajin la nak explore function2 dia..

ini contoh2 yg saya guna Photoscape..


kengkawan mungkin lagi kreatif dari saya..lets express those special moment with love ones in creative ways.:)

Saturday, June 18, 2011

SEGMENT DIY : Cara-cara tukar tayar pancit

Assalamualaikum...Sorry la banyak hari plak tak update blog.Aduhai penat sangat n masa fully occupied. Alhamdulillah skrg ni dah selamat balik ke Senawang. Seronoknya bila dah balik rumah.HOME SWEET HOME.

ok nak citer pasal segment DIY ni..kita ni kan selalu la sangat ada masalah2 kat rumah/keta contohnya kepala paip rosak la, tayar pancit, tombol pintu rosak la..macam2 masalah..Kekadang2 menda ni buat kita pening memikirkan cara2 nak atasi or hadapi sendirian. Kalau hubby kat rumah,bolehla hubby yg buat kan.

JAdi kat sini saya akan share satu2 masalah yg boleh kita DIY jer tanpa perlu pening2 or kena upah org..kita kan superwoman. Kali ni kita share cara2 nak tukar tayar yg pancit. Ada tips n step by step yg mudah jer tuk kita buat.Ini copy paste dari blog MAMAWAFIY




pic from google

 1. Kalau tgh drive keta rasa gegar2..or kalau lebih teruk tayar pecah tiba2..JANGAN PANIK..pegang stereng kemas2 n drive ke bahu jalan. Matikan engine n  hidupkan Hazard Light. Jangan lupa letakkan segitiga or kon kat belakang keta tuk alert pemandu lain.

2. Keluarkan Tayar spare dan peralatan lain untuk tukar tayar. Korang jangan lupa..sentiasa check angin tayar spare.Penah jadi kat my bro..tayar pecah.nak tukar tayar tapi angin tayar spare takder.

3. Letakkan JACK kat bawah keta. Kengkawan carik bahagian keras kat keta yg biasanya bentuk lekuk 2 mcm dlm gambar..

pic from HERE


pic from HERE

4. Untuk yg ada wheel cap tu..korg bukak dulu..cungkil la dgn apa2..

5. Longgarkan skru kat tayar2 tu,,kalau ketat..pijak2 sket bg loose.


pic from HERE

6. Lepas semua dah loose...barula naikkan keta dgn JACK. naikkan sampai tayar yg pancit terangkat dari tanah.

7. Bukak semua screw..Cabut tayar yg pancit. N my hubby selalu kata.Letak tayar yg pancit tu kat bawah keta. Sebagai langkat  keselamatan sekiranya tetiba jack rosak or tertendang keluar n keta jatuh. Tak tau la tips ni betul ke tak.

8. Masukkan tayar spare.

9. Pasang balik skru2. Jangan ketatkan lagi..ketat sikit2 jer..aku dapat dari SINI, katanya Proses untuk ketatkan skru ni boleh buat jack kita tertendang keluar dari tempatnya. Bahaya!

10. Turunkan kereta.

11. Ketatkan semua skru tadi. Kasi pijak n henyak2 bagi ketat.

12. SImpan semua peralatan korg tadi.

13. You are ready to go. Tapi ingat Tayar spare takleh bawak laju2 tau..BAHAYA. Segerala ke kedai tayar untuk tampal or tukar tayar baru yer.
Hopefully kalaula ALLAH nak duga n menda ni terjadi kat kita..dapatla kita tukar tayar dgn jayanya yer:) . Kalau ada yg salah dalam cara saya ni, betulkan yer.Have a nive weekand everyone.

Posted by Hasliza

Tuesday, June 14, 2011

Sebuah lagi Kapal pengiring di Teluk Aden

Assalamualaikum..
Semestinya ramai antara kita tahu yg semua kapal MISC yg melalui Teluk Aden akan diiringi oleh BM5 dan PASKAL. Alhamdulillah dgn adanya iringan PASKAL ni..hati kami pasangan pelaut kat rumah ni rasa lega sikit walaupun tiap kali kapal suami melalui perairan Aden ni,doa kita tak pernah putus moga suami kita dan semua anak kapal dilindungi Allah sentiasa. Tragedi tahun 2008 ketika Melati 2 dan Melati 5 ditawan lanun  masih lagi tersemat di ingatan kita. Takkan sekali kita lupakan kejadian yg membuatkan semua keluarga pelaut merasa gentar dengan ancaman lanun.

Dengan adanya OPS FAJAR dari Angkatan TLDM, kapal Malaysia Bunga Laurel telah berjaya diselamatkan dari tawanan lanun pada Januari lepas. Leganya hati saya masa ketika mendengar khabar tersebut. Maka terbuktila keberkesanan OPS FAJAR ini. Untuk pengetahun kengkawan, kesemua krew kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas Lima (BM5) yg terlibat untuk membebaskan 23 krew kapal MT Bunga Laurel serta memberkas tujuh lanun warga Somalia yang menawan kapal dagang itu telah diberi anugerah istana oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mac lepas. Ini adalah tanda penghargaan kepada keberanian mereka. (sumber dari SINI )

BM5 escort kapal2 Malaysia
*pic from HERE

BTW,back kepada tajuk asal..saya terjumpa satu news kat Utusan Malaysia Pada Bulan Mac lepas yg
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ada mencadangkan kepada MISC untuk menambah sebuah lagi kapal pengiring bagi mempertingkatkan keberkesanan OPS FAJAR.

"Kita telah suarakan cadangan kepada MISC dan saya difahamkan MISC akan beri perhatian atas cadangan ini.
“Adalah wajar untuk satu lagi kapal disediakan supaya ia akan lebih melancarkan pergerakan dan TLDM berpendapat sekiranya dilaksanakan ia memberi peluang pulangan komersial yang terbaik bagi MISC dan negara,” katanya selepas Majlis Perjumpaan anggota Ops Fajar Ke-8 bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di KD Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini. – Bernama
(Sumber dari SINI)

Personally semestinya saya menyokong cadangan ini.Semoga MISC akan bersedia untuk menambah sebuah lagi kapal.Cuma saya terfikir,  
ADAKAH OPS FAJAR INI HANYA MELINDUNGI KAPAL MISC SAHAJA??KAPAL MALAYSIA YG LAIN??
Kesian la kan pada kapal2 mesia yg lain. Tapi berdasarkan yg saya baca di Blog Through The Waves ..ini yg dinyatakan penulis:

"OPS Fajar adalah utk kapal2 dagang yg didaftarkan di Malaysia yg membawa komoditi negara dan juga kapal2 dagang milik syarikat negara yg x didaftarkan di Malaysia tetapi membawa komoditi negara...keyword disini adalah komoditi.. apa yg jadi sekarang adalah...nampak macam monopoli escort ni tertumpu kepada MISC sbb kapal2 kompeni ni je yg selalu menggunakan Gulf of Aden utk ke Eropah dan Timur Jauh vice versa...melalui terusan Suez..."
* detail Click SINI


Susulan dari tajuk ini, saya akan berkongsi apa yg diluahkan oleh salah seorg isteri pelaut yg suaminya telah ditawan lanun pada tahun 2008 yg lepas. Kita selami pengalaman isteri yg tabah dan redha dengan dugaan Allah ini.Insyaallah.
 

Sunday, June 12, 2011

Bila Suami Jauh..apa aktiviti isteri?

Assalamualaikum...pergh..arini saya rasa tak happy la n cuaca pun mendung jer kat kelantan ni..nak tahu kenapa???hehehe...sebab red warriors kalah semalam...adeih...sungguh emo saya tgk bola.dahla saya ni mmg tak layan bola sangat..bila dah tengok terus takleh tido..okla..tutup citer psl piala FA...Tahniah pada pasukan Penyu. Tahun ni rezeki terengganu.

ok back to topic..saya kalau hubby saya jauh..since saya mmg tak keja..saya selalunya akan berkebun..rajin betul.Dulu2 saya ni tanam la apa pun mmg takkan hidup tapi alhamdulillah sejak hati ikhlas nak menanam and berbakti pada tanah..Alhamdulillah semuanya menjadi.Tapi skrg ni tak tau la apa citer.Dahla takder org siram kat umah tu..sedihnya kalau pokok2 saya mati.
hasil kak rita berbakti pada tanah.pic dari FB kak Norita Wagi

lagi satu saya bila hubby takder,rajin n effisien la nak berbisnes online..tapi bila hubby balik semua hancus..berkepit n berjalan jer sepanjang masa.Mana nak berbisnes..aduhai..camner nak jadi bisneswoman berjaya..Cakap pasal bisnes ni,hubby saya mmg sentiasa support saya tapi tiap kali nak keluarkan modal mesti dia akan kata.."modal hangus lagi la jawabnya"...hehehehee...modal saya dapat..untung pun saya yg punya...:))Hubby redha jer la...Ramai kengkawan kita yg ada bisnes online sendiri.Insyaallah kita akan review tiap satu yer.

Kengkawan plak camner???apa aktiviti bila hubby jauh kat laut??meh kita share kat sini..mana tau ada antara kita yg selama ni busan n tak tau nak buat apa..maybe kita boleh bg idea tuk ceriakan hidup kawan2 kita tu..hurmm..till later.Daa

Saturday, June 11, 2011

isteri naik kapal

Dulu masa saya awal2 kawin saya teringin nak naik kapal..nak merasa la hidup atas kapal.Tapi Allah bg rezeki awal, saya pregnant lepas sebulan kawen.Alhamdulillah.Lepas anak lahir,saya fully BF anak..sedih la plak nak tinggalkan..then jadi la plak kes lanun kat ADEN tu..terus hubby bekukan terus niat saya.Lagipun sebenarnya dalam hati saya.saya takut sangat nak naik kapal since saya ni cepatnya mabuk laut.Naik feri pun mabuk..rasa pening sikit dah muntah..adeih..jadi hubby saya risau saya muntah hijau terus walaupun kapal tak rolling..hehehe
  • Family dapat rasa life kat kapal
honeymoon lepas kawen-pic dari FB kak azimah

boleh sesama bawa anak - pic form FB Nisa
Tapi bila kenal wife2 geng kapal yg rata2 dah ikut hubby naik kapal n merasa sendiri keadaan bila kapal rolling giler2, terdetik dalam hati rasa jeles..adeih..naperla saya tak ikut kan..atleast dapat rasa apa yg hubby rasa tuk carik rezeki tuk kami sekeluarga. Betapa cepat saya mengalah dari mencuba untuk naik..Hurmm..doa saya moga suatu hari nanti saya berkesempatan sama belayar dgn hubby...insyaallah..
  • keindahan alam di laut
pic form FB eqa
pic from FB Nani
  •  ada yg dapat baby kapal:)
pic from FB Nani

pic from FB eqa

Pada kengkawan yg lain yg dah pernah pg belayar..apa yg bestnya dapat ikut belayar???n apa pengalaman yg paling takleh lupa masa belayar..meh share kat sini(ruangan komen)...boleh kita bertukar-tukar citer...Dapatla org mcm saya n adik2 yg blum kawen mendapat gambaran hidup kat kapal camner..
  • Dapat jejalan
USS Osaka - pic FB kak azizah
taiwan - pic from FB kak aziah

Btw,malam ni piala FA Kelantan VS Terengganu..anda sokong team mana..saya semestinya kelate...GOMO KELATE GOMO..hehehehe(tetiba selit kat sini)...okla..Take care semua.Happy weekand:)

Thursday, June 9, 2011

Bapak borek..anak rintik..

Assalamualaikum...Salam hari Jumaat yg barakah buat semua..Minggu ni weekand last cuti sekolah..Minggu depan sudah bermula balik rutin ibu2 yg kena hantar anak2 ke sekolah..Bak kata kak effie jadi supir berjaya..hehehee..apa pun itu tanggungjawab kita sebagai ibu kan..menjaga amanah yg ditinggalkan oleh papanya yg jauh. Walaupun kekadang diri mengeluh namun sikit pun rasa kasih tu tidak berkurang malah bertambah dari hari ke hari.

Wafiy at Melati 6
Ok berbalik pada tajuk, semalam saya ada tanyakan di wall geng kapal berkenaan dengan samada suami2 kita ni menggalakkan atau tidak jika anak2 mereka mahu mengikut jejak langkah si bapa untuk menjadi pelaut.Terima ksih pada kengkawan yg sudi berkongsi pendapat.Personally my hubby n i tak galakkan anak kami ke laut untuk mencari rezeki sebab kata my hubby
" biarlah susah senang kerja atas kapal tu dia saja yg rasa.Dia tak mahu anak dia pun rasa menda yg sama"

Itulah pengorbanan si bapa.Semua kesusahan biar dia saja yg rasa bagi memastikan isteri dan anak2 selesa dan hidup bahagia. Bagi kengkawan yg pernah mengikut hubby belayar mesti sudah melihat sendiri betapa susahnya kerja suami kan. Banyak dugaan yg perlu mereka tempuhi namun tiap kali menghantar berita si suami tetap ceria menceritakan yg semuanya ok untuk tidak merisaukan kita yg saban hari mendoakan keselamatan suami dia laut sana.

pic from google
Walaupun ada org yg tetap mengatakan menda2 negative tentang pelaut ni namun itu bukanlah punca kita tidak menggalakkan anak2 mengikut jejak langkah ayah mereka.Kita menpunyai sebab2 kita yg tersendiri.


ok..bg hb akk kan,dia pon kalo blh tk nak ada anak2 yg ikut jejak langkah dia blyr..kata dia cukupla dia sorang dh tgl kn family utk carik rezeki so kalo blh dia tknk anak2 ikut sama...biar la ada anak2 terutama anak lelaki duduk dekat so blh tlg jaga kita dh tua nnti...n bg dia,,dia dh sediakan tapak yg selesa utk kami anak beranak so tinggal lg anak2 usaha utk keep maintain supaya tapak tu tk rosak...:)
depa taknak anak2 susah mcm depa kalo keje kpl..sapa kata keje kpl senang???mmg gaji lumayan bulan2 tp keje pon blh thn teroknya..akk dh penah ikut hb akk sailing dulu dn akk tau camana teroknya keje dia..nak2 lak kalo ada major prob...:(

Norismaliza Hazanul
suami saya pun mmg x galakkn adik2 dia ikut belayar.anak lg la kalo blh mmg dia x bg lg2 anak lelaki ada sorg je.tp rezki masing2 kt x tau kan.bapa mertua saya pun belayar,navy...setahun br balik.mak mertua x nak anak2 ikut mcm ayah tp akhirnya suami saya...anak sulung dia ke laut gak rezkinya.cuma zaman skrg da canggih cikit bbanding dl2 dan skrg ayah mertua saya la yg menjadi pembakar semangat&penyokong setia suami saya.


menarik topik ni..:-)..cinta sy xd bg komen pape pn psl ni..tp honest, sy yg xnk anak sy ikut jejak papa dia..cukupla dia sorg yg keje camtu..anak2 xpyhla..tp adik syla yg mengikut jejak langkah abg ipar dia..mak kate,xpela,cr pengalaman..:-)
Azimah Zainal  
teringat uncle sy...dia mmg tak galakkan lansung anak2 buah dia sailing..tp bila anak buah dia yg sorg ni kawen ngan seafarer tak terkata jugak dia...saya ngan hubby tak kisahlah apa yg anak2 nak pilih asalkan pilihan tu elok kami as parents sokong...Biar dia sendiri tgk mcm mane papa dia kerja nnt dan as parents kenalah bagi guide yg betul...tapi hubby ckp nak suh anak dia jadi pilot...ngeeee

Norhamiza Bt Abdul Wahab
ooo huby miza pnah ckpp..die xnk ank die kje cm die coz nti lgi ramai ank branak yg brjauhan..biarlah jdi doktor ke,akauntan ke

Umi Hazny Yati Shahrudin  
Knp ek org kapal kebanyakkan xbg adik or anak2 jadi seafarer..mcm bf nini,dia mmg x benarkan adik dia jadi seafarer..dia cukup mrh kalau adik dia masuk alam..mayb ada something kot yg diorg tau tp kita x tahu...kalau anak lg la dia x bg..tp nini x kisah pn jnji kalau itu mmg minat dia n mmg itu passion dia..

Namun sebagai parent kita tetap menyokong minat anak2 kita. Buat apa ditegah jika akan mengundang rasa tidak senang antara kita dan anak2.

 Noratikah Roslan  
bagi kami plak kan... kami tak kisah anak kami nak follow kerjaya ayah die atau tidak... hubby akn bagitau pro n cons belayar ni... biar die tgok pengalamn daddynye nnti.. apepon yg die akn pilih kami as parent akn sokong.... so, let him decide the best 4 his life... we will support evrythg.... :)

kita merancang,Allah menentukan..though x de anak laki,hubby n me skong kalau ada relative or anak2 muda sail...reason..kena buat karangan 500 perkataan nanti...x gitu liza.. :)  

Zurena Zakaria
hmmm, tak tau nak jawap... ehehe... semuanya terpulang pd anak kot.. kalau dia rasa dia berkecenderungan ikut jejak ayah, akak tak halang.. dunia sekarang ni dunia duit.. lagipun, masuk u, belum tentu dpt kerje yg bagus kan nnt... tp kami prefer la kalau dia pilih jurusan yg mmg keluar2 terus terjamin kerjenya.. seperti doktor

for me and huby ok aje actually.smua ni bergantung pd minat anak2 juga,if dh minat ke arah tu x leh nk kata apa la,kami support aje ^___^

Azrina Rina  
xmustahil ank akn bminat sbb dh ada pengaruhnya kn..i mean frm ayah depa sndiri la..cuma kene pandai bwk diri lah bla dh jauh nu..

sy pun cam b liza..kalau bley x nk ank kijer mcm abahnyer..tp depends on dia la..kalo minat dia cam abah terpaksa la redha...

Apa pun pilihan anak kita,Doa kita moga mereka berjaya di dunia dan akhirat.Yang penting pandai menjaga diri dan mencari rezeki yg halal.Insyaallah.Amin.

Posted by Hasliza