Thursday, July 28, 2011

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum...
Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari saja lagi. Insyaallah jika masih dipanjangkan umur,maka dapatla kita bersama merasai nikmatnya ramadhan yg penuh barakah. Ada antara kita yg menyambut ramadhan ini tanpa suami disisi. Tiap dari kita sentiasa dapat berharap untuk bersama bersahur,berbuka dan menunaikan solat sunat tarawikh bersama suami tersayang. namun apakan daya suami jauh dilaut sana.Walaupun hati terasa sangat sedih,tapi percayala ramai lagi rakan senasib yg sentiasa menyokong kita. Kita tak bersendirian. Pada yg tinggal berdekatan, sesekali berbuka la bersama dan merapatkan silaturrahim antara kita.


Source: iluvislam

Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud;

"Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.

Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.

Tetapkan Taqwa
Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.
Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]


Salam Ramadhan dari saya,bersama kita memperbanyakkan amal ibadat kita. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg rugi. Insyaallah.

posted by liza

4 comments:

  1. Selamat Menyambut Kedatangan bulan Ramadhan kak liza & semua geng kapal. Semoga amalan kita diterima dan semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut ramadhan al mubarak..marhaban ya ramadhan..kepada sumer geng kapal..belum aper2 ai dah kantoi..kuikuikui..tahun ni pose sensorang lg utk tahun ke 4..dan maybe raye dgn anak je and family..hubby 11 tahun pose and raya kat kapal..sian2..igtkan taun ni dapat la balik pose n raya..rupanya captain dah suka sgt..jd tak bleh balik..dan semoga amaln sepanjang ramadhan diberkati dan di rahmati Allah...amin..*azam nak terawih penuh tahun ni..ehehe*

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan semua..kali ni ramadhan yang ke2 manyambut tanpa suami disisi sejak bergelar isteri..semoga dikuatkan semangat..ramadhan kali ni sy tengah mengandung 7bulan..smoga dapat kekuatan utk berpuasa penuh tahun ni..amin

    ReplyDelete