Tuesday, July 26, 2011

news

Pejabat MISC Chennai fokus cari pekerja maritim

16/07/2011 4:29pm

CHENNAI 16 Julai - MISC Berhad, syarikat perkapalan terkemuka dunia telah ‘berlabuh’ di bandar bahagian India Selatan, untuk mencari pekerja maritim berkemahiran di India.

India, pada masa ini telah membekalkan hampir lapan peratus pelaut untuk industri maritim dunia atau kira-kira 100,000 warga India bekerja di kapal pedagang antarabangsa.
"Pada masa ini, kami mempunyai lebih 8,000 pekerja profesional laut yang 25 peratus daripadanya terdiri daripada warga India sementara yang lain ialah warga Malaysia, Filipina dan lain-lain," kata Kapten Rajalingam Subramaniam, Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Kapal MISC dalam satu kenyataan.
Pada 11 Julai, konglomerat perkapalan itu telah membuka pejabatnya di India, yang lainnya di Mumbai dan New Delhi.

"Jelas sekali, banyak peluang untuk pelaut baharu dan berpengalaman boleh berkembang dan memajukan profesional masing-masing di MISC," tambah Rajalingam.
Pejabat Chennai dikendalikan oleh kerjasama tiga hala antara MISC, MISC Agencies India Pte Ltd dan AET Shipmanagement (India) Pte Ltd.Pejabat ketiga di Chennai dijangka dapat merancakkan perniagaan perkapalan MISC di India dan turut bertindak sebgai pusat pengambilan pekerja maritim, tambah kenyataan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment