Wednesday, February 29, 2012

Bila kita semua bersama..

Hai semua...saya,kak zurin,kak azie dan kak arni ke KPJ Seremban untuk melawat anak shasha hezry yg sedang dirawat dalam ICU. Melihatkan keadaan anak kecil yg sakit memang sangat menyedihkan hati kami. Sebagai seorg ibu kami pun faham apa yg dirasai oleh shasha.Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul.Alhamdulillah,She is getting better dari hari first she's admitted.Bersama kita doakan kakak cepat sembuh n dapat happy2 cam dulu. Disini saya letakkan gambar semasa saya pertama kali jumpa shasha dan anak2 masa wedding Mira kat Putrajaya.Tak sampai hati tuk amik gambar kakak yg sedang sakit. Kami juga turut meghubungi pihak office tuk turut sama menyokong shasha dan memaklumkan hal ini serta berharap pihak office dapat mempercepatkan proses kepulangan suami shasha. Tentang sakit kakak,dari apa yg saya dengar kakak memang ada penyakit asma.detail berkenaan sakit kakak biarla ibunya sendiri yg update.takut nanti saya tersalah info plak.
kakak yg pakai baju hijau Baby Minnie
Sejak kita mula kenal dalam geng kapal,kita saling mengambil berat diantara satu sama lain sebab kita tahu disaat ada masalah dan suami pula tiada disisi memang terasa amat susah. Selain keluarga,kawan yg memahami la yg dapat kita harapkan. Saya bersyukur melalui geng kapal saya dapat mengenali rakan2 yg sangat baik yg sentiasa sudi menghulurkan bantuan pada saya dan menjadi tempat saya meluahkan rasa. Pertama kali saya jumpa kengkawan geng kapal ialah masa birthday wafiy..masa tu saya jumpa eqa,kak zurin n kak shidah. dari detik itulah kami saling mengunjungi rumah masing2. Maklumla duduk satu senawang.

Then makin banyakla aktiviti yg dijalankan bukan saja di area senawang malah di semua zon.Tiap kali ada majlis,mesti member geng kapal ni sporting jer nak join.Okla...enjoy the pic
ini IFTAR 2011 kat umah saya

ini Potluck kat umah saya

masih lagi potluck
piknik PGK kat Putrajaya
Piknik PGK


ini masa kami pergi umah kak Arni
Dan dalam banyak2 aktiviti,semestinya yg paling menarik n julung2 kalinya menemukan 40 keluarga dari semenanjung Malaysia ialah masa kita buat Grand Gathering Pada 14-15 Mac Last year.Itu nanti saya wat post yg lain yer bersempena setahun sesusah gathering.Okla banyak keja umah tertangguh ni.Have a nice everyone.

3 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya bukan nak komen, cuma nak mintak permission untuk listkan blog ni kat website saya http://perkapalanmalaysia.com/
    saya akan promote blog ni kepada keluarga pelaut, dan pelaut dan keluarga boleh dapatkan maklumat tentang kerjaya dan kemajuan kerjaya melalui website http://perkapalanmalaysia.com/ yang dibangunkan oleh Group Facebook Komuniti Perkapalan Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam en.Ahmad Badri..Terima kasih sudi add blog kami ke list perkapalan malaysia.:)..insyallah saya pun akan promote berkenaan perkapalan malaysia di blog ini:)

      Delete