Sunday, October 23, 2011

Kunjungan PGK ke rumah Erin

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semalam saya dan beberapa lagi rakan PGK telah berkunjung ke rumah erin tuk menghulurkan sedikit sumbangan yg berjaya kami kumpul untuk erin dan mia. Terima kasih diucapkan pada semua yg sudi menyumbang. Hanya Allah dapat mebalas jasa baik kengkawan semua.

Bila saya tengok jer muka erin masa mula2 sampai tu.Hati saya dah sebak. Aduhai, sedih melihatkan wajah erin yg sugul namun tetap mencuba untuk tabah menghadapi dugaan Allah ini. Erin dan mak mentua erin tabah menceritakan kisah sebenar yg terjadi. Semuanya berlaku begitu pantas dan terjadi betul2 didepan rumah. Kesan darah pun masih kelihatan. Erin sampai ke semalam masih belum mampu untuk kedepan pagar kerana masih terbayang keadaan arwah yg berlumuran darah disitu. Kami yg mendengar dan melihat erin & damia masing2 mengalirkan air mata. Tak terbayang kami semua apa yg erin tanggung saat itu. Doa kami semoga Allah kuatkan hati erin dan damia serta mempermudahkan segala urusan mereka di masa hadapan. Semoga Allah menempatkan arwah Nor Azmi dikalangan orang yg beriman. Amin.

disini saya sertakan kata pesanan Kak Azie di wall PGK

Erin,
Kami semua tetap dibelakang erin. Kami akan sentiasa menyokong dan membantu apa yg termampu. Erin dan Damia tidak sendirian. Walaupun baru semalam kita dapat bersua muka namun ikatan persahabatan yg terjalin sungguh erat. erin tetap ahli keluarga PGK.
erin dan mia

mak arwah yg tabah menceritakan semua yg terjadi
 
kami

semoga Mia membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.Papa mia tunggu mia di syurga yer sayang.
Kita yg masih Allah berikan kesempatan untuk masih bersama suami harus menghargai tiap masa bersama si dia. Pohon ampunla atas segala salah dan silap kita sentiasa. Sesungguhnya ajal dan maut semuanya di tangan Allah.Kita hanya mampu merancang dan bertawakal atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Insyaallah.Amin

-Posted by Hasliza-

Thursday, October 20, 2011

Al-Fatihah Buat Arwah Nor Azmi Othman DNS 05

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni kita semua dikhabarkan dengan berita pemergian Azmi. Pemergian arwah amat mengejut.Khabarnya kerana accident. Saya berdoa semoga isteri arwah erine, anak kecilnya  Mia dan family yg lain tabah dengan dugaan Allah ini.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah. Sedih sangat saya dan ahli2 PGK yg lain apabila mengetahu hal ini. Tak terbayang bagaimana perasaan erin.Moga Allah memberikan erin kekuatan untuk tabah mengharungi hidup demi Mia yg masih terlalu kecil untuk mengenal erti kehilangan ini.

Marila kita bersama sedekahkan alfatihah dan Yasin untuk arwah Azmi. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang beriman.Amin.


-posted by Hasliza-

Tuesday, September 27, 2011

Sengsaranya bila merindu

Assalamualaikum..
Hari ni saya bangun pagi fikirkan arini hari sabtu..hehehe,mentang2 tak keja and anak pun tak sekolah lagi, tiap2 hari ingat weekand.Semalam saya susah sikit nak tido sebab sebelum tido saya baca email dari suami. Terus rasa sesak nafas ingatkan dia. Masa tu pulak anak dah tido. Bila saya tgk bilik kami n barang2 suami, serius memang rindu tu datang tiba2 sampai nak bernafas pun susah. Saya rasa rimas dalam bilik tu. Saya nak peluk suami saya time tu jugak.. tapi kepala saya cakap walau camner pun saya nak jumpa suami saat tu,takder apa pun boleh saya buat sebab suami kat tengah2 laut. Apa yg boleh saya buat ialah istighfar dan tenangkan hati serta cuba lelapkan mata.

Sengsaranya bila kita merindu kan. Kalau seharian kita sentiasa sibuk dengan aktiviti kita tetapi dikala malam dan keadaan sunyi,perasaan rindu akan menjengah kita. Walaupun rindu itu memeritkan namun ada masanya rindu itu sangat indah. Saya terperasan ada kawan kita Teja post di wall persatuan pasal rindu ni..


kita tengok apa jadi bila isteri2 pelaut ni merindu....

saya kalau rindu mesti teringatkan lagu ni.Dari zaman bercinta sampaila sekarang inilah lagu rindu saya.Dengar jer lagu ni mesti tak sedar air mata menitis. Hayatila liriknya.


Ruffedge - Bila Rindu Lyrics

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata


Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.


Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila tersedar semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua


*ulang Korus
Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

*ulang Korus

Sunday, September 25, 2011

Alah Bisa Tegal Biasa

Assalamualaikum...lamanya saya tak update blog ni.Sorry sangat2..saya kekeringan idea nak citer pasal apa+saya sibuk beraya..hehee...spending quality time with hubby sebelum dia dah berangkat pergi kerja last 2 days.

Cakap pasal pepatah alah bisa tegal biasa ni.. sepatutnya kita isteri pelaut ni yang dah biasa berpisah dengan suami,kita akan jadi biasa kena tinggal.Tak ada la sedih sangat2 kan..but its not true. Tiap kali opis dah call suami untuk On,kita dah mula diundang rasa tak best. Rasa sedih jer..lagi2 bila saat nak hantar hubby pergi, hati tetap rasa sebak dan susah untuk lepaskan dia pergi. Macam saya masa hantar hubby ke KLIA haritu,saya dah kata kat diri untuk jadi kuat. Tapi bila tengok hubby yg makin menjauh dan si anak yg tak jemu melambai papa dia pergi, air mata saya bercucuran jatuh. Namun tetap juga memujuk hati kerana takut si anak sedih plak bila tengok mama dia nangis.

pic from google
Tapi mungkin dengan masa, kita jadi lebih kuat bila ditinggalkan. Teringat saat saya pertama kali ditinggal masa lepas kawen dulu. Masa tu saya pregnant 4 bulan.Boleh kata tiap2 hari saya nangis. Bukan setakat nangis air mata bercucuran,ini siap nangis beria2 dengan teresak n panggil2 nama suami..hehhee..bila dikenangkan, sungguh beria saya nangis.Tapi masa tu memang rasa sedih sangat2. Maybe sebab saya pregnant dan terlebih emo :)

Tapi sekarang, bila hari kedua jer hubby pergi, saya dah mula kuat. Saya singkirkan rasa sedih dan sibukkan diri dengan aktiviti lain. Lagipun anak tetap ada disisi saya sebagai peneman saya. Kengkawan semua, kita semua wanita terpilih yg diuji oleh Allah untuk tinggal berjauhan dari suami. Berbanggala anda semua. Dan kuatkan hati menghadapi semua dugaan di kala suami jauh. Nikmatnya jadi isteri pelaut hanya kita yg tahu walaupun orang luar sentiasa kesian melihat kita. Sejak saya kenal geng kapal dan kengkawan geng kapal yg tinggal berdekatan dengan saya. Saya tahu saya tidak bersendirian lagi. Mereka sentiasa ada disisi saya. saling menemani,tolong menolong dan beraktiviti dikala suami jauh. Terima kasih dear friends.

Kesimpulannya, kita tetap alah dan tak biasa ditinggalkan namun dengan masa kita jadi semakin matang dan lebih kuat untuk menghadapi cabaran sebagai isteri pelaut. Untuk yg baru dan akan berpisah dengan suami dalam masa terdekat ni, tabahkan la hati yer dan pada yg sedang menunggu kepulangan suami, Bergembiralah kengkawan dengan suami tersayang.Enjoy every precious moments together. Semoga rumah tangga kita semua dilindungi Allah dan kekal hingga ke syurga. Amin.