Showing posts with label Gathering 2012. Show all posts
Showing posts with label Gathering 2012. Show all posts

Saturday, June 2, 2012

The Video for GGGK 2012

Alhamdulillah Grand Gathering Geng Kapal 2012 telah  selesai dgn jayanya. Terima kasih kepada Kak Rafidah, Shiela Bun,Tuan Norashikin serta semua AJK yg menjayakan GGGK2012. Jasa baik anda semua untuk menyatukan dan mengeratkan ukhwah sesama kita akan dikenang.

Nanti saya akan share pics masa kami disana but for now saya letakkan link video yg kami pasang untuk dinner disana.Terima kasih pada kak arni yg support kos tuk video ni.Apa pun enjoy the video.




Monday, March 12, 2012

And the Campaign Begin..


Selamat pagi semua..
Hari ni saya bangun dengan niat nak update pasal Grand Gathering Geng Kapal kali ke 2 yg dirancang untuk dilaksanakan bulan 6 ni..kempen sudah dimulakan dengan melakukan undian untuk memilih tempat.Seterusnya kita akan mula mencari commitee yg akan mengerakkan proses grand gathering ni.

Bagi saya kalau nak buat cuti sekolah bulan 6 tu dah ok kut sebab pertengahan tahun.So harapnya cuaca pun ok cuma ada sikit kerisauan dihati takut bertembung dengan pilihanraya umum yg kita tak tau bila lagi ni.Harap2 jgnla PRU tu bulan 6 kan. Nanti banyak masalah.


Grand Gathering kali ni diharap dapat mengumpulkan lebih dari tahun lepas iaitu 40 keluarga. Saya harap semua kengkawan faham yg gathering ni adalah untuk semua keluarga seafarers.Nama Geng Kapal ni pun kita dapat dari group asal Geng Kapal Kita Semua Bersama. Dari group tu terhasil plak group2 yg ada skrg. Kita bukan buat gathering berdasarkan group dan pangkat suami.Asalkan suami/pasangan ada pelaut..u are invited to join untuk sesama kita eratkan ukhwah dan saling mengenali dengan lebih dekat.

The last time kita buat gathering mmg seronok.Yg paling best suami pun enjoy sebab rata2 mereka kata kalau takder gathering ni tak merasa la diorg keseronokkan ada aktiviti ala2 hari keluarga ni..Dapat plak main sukaneka.


Yang isteri/gf/tunang pun enjoy gak.Sesekali mak2 org dapat main mmg seronok habis.Saya dah lupa dah bila the last time saya enjoy main sukaneka camni.Dahla tak keja kan.Mana la boleh join Hari keluarga company.

Anak2 pun enjoy dapat jumpa kengkawan


Jangan Lupa lakukan undian anda di wall group untuk memilih lokasi untuk grand gathering 2012 ni. Skrg saya tgk yg tgh berentap hebat antara kuantan and KL.Nanti kita continue lagi citer pasal gathering ni. Have a nice day.

Pic source: HuneyHubby and Photo Creative.

Posted byLiza