Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Sumbangan untuk mangsa Tragedi Kebakaran Kapal MT Alpinia


UPDATED 31 July 2012
Semalam dilaporkan mangsa ke-5 tragedi kapal MT Alpinia telah pun ditemui didalam perut kapal. Al-Fatihah buat arwah  Muhammad Nazrin Khamsani dan Takziah buat keluarga arwah.Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka.Jenazah dijangka tiba di KLIA pada jam 730pm harini dan akan dikebumikan di kampung bukit belimbing, Kuala Selangor.

Semoga mereka yg sudah pergi ini damai disana.Ya Allah ampunilah dosa mereka dan tempatkan mereka dikalangan hambamu yg dikasihi.Amin.

Untuk makluman semua tabung sumbangan akan terus dibuka sehingga 10 ogos 2012. Terima Kasih.

UPDATED 28 July 2012:
Jumlah Kutipan Meningkat dari masa ke semasa.Terima kasih kami ucapkan diatas keikhlasan rakan-rakan semua.Seharian kami dihubungi oleh rakan2 yg bertanyakan no akaun.  Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.Sesungguhnya kita semua memang satu keluarga yg besar.

 Arwah Shahril Azmi sudah selamat dikebumikan malam tadi di serting dan dua lagi iaitu jenazah arwah Zahari Hassim dijangka tiba di ayer kuning , Gemencheh  dan Arwah Mohd  Hanafi Khalil juga dijangka tiba di Tumpat,Kelantan malam ini.

Hari ini Mangsa Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman juga telah ditemui. Dikhabarkan mangsa meninggalkan balu dan 2 org anak.Sedihnya bila memikirkan mereka yg sudah kehilangan ketua keluarga. Takziah kami ucapkan. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

Pada yg sudi menghulurkan sumbangan bolehla menghubungi
Azie 016 -6654272 atau Liza 017-2499241
untuk sebarang pertanyaan no akaun. Sumbangan akan dikutip sehingga 10 Ogos 2012. Kemudian kami akan bahagikan kepada 4 keluarga arwah warga malaysia. Insyaallah wakil2 akan melawat keluarga mangsa untuk menghulurkan sumbangan.Sumbangan ini hasil kerjasama Partners Geng Kapal(PGK),Isteri-Isteri Pelaut(IIP) dan Komuniti Perkapalan Malaysia(KPM).


Terima Kasih. 


Posted by Liza Fitri 

 27 July 2012
Assalamualaikum w.b.t..
Semalam kita dikejutkan dengan tragedi yg menimpa kapal MT Alpinia di Labuan. Kapal ini mempunyai 29 anak kapal yg terdiri daripada warganegara Malaysia dan Filipine. Seramai 24 org anak kapal berjaya diselamatkan namun malangnya 1 masih dilaporkan hilang dan4 orang telahpun ditemui dah disahkan meninggal dunia.
Gambar dari Blog KPM

Sesama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Greaser Shahril Azmi Baharudin,Mohd Hanafi Khalil dan Zahari Hassim. Semoga arwah semua ditempatkan di kalangan orang beriman.Kita doakan  Semoga Allah mempermudahkan urusan menemui Muhammad Nazrin Khamasani dengan kadar segera. Jika ditakdirkan beliau masih hidup engkau selamatkanla dia dan sekiranya dia ditakdirkan sudah tiada lagi, Ya Allah kau ampunila dosa beliau dan pertemukanla jasadnya dengan segera. Ya Allah tempatkan mereka semua dikalangan orang yg beriman. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ahli keluarga mangsa yg terlibat.Takziah dari kami di geng kapal.Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yg memikul.

Berikut merupakan senarai nama mangsa:

Terkorban: Shahril Azmi Baharuddin, 28 tahun, Melaka, Greaser
Terkorban: Muhammad Nazrin Khamsani, 20 tahun, Kuala Lumpur, Deck Cadet
Terkorban: Mohd Hanafi Khalil, 24 tahun, Melaka, Ordinary Seaman
Terkorban: Zahari Hassim, 46 tahun, Negeri Sembilan, Pump Man
Terkorban: Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman


Tragedi ni memberikan impak kepada semua warga komuniti kapal di Malaysia. Walaupun mungkin kita tidak saling kenal mengenali namun bila diduga dengan kejadian sebegini, rasa sebak dan hiba terus terasa. Maka marilah kita bersama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada semua keluarga 4 mangsa warganegara Malaysia. Sumbangan anda amatla dihargai.Sedikit sebanyak keprihatinan kita dapat meringankan beban keluarga. Insyaallah.


Sumbangan juga akan dibuat di Komuniti Perkapalan Malaysia . Sebarang update berkenaan kejadian ini bolehla rujuk pada Facebook KPM ataupun blog KPM.  

Bagi ahli2 Partners Geng Kapal dan Isteri-isteri pelaut bolehla rujuk no akaun Maybank Noraziyawati Muhamad iaitu admin PGK selaku wakil yg akan mengumpulkan duit2 sumbangan di dokumen group masing2.

Untuk individu yg mahu menyalurkan sumbangan boleh juga SMS Azie 016 -6654272 atau Liza 017-2499241 untuk mengetahui no akaun. harap maaf no akaun tidak dipaparkan disini atas sebab2 tertentu.

Sumbangan akan dikutip dari hari ini  27 July 2012 hingga 10 August 2012 dan hasilnya akan dibahagikan sama rata diantara keluarga terlibat oleh wakil2 yg akan pg melawat keluarga mangsa nanti.

Terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah akan membalas jasa baik rakan2 semua.Insyaallah. 




Monday, June 18, 2012

Saper lagi pandai jaga keta??


A few weeks ago saya ada la terdengar satu topik pagi di Suria FM berkenaan sapa lagi pandai jaga keta ni.Ramai la yg call n of course la lelaki yg menang n kebanyakkan kata pompuan just tau kemas keta n letak bantal kat belakang sampai tak nampak cermin belakang..huhu...

Tapi kita as wife org kapal ni yg sentiasa hubby takder kat darat..Tahu ke jaga keta????????ke just tahu drive mcm yg org kat radio tu duk kata. Pengalaman saya, Saya takder la tahu semuanya pasal engine keta tapi kalau basic cam nak check air battery,minyak engine,brek+semua jenis minyk tu, isi angin tayar,isi air/coolant radiator semua tu saya tahu la. Kalau pasal service keta plak,urusan dgn org bengkel tu mmg saya jer la buat.

Saya ni dah ada pengalaman keta mati kat tengah jalan..tayar keta pecah kat highway n tayar keta bengkak sampai bergegar keta..semuanya tanpa hubby disisi.Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan saya dan saya dapat setel semua. Mintak jauhla kan kes yg lebih teruk.Tak sanggup rasanya.
Tayar Keta Saya yg pecah dulu
Bila keta kita ada problem semestinya kita akan mula sedih n berharap hubby ada kat sisi. Tapi kita semua strong woman. Insyaallah semuanya dapat kita selesaikan.Pada kengkawan yg seperti saya, yg jaga keretanya sendiri, saya ucapkan tahniah and kalau ada la kengkawan yg tak berapa tahu pasal keta..jom kita belajar dari sekarang.Tahu basic jadi la so kita tak panik bila apa2 jadi.

okla..saya ni tak masak lagi ni. Membebel kat sini plak...Take care semua. Pada kengkawan Housewife yg seangkatan dengan saya..."Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi"..hehehee...jangan sampai ada yg kata kita keja bergosip jer.:))..Peace

Thursday, October 20, 2011

Al-Fatihah Buat Arwah Nor Azmi Othman DNS 05

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni kita semua dikhabarkan dengan berita pemergian Azmi. Pemergian arwah amat mengejut.Khabarnya kerana accident. Saya berdoa semoga isteri arwah erine, anak kecilnya  Mia dan family yg lain tabah dengan dugaan Allah ini.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah. Sedih sangat saya dan ahli2 PGK yg lain apabila mengetahu hal ini. Tak terbayang bagaimana perasaan erin.Moga Allah memberikan erin kekuatan untuk tabah mengharungi hidup demi Mia yg masih terlalu kecil untuk mengenal erti kehilangan ini.

Marila kita bersama sedekahkan alfatihah dan Yasin untuk arwah Azmi. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang beriman.Amin.


-posted by Hasliza-

Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum....
Hari ni dah 26 hari kita berpuasa..sedihnya rasa nak meninggalkan bulan ramadhan ini ,semoga tahun depan Allah panjangkan umur untuk berjumpa ramadhan lagi..amin..

Minggu hadapan kita dah nak raya.Bila dengar plak lagu raya yg berkumandang di radio memang makin terasa kemeriahannya. Ya memang saya happy tahun ni sebab rezeki saya dapat beraya sama dengan suami dan anak tapi saya tahu ada yg berduka sebab tahun ni suami berada dia laut sana.. Saya harap kengkawan semua bersabar la..tahun lepas saya pun dah merasa raya dengan wafiy jer..saya tahu memang sedih terutama bila pepagi raya tu tak dapat kucup tangan suami memohon ampun dan maaf. Bila tengok pulak anak2 yg sedih papa diaorg takder,lagila hati kita tersentuh.

Namun saya tahu kita semua kuat..kita wanita terpilih yg diuji Allah. Walaupun jauh, panggilan telefon semestinya akan kita terima.Ucapan selamat hari raya dari yg tersayang yg jauh dimata akan lebih bermakna. Bersabar la kawan-kawanku. insyallah bila suami balik,hari2 pun rasa macam raya kan..

Jadi pada kengkawan yg mahu pulang ke kampung..sini ada pesanan khas...

1. Periksa kereta kengkawan. Pastikan ia dalam keadaan yang baik. Semoga perjalanan kita semua akan lancar.

 2. Pastikan semua barang2 dipack dan tiada apa yg tertinggal.

3. Pandula dengan selamat. Rancang masa pemanduan dengan baik. Kalau mengantuk, berentila seketika.

 4. Jangan Gunakan Hp, call or sms ketika memandu. Gunakan hands free.

 5. Duit Raya Jangan dilupa..hehee
6. Lat but not least,Pastikan rumah kengkawan dikunci dengan baik sebelum meninggalkan rumah. Maklumkan pada jiran dan polis akan ketiadaan kengkawan dirumah.

Selamat Hari Raya aidilfitri dari saya sekeluarga untuk semua warga geng kapal. Ampun maaf saya pohon jika ada sebarang coretan saya disini melukakan hati sesiapa. Tiada langsung niat dihati. Semoga aidilfitri kali ni lebih bermakna untuk kita semua.Insyaallah.

Thursday, July 28, 2011

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum...
Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari saja lagi. Insyaallah jika masih dipanjangkan umur,maka dapatla kita bersama merasai nikmatnya ramadhan yg penuh barakah. Ada antara kita yg menyambut ramadhan ini tanpa suami disisi. Tiap dari kita sentiasa dapat berharap untuk bersama bersahur,berbuka dan menunaikan solat sunat tarawikh bersama suami tersayang. namun apakan daya suami jauh dilaut sana.Walaupun hati terasa sangat sedih,tapi percayala ramai lagi rakan senasib yg sentiasa menyokong kita. Kita tak bersendirian. Pada yg tinggal berdekatan, sesekali berbuka la bersama dan merapatkan silaturrahim antara kita.


Source: iluvislam

Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud;

"Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.

Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.

Tetapkan Taqwa
Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.
Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]


Salam Ramadhan dari saya,bersama kita memperbanyakkan amal ibadat kita. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg rugi. Insyaallah.

posted by liza

Saturday, July 23, 2011

Penjelasan.

Assalamualaikum...
Pertama sekali maafkan saya kerana terpaksa menutup blog geng kapal selama 2 hari.Ini kerana saya perlu selesaikan beberapa isu yg berkait dengan entry saya sebelum ni.Disebabkan feed back yg saya terima ada yg positive dan negative jadi saya mengambil keputusan untuk remove post sebelum ni..pada yg sempat baca dan memberi komen saya ucapkan terima kasih..saya amat hargai semua komen2 anda dalam membentuk blog geng kapal yg lebih baik.

Disini saya ingin jelaskan tentang sesuatu..

1. Niat saya membuat isu berkenaan 'kesetiaan' itu adalah untuk memperingatkan semua rakan2 yg senasib dengan saya tentang realiti yg agak pahit kita terima tapi perkara tu memang terjadi.Tiada langsung niat saya untuk menimbulkan fitnah dan menjatuhkan martabat seafarers dan keluarga.

2. Saya tidak sewenangnya mengambil sahaja komen puan anon yg sesetengah kata tidak diketahui siapa dan membuat post tanpa bukti2 lain..cuba tanya suami masing2 berkenaan hal ini..is it really happen??apa kata mereka???ada yg PM saya dan menceritakan pengalaman mereka.kita tak sangka pun menda ni terjadi dikalangan rakan2 yg kita kenal. Pada rakan2 yg pernah naik kapal ikut suami..apa yg kengkawan nampak?ada tak menda2 camni jadi kat kapal??Kita semua kan bersama,jangan pejamkan mata dan membelakangkan rakan2 yg mengalami pengalaman pahit ni. kita kena support mereka dan pada masa yg sama berusaha dan berdoa semoga keluarga kita dilindungi Allah dari perkara sebegini.

3. Janganla jadikan isu ini untuk mula meragui suami dan pasangan masing2...mungkin hanya segelintir yg membuat onar..bak kata 'bebehku' yg sudi memberi komen pada saya ..kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..Ramai lagi suami yg setia dan sayangkan isteri masing2.Berbincangla dari hati ke hati dengan suami..ingatkan mereka kasih sayang kita..Insyaallah Allah lindungi kita.

4. Saya pun risau bila menda2 camni jadi..bila saya tau pasal isu ni..saya tanya suami saya..dia kata memang jadi..ada yg lagi teruk cuma dia tak nak cerita kat saya kerana takut saya risau. Jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan semua ..mungkin cara saya salah dan drastik.Maafkan saya. Lepas ni saya akan lebih berhati2 dalam mengutarakan isu2 di blog ni.

Saya harap semua jelas dengan hal ini..harapnya tiada lagi isu berbangkit..Doa saya pada semua semoga kita sentiasa berbahagia bersama yg tersayang.Insyaallah.amin.

posted by liza

Thursday, June 23, 2011

International Seafarer Family Convention 4-5 August 2011

Assalamualaikum...
tadi masa saya duk belek2 Fb then saya jengukla wall geng kapal..terjumpa satu post dari encik Haris ni..terus saya ke website ISFC. terima kasih yer en.haris for sharing.
wah..ada convention pasal family seafarers..bila saya tgk schedule convention saya sangat tertarik..dahla baru pertama kali diadakan..dengan bertemakan  “The Bonds of Families, the Success of the World"..kita dah dapat tau apa tujuan convention ni.Bukan setakat fokus pada seafarers tapi family juga.ini saya copy paste dari website

The International Seafarer Family Convention (ISFC), which will commence on August 4-5, 2011 at the Philippine International Convention Center, is the first gathering of seafarer-families that intends to strengthen the ties of every member of the household while the seafarer fathers (or mothers) are pursuing the realization of their aspirations in life.

It is our modest objective to promote the upliftment of the quality of life, bonds and relationships of seafarers.  It is our intention to inspire and motivate seafarers of their moral, spiritual, and emotional being while instilling family values.

This Convention is a tribute for the contributions and support of the families to their seafarer-husbands and/or seafarer-sons or daughters who have put the Philippines into the map of maritime world. Hence, the Convention will pave the way to discovering the success stories behind every seafarer family.

Menarik kan..kalau kengkawan berminat nak join tak silap saya boleh register online...boleh refer official website n register kat situ.bestnya kalau ada buat kat negara kita kan...conform kita2 semua pergi. Topik2 yg dibincangkan oleh speaker sangat menarik.antaranya:
  1. The Challenges in Today's Maritime Education and Training
  2. Security for the Future of a Seafarers and their families
  3. Unique Situation of a Seafarer Family
  4. Values which make the Seafarer Family Successful
  5. Keeping Relationship Sexy and Healthy
Bila saya baca2 topik2 ni..seriously i want to be there..tapi conform2 la tak boleh kan..dahla hubby tak balik lagi ni...bulan posa plak tu time tu...kalau sesapa pergi..please2 do let me know the outcome.

okla dah lewat ni..pada kengkawan semua..pastikan rumah semua dah dikunci...Gud nite..

posted by Hasliza

Tuesday, June 21, 2011

Photoscape...

Sebelum ni saya edit pic2 saya guna picasa jer..niat hati nak belajar photoshop tapi susahla..malas nak explore sesorg...ada sesapa tak boleh ajar saya...??btw,kat sini saya nak share..saya download satu software ni..nama dia Photoscape..saya lupa dah link yg saya download.pada org macam saya yg suka amik gambar n edit2 n tak mo pening2..bolehla cuba guna photoscape..download it for free..google jer..user friendly n sangat senang nak guna asalkan rajin la nak explore function2 dia..

ini contoh2 yg saya guna Photoscape..


kengkawan mungkin lagi kreatif dari saya..lets express those special moment with love ones in creative ways.:)

Thursday, June 9, 2011

betul ke kita kekurangan pelaut tempatan?

Lately asyik terdengar keluhan dari seafarers kita mengatakan lebih ramai warga asing yg berkhidmat berbanding dgn warga tempatan n seringkali seafarers kita dianak tirikan dari segi gaji dan layanan.Adakah ini berpunca dari kekurangan pelaut tempatan sehingga company terpaksa hired org luar..??hurmm..saya nak share satu article dari bernama.

Bernama.com
Malaysian National News Agency

Industri Maritim Negara Kekurangan Pelaut Tempatan - Abdul Rahim

October 18, 2010 15:44 PM
PELABUHAN KLANG, 18 Okt (Bernama) -- Industri maritim di negara ini memerlukan lebih ramai pelaut tempatan terlatih dari kalangan generasi muda, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri, Isnin.

Katanya pada masa ini, sebanyak 45 peratus atau 15,000 daripada 35,000 pelaut yang berdaftar dalam industri maritim negara adalah warga asing.

Katanya, kekurangan itu disebabkan generasi muda di negara ini kurang berminat menceburi kerjaya dalam industri maritim.

Masalah ini perlu diatasi bagi mengelak kebergantungan kepada pelaut warga asing khsusunya dari Indonesia dan Filipina, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Maritim Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di sini.

Abdul Rahim menggesa golongan muda yang masih belum mendapat pekerjaan tetapi memiliki kelayakan perlu menceburi bidang maritim bagi mengisi kekosongan tersebut.

Katanya bidang maritim pada masa kini menghadapi kekurangan tenaga kerja dalam empat jawatan utama iaitu Kapten, Ketua Jurutera, Jurutera Kedua dan Pegawai Perkapalan.

Beliau berkata sektor maritim dilihat sebagai sektor terpenting dalam industri pengangkutan kerana sebanyak 96 peratus daripada urusan penghantaran barangan eksport dan import melalui kontena di seluruh dunia dikendalikan oleh syarikat perkapalan.

Terdahulu itu, dalam ucapannya, Abdul Rahim berkata kementerian dan Jabatan Laut Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam kerjaya sebagai pelaut.

Antara usaha tersebut termasuk menganjurkan taklimat kerjaya dan latihan seperti kursus 'Domestic Mate' Terhad dan pembangunan Sistem Dokumen Pelaut (SDPX) bagi merekodkan pendaftaran pelaut tempatan.

Beliau juga berkata Akademi Laut Malaysia (ALAM) berhasrat menawarkan beberapa kursus baru dalam bidang maritim untuk keperluan sektor luar pesisir dan latihan untuk kapal tangki kimia bagi menarik minat golongan belia.

-- BERNAMA
pic from website MISC


Adakah betul-betul kurang belia tempatan menceburi bidang maritim or company tempatan yg tidak memberikan peluang..apa pendapat kengkawan? 

posted by Hasliza

Wednesday, June 8, 2011

Kemalangan


Dua hari lepas saya mendapat sms oleh kak Azimah dan kemudiannya membaca post maiza di FB berkenaan dengan kemalangan yg menimpa suami rakan kita Seira iaitu 2nd mate Hazarami Sulfi. Berdasarkan dari eqa yg telah pg melawat semalam, hazarami mengalami kecedaraan teruk di tangan,kaki,muka dan semalam baru selesai pembedahan usus serta dikhabarkan masih lagi memerlukan pembedahan untuk kaki dan tangan yg patah.

Dikatakan Hazarami dalam perjalanan ke ALAM untuk mengambil exam. Malangnya kereta dipandu telah bertembung dengan kereta Avanza di Highway PD.

Bersama kita doakan semoga Hazarami kembali sembuh seperti sediakala dan moga Seira & keluarga tabah menghadapi dugaan dari Allah ini.Amin..

Pada kengkawan yg berhampiran yg mahu melawat dan memberi semangat pada seira dan suami bolehla ke Wad Lelaki 3a di Hospital Seremban. Pada yg mahu menghulurkan bantuan.Kita akan memulakan kutipan nanti. Semua maklumat berkenaan akaun akan diumumkan oleh Bendahari Persatuan Kak Effie Elyda nanti.Hari ini hari sahabat kita yg susah..esok lusa mungkin dugaan pada kita pula.Jadi bersama la kita support apa yg boleh.Insyaallah.

posted by Hasliza

Sunday, May 29, 2011

Car Seat untuk anak anda

Dalam dua hari yg lepas saya tgk kat kat status FB kak azimah tentang car seat..Jadi saya rasa elok kalau saya share tentang car seat kat sini sebagai peringatan kepada kita semua tentang keselamatan anak2 kita.


Dulu saya ada join satu contest kat mombloggersplanet berkenaan car seat ni n wafiy dapat no 1..hehe..off topic..sebenarnya nak share apa isu tentang carseat yg saya ketengahkan sampai saya boleh menang berbanding peserta yg lain.

Source dari SINI 

Car seat adalah antara menda pertama yg saya beli masa saya mengandungkan wafiy..its important for safety reason..let me share with you what the people around me said when i decided to put car seat as one of the items in my baby's checklist...

- my dear fren am said.."baik ko beli liza..menda ni penting.........++ dgn hujah2 yg bernas dari dia"
- mama qays(nisa) plak kata "tak semestinya sebab hubby kita belayar n kita kena drive sesorg adalah sebab utama kita beli car seat tapi sebab car seat mmg perlu..ada hubby ke ..tak ada ker..itu hal lain"
- the other fren yg masih single kata.."aku baru tahu pasal car seat ni..itupun sebab ko ckp..bagus gak ko beli..aku tgk kat tv baby omputih wajib duk dlm car seat"

- one family member said.."penting ke..sian kat baby kecik2 lagi kena duduk sesorg dlm car seat..tak elok laa tuk tulang belakang dia"

- another family member said.." baik bentang tilam jer kat belakang...lagi selesa baby duduk..dia boleh golek2..lagi baby suka"

- dan suara2 lain.."buat membazir jer beli..last2 ank tak nak duduk pun.."

ramai org riba anak masa dalam keta..mmg laa diorg kata takder apa2 jadi..tapi kes2 yg terjadi tu..yg anak tercampak keluar keta masa accident..(Ya Allah mintak jauhlaaa...)..adakah ini disebabkan kurangnya keprihatinan kita pada keselamatan anak..kita bukan main lagi pakai seat belt..masuk keta terus snap seatbelt(sebab safety ke..sebab takut polis saman..it depends)..tapi anak duk berdiri ats kerusi depan/belakang..kenapa ramai ibu2 tak beli anaknya car seat(this is base on what i know/see from people around me)

1) Car seat mahal...
ini amatlaa betul..kalau nak brand recaro..maxi-cosi..semua ni cecah ribu2..mmgla produk2 ni lebih baik sebb mematuhi standard tapi disebabkan harga menjadi halangan..baik tak payah beli..ramai yg fikir camni termasuklaa saya sendiri..dulu masa mula2 nak beli..hajat dihati nak sambar maxi-cosi..dah siap menabung..tapi tgk2 banyak lagi menda lain yg perlu beli..hampir2 saya buat keputusan tuk tak beli langsung sebab berpendapat(pada masa tu laa)..rugilaa plak kalau beli yg murah n cap ayam jer ni..nanti tak elok pun..but alhamdulillah saya sedar kepentingan car seat..saya beli brand sweet cherry..murah takper..yg penting berfungsi..betul tak??my handsome wafiy is safely settle in it masa balik shah alam dari kelantan after pantang..
wafiy 30 hari
2) Kereta kecik..
ini bergantung kepada ekonomi keluarga.saya tak berani nak komen lebih2 sebab saya paham kalau setakat guna kancil and ank plak ada 3 yg kecik2 lagi..mestilaa saiz jadi halangan tuk pasang 3 car seat dlm tu..hopefully parents can decide who got the priority to use the car seat...and others who is older can manage with the seat belt..

3) anak tak nak duduk dlm tu
wafiy dulu pun meragam gak bila duk dlm car seat....bagi dia neneng dulu..selesa..insyaallah dia ok jer duk dlm car seat..silap2 kejap jer dah lelap.kalau meragam gak tu..normal laa..dia mesti lagi suka merayap2 dlm keta..buat tak dengar jer..lama2 anak akan paham tempat dia bila duk dlm keta..alhamdulillah wafiy skrg redha jer duk dlm car seat..kalau naik keta org lain yg takder carseat dia akan pakai seatbelt.

there are 2 of my friends yg share tips2 untuk pujuk anak duduk dalam car seat
1. Bagi anak2 yg dari kecil duk dalam car seat n meragam boleh refer SINI

2. Bagi anak yg dan besar n nak latih duk dalam car seat refer SINI

sorry kalau apa yg saya luahkan disini menyinggung mana2 pihak..tujuan saya adalah untuk berkongsi what is the best for our child..Sharing is Caring.Happy Weekand everyone:)