Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum....
Hari ni dah 26 hari kita berpuasa..sedihnya rasa nak meninggalkan bulan ramadhan ini ,semoga tahun depan Allah panjangkan umur untuk berjumpa ramadhan lagi..amin..

Minggu hadapan kita dah nak raya.Bila dengar plak lagu raya yg berkumandang di radio memang makin terasa kemeriahannya. Ya memang saya happy tahun ni sebab rezeki saya dapat beraya sama dengan suami dan anak tapi saya tahu ada yg berduka sebab tahun ni suami berada dia laut sana.. Saya harap kengkawan semua bersabar la..tahun lepas saya pun dah merasa raya dengan wafiy jer..saya tahu memang sedih terutama bila pepagi raya tu tak dapat kucup tangan suami memohon ampun dan maaf. Bila tengok pulak anak2 yg sedih papa diaorg takder,lagila hati kita tersentuh.

Namun saya tahu kita semua kuat..kita wanita terpilih yg diuji Allah. Walaupun jauh, panggilan telefon semestinya akan kita terima.Ucapan selamat hari raya dari yg tersayang yg jauh dimata akan lebih bermakna. Bersabar la kawan-kawanku. insyallah bila suami balik,hari2 pun rasa macam raya kan..

Jadi pada kengkawan yg mahu pulang ke kampung..sini ada pesanan khas...

1. Periksa kereta kengkawan. Pastikan ia dalam keadaan yang baik. Semoga perjalanan kita semua akan lancar.

 2. Pastikan semua barang2 dipack dan tiada apa yg tertinggal.

3. Pandula dengan selamat. Rancang masa pemanduan dengan baik. Kalau mengantuk, berentila seketika.

 4. Jangan Gunakan Hp, call or sms ketika memandu. Gunakan hands free.

 5. Duit Raya Jangan dilupa..hehee
6. Lat but not least,Pastikan rumah kengkawan dikunci dengan baik sebelum meninggalkan rumah. Maklumkan pada jiran dan polis akan ketiadaan kengkawan dirumah.

Selamat Hari Raya aidilfitri dari saya sekeluarga untuk semua warga geng kapal. Ampun maaf saya pohon jika ada sebarang coretan saya disini melukakan hati sesiapa. Tiada langsung niat dihati. Semoga aidilfitri kali ni lebih bermakna untuk kita semua.Insyaallah.

3 comments:

  1. alalaa comelnye wafiy...
    selamat hari raya :D
    rupanya byk dugaan jadi wife seafarer ni...lg2 bila raya...hai tak boleh bayang macam mana umi nak hadapinya...kalau ada jodoh dgn dia nanti...

    ReplyDelete
  2. samala...

    raya kali ni hubby tak balik....beraya di lautan..dah la jepun ribut taufan....risau tak sedap hati dibuatnya...

    ReplyDelete