Friday, July 15, 2011

Dari Rumah ke Rumah..Jom Jenguk Rumah kak Arnizura

Assalamualaikum...
lamanya saya tak update blog...terima ksih pada yg masih sudi menjenguk kesini walaupun tiada update yg baru..Pada yg meninggalkan komen terutamanya pada post2 yg lama..saya membaca komen anda tapi tak berkesempatan nak membalas..terima kasih kerana sudi membaca entry2 kat geng kapal ni..untuk yg bertanya macamna untuk join group geng kapal di FB do find me at FB lizafitri and i will introduce u to admin persatuan geng kapal so mereka boleh approve pendaftaran anda.Persatuan Geng Kapal adalah berstatus Secret di FB jadi mmg takkan jumpa bila kengkawan search.

Ingat tak dulu before saya balik kelantan, saya dan kengkawan yg lain-kak effie, eqa dan adik ipar saya hasanah telah menjenguk ke rumah ini...

Inilah syurga kediaman Chief Engineer Jazlan bersama isterinya kak Arnizura dan anak2. Memang cantik rumah ni. masa mula2 saya menyinggah ke rumah ni dulu,saya mmg kagum dgn luaran dan hiasan dalamannya.Pandai kak arni menghias rumahnya. Sejuk jer mata memandang..bila melangkah masuk kerumah,inilah yg pertama kengkawan akn nampak.saya suka sangat dekorasi ni.


ini pula ruang tamu yg bagi saya berkonsep classic kontemporari(ada ke konsep ni???hehe)..kak arni memilih untuk mengabungkan penggunaan cat dan kertas dinding. Bagi kak arni, dia memilih penggunaan kertas dinding kerana ianya kelihatan cantik dan kemas. Dulu saya selalu fikir penggunaan kertas dinding akan membuatkan suasana rumah agak serabut memandangkan saya tak berapa suka terdapat corak2 di dinding tapi kak arni membuktikan pendapat saya salah. Walaupun di kombinasikan dengan langsir bercorak namun suasana rumah masih lagi kelihatan lapang dan selesa.

Kak arni menggabungkan ruang makan dan dry kitchen.Ruangan ni kelihatan lebih luas dengan adanya panel cermin di dinding yg berhadapan dengan meja makan. Tuan rumah memilih penggunaan kabinet dapur dari kayu yg dimport dan table top solid surface. Pemilihan kabinet berwarna putih memang bersesuaian dengan konsep inggeris yg cuba diterapkan.

Wet kitchen pula berada di bahagian ruangan yg lain. saya sukakan pilihan kak arni untuk menggunakan sinki dari granit dan mengabungkan dengan table top seramik.Ianya kelihatan berbeza dengan yg biasa saya lihat iaitu sinki stainless steel biasa.

Bersebelahan ruangan makan tadi, terdapat satu taman kecil yg sangat saya sukai kerana disaat kami makan, disamping sibuk bergosip dan mata menjeling2 tengok Tv,telinga kami juga terasa damai bila mendengar bunyi water fountain di laman kecil itu. anak2 kami juga selesa menjamu selera disitu. Kata kak arni,anak2 nya juga belajar mengaji dengan ustazah di taman kecil itu.

Terima kasih pada kak Arni dan Chief  Engineer Jazlan yg sudi menerima kedatangan kami. Siap masakkan makanan yg memang sedap2 la sampai bertambah2 kami makan n siap tapaukan lagi tuk kami bawak balik. Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi.

Next,kita akan terjah rumah kak Zurina pula...pada yg sudi mahu saya terjah ke rumah anda,do let me know ok..till then,Happy weekand.

2 comments:

  1. maaf...nak tanya, takde ke gambar yg besar2 sikit..gambar kecik ngat..susah la nak tengok puas2 lebih2 lg yg mata rabun nih....hehehe...boleh buat gambar yg sekeping besar2 tak?....

    ReplyDelete
  2. mak ai..cantik nyer rumah..pandai nyer hias rumah..lepas nih leh kasi nasihat deco deco kat saye ek..ekekeke

    ReplyDelete