Showing posts with label Isteri. Show all posts
Showing posts with label Isteri. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Saper lagi pandai jaga keta??


A few weeks ago saya ada la terdengar satu topik pagi di Suria FM berkenaan sapa lagi pandai jaga keta ni.Ramai la yg call n of course la lelaki yg menang n kebanyakkan kata pompuan just tau kemas keta n letak bantal kat belakang sampai tak nampak cermin belakang..huhu...

Tapi kita as wife org kapal ni yg sentiasa hubby takder kat darat..Tahu ke jaga keta????????ke just tahu drive mcm yg org kat radio tu duk kata. Pengalaman saya, Saya takder la tahu semuanya pasal engine keta tapi kalau basic cam nak check air battery,minyak engine,brek+semua jenis minyk tu, isi angin tayar,isi air/coolant radiator semua tu saya tahu la. Kalau pasal service keta plak,urusan dgn org bengkel tu mmg saya jer la buat.

Saya ni dah ada pengalaman keta mati kat tengah jalan..tayar keta pecah kat highway n tayar keta bengkak sampai bergegar keta..semuanya tanpa hubby disisi.Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan saya dan saya dapat setel semua. Mintak jauhla kan kes yg lebih teruk.Tak sanggup rasanya.
Tayar Keta Saya yg pecah dulu
Bila keta kita ada problem semestinya kita akan mula sedih n berharap hubby ada kat sisi. Tapi kita semua strong woman. Insyaallah semuanya dapat kita selesaikan.Pada kengkawan yg seperti saya, yg jaga keretanya sendiri, saya ucapkan tahniah and kalau ada la kengkawan yg tak berapa tahu pasal keta..jom kita belajar dari sekarang.Tahu basic jadi la so kita tak panik bila apa2 jadi.

okla..saya ni tak masak lagi ni. Membebel kat sini plak...Take care semua. Pada kengkawan Housewife yg seangkatan dengan saya..."Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi"..hehehee...jangan sampai ada yg kata kita keja bergosip jer.:))..Peace

Sunday, April 29, 2012

mata duitan????


Assalamualaikum....

Lately saya agak sibuk sebab encik suami baru jer balik.pepaham la kan bila si seafarer dah balik..isteri dan anak2 happy sgt n want to spend each quality time together sampai tak terlayan menda lain.kalau kes mcm saya ni,mmg langsung tak sempat nak bukak blog.

Haritu masa hubby bgtau reliever dah naik kapal n dia akan sign off dalam masa terdekat kat next port..tapi asyik delay jer sampai saya jd stress.ada jer masalahnya.walaupun dah biasa dgn kes delay2 ni tapi tiap kali rasa mesti akan stress gak.jadi kengkawan geng kapal yg close dengan saya akan pujuk saya n kata...

"more days so more money"
"okla lambat,yg penting duit jalan"

Agaknya kalau org tahu pujukan kawan2 saya ni adakah saya dan kawan2 saya akan dilabel sebagai mata duitan?????

Sebenarnya itu jerla menda yg boleh pujuk hati kami.bukan duit yg kami kejar tapi nak tak nak kena gak terima bila hubby delay tuk sign off.janji esok,tapi esoknya kata esok plak..sampai anak saya yg 4tahun tu tanya bila papa dia balik n saya jawab esok dia kata.."banyaknya esok ma"..

Jadi tuk kurangkan stress,kami akan fikir,takperla lambat off paling kurang gaji jalan so kami akan ada extra lagi duit tuk lebih lama hubby kat darat.kalau tak fikir camtu mmg stress menjadi2.

So okla...pada kengkawan yg mungkin tertunggu hubby off sebab delay jadi nasihat saya..

Be happy coz more days means more money.

Take care.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 15, 2012

Serupa tapi tak sama

Assalamualaikum and a very good day to all geng kapal readers......setelah sekian lama ku menyepikan diri baru la hari ni nak buat entry.Terlebih dahulu disini saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa,menyinggung perasaan atau menyakiti hati sesetengah pihak.Niat saya buat entry ni bukan nak provoke atau nak menimbulkan kemarahan,rusuhan atau apa jua yg tak menyenangkan di dalam komuniti kita yg tak seberapa ni.Entry saya kali ni agak panas dan mungkin akan menimbulkan rasa tak puas hati bagi sesetengah pihak.Sebelum anda semua judge apa yang bakal anda semua baca elok la buka minda tu seluas-luasnya tentang entry saya kali ni.




Mesti ramai reader sekarang ni tertanya-tanya apa yg serupa tapi tak sama. Well banyak benda yang serupa tapi tak sama contoh rambut sama hitam tapi hati budi masing-masing for sure lain.Biar la saya straight to the point saja,dah terlalu banyak post pasal kes orang kapal ni kaki perempuan,main sebat aje tak kira bini orang ke,anak dara ke.....Semua ke?Jangan disebabkan 3-4 tong gelen minyak habis 1 lautan dipersalahkan.Just orang kapal ke yang kaki perempuan ni?Macam mana pulak dengan orang di darat?Saya akui mmg ada segelintir orang kapal ni kaki perempuan tapi itu tak bermaksud semua.Seperti orang-orang di darat juga mereka pun ada yang kaki perempuan,kaki judi,main dadah dan sebagainya so kita tak boleh la menyatakan orang-orang kapal sahaja yang kaki perempuan ni.


Cuba korang fikir sejenak,buka minda tu luas-luas orang kapal ni duduk planet lain ke?duduk kat dunia lain ke?dari mana datangnya orang kapal?Mengapa semua yang jahat hanya orang kapal aje.Then sealady macam mana pulak?Lps ni diorg akan dapat title kaki jantan ke?Sampaikn ada satu  komen di fb

 'if isteri org pun best man win ke????
"pelaut ne agama apa?'

Mengapa nak tanya plak pelaut ni agama apa?Dalam setiap bidang pekerjaan tak kira di darat atau di laut dah tentu la ada berbilang bangsa,kaum dan juga agama.Komen-komen negatif macam ni la yang membuatkan org diluar komuniti perkapalan berfikiran negatif terhadap orang-orang kapal.

Disini bukan niat saya nak menunding jari pada sesiapa jua tapi saya nak anda semua buka minda tu sikit.Jangan la ingat semua orang kapal ni jahat.Terlalu banyak sgt post yg mengaibkan org kapal sendiri.Sekarang ni setiap post tu kita anggap saja itu satu peringatan buat kita semua.Jangan la sampai ada yg meragui and was-was pada partner kita.Disebabkan post mcm ni la ada yang sampai dah tak mempercayai suami walhal suami dia tu tak ada buat benda yg bukan2 pun.Sekali lagi saya ingatkan jadikan la benda ini sebagai peringatan sahaja. Jangan cepat melatah.



Untuk para partner seafarer diluar sana,jangan la terlalu mencurigai partner and.Kekadang tu bila kita terlalui curigai,was-was and tak percayakan dia,benda2 yg kita nak elakkan tu la akan jadi so nasihat saya di sini,jangan terlalu bagi tekanan kat partner and tentang perkara ni.Bincang elok-elok,memadailah just bg nasihat and peringatan pada dia.Apa yang saya taip di entry kali ni is peringatan buat saya juga.Kita ni manusia biasa yang sentiasa leka so tak salah utk kita memberi peringataan pada org tersayang atau pun kwn-kwn yang seangkatan dgn kita.

Pada mereka yang diluar komuniti perkapalan,jangan hanya menilai org-org kapal ni dengan cerita dan segelintir dari mereka yg buat perkara-perkara buruk ini.Seperti ayat-ayat saya sebelum ini,benda-benda mcm ni bukan hanya terjadi di kalangan komuniti perkapalan sahaja tetapi org-org didarat pun sama.Kita semua manusia dibumi ni bukan alien dari planet lain....

Sekali lagi saya memohon kemaafan sekiranya entry saya pada kali ni menyakiti atau pun menyinggung mana-mana pihak....PEACE NO WAR.....

**pic from goggle

post by Azimah Azri
edited by Liza Fitri


Wednesday, February 29, 2012

Bila kita semua bersama..

Hai semua...saya,kak zurin,kak azie dan kak arni ke KPJ Seremban untuk melawat anak shasha hezry yg sedang dirawat dalam ICU. Melihatkan keadaan anak kecil yg sakit memang sangat menyedihkan hati kami. Sebagai seorg ibu kami pun faham apa yg dirasai oleh shasha.Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul.Alhamdulillah,She is getting better dari hari first she's admitted.Bersama kita doakan kakak cepat sembuh n dapat happy2 cam dulu. Disini saya letakkan gambar semasa saya pertama kali jumpa shasha dan anak2 masa wedding Mira kat Putrajaya.Tak sampai hati tuk amik gambar kakak yg sedang sakit. Kami juga turut meghubungi pihak office tuk turut sama menyokong shasha dan memaklumkan hal ini serta berharap pihak office dapat mempercepatkan proses kepulangan suami shasha. Tentang sakit kakak,dari apa yg saya dengar kakak memang ada penyakit asma.detail berkenaan sakit kakak biarla ibunya sendiri yg update.takut nanti saya tersalah info plak.
kakak yg pakai baju hijau Baby Minnie
Sejak kita mula kenal dalam geng kapal,kita saling mengambil berat diantara satu sama lain sebab kita tahu disaat ada masalah dan suami pula tiada disisi memang terasa amat susah. Selain keluarga,kawan yg memahami la yg dapat kita harapkan. Saya bersyukur melalui geng kapal saya dapat mengenali rakan2 yg sangat baik yg sentiasa sudi menghulurkan bantuan pada saya dan menjadi tempat saya meluahkan rasa. Pertama kali saya jumpa kengkawan geng kapal ialah masa birthday wafiy..masa tu saya jumpa eqa,kak zurin n kak shidah. dari detik itulah kami saling mengunjungi rumah masing2. Maklumla duduk satu senawang.

Then makin banyakla aktiviti yg dijalankan bukan saja di area senawang malah di semua zon.Tiap kali ada majlis,mesti member geng kapal ni sporting jer nak join.Okla...enjoy the pic
ini IFTAR 2011 kat umah saya

ini Potluck kat umah saya

masih lagi potluck
piknik PGK kat Putrajaya
Piknik PGK


ini masa kami pergi umah kak Arni
Dan dalam banyak2 aktiviti,semestinya yg paling menarik n julung2 kalinya menemukan 40 keluarga dari semenanjung Malaysia ialah masa kita buat Grand Gathering Pada 14-15 Mac Last year.Itu nanti saya wat post yg lain yer bersempena setahun sesusah gathering.Okla banyak keja umah tertangguh ni.Have a nice everyone.

kenapa pakwe dia selalu boleh call tapi pakwe aku tak boleh....

Assalamualaikum..rindu sangat kat blog ni.Sorry yer lama saya tak update n terima kasih pada kengkawan yg sudi menyinggah blog ni saban hari.Dah lama sebenarnya nak bebel2 pasal tajuk ni tapi asyik duk tunggu mood jer alih2 berkurun2 blog ni terbiar.

Dalam 2 tahun lepas,ada seorg adik kita ni luahkan pada saya..masa tu dia masih bergelar awek pada sorg pelaut ni. Alhamdulillah sekarang dah selamat bergelar isteri.Doa akak moga kekal hingga ke syurga yer dik.Adik kita ni beritahu saya.Pakwe dia selalu tak call dia.Kekadang punyala lama sampai dia dah rasa tak best and fikir bukan2. Dia sedih la gak bila tgk another friend of her,pasangan dia selalu call..Masa tu dia luahkan pada saya sebab suami saya ni sama la peel  dengan pakwe dia.


Masa saya bercinta dulu,pakwe saya cuma call saya sebulan sekali jer.Masa tu tipu la kalau saya cakap saya tak harapkan dia selalu call sedangkan saya tahu plak ada kawan saya ni walaupun pakwe dia belayar mesti akan call dia paling kurang 3 hari sekali..memang saya akan bebel2 n kata tak puas hati and bila dah lama sangat dia tak call saya akan fikir bukan2 n rasa dia ada pompuan lain. Bila saya luahkan pada pakwe saya mesti dia marah n kata dia sibuk n takder masa or duit tuk call saya..Bila kami dah tunang lagila jarang dia call saya sampai 2 bulan sekali baru call.Alasan dia sebab nak jimat duit.dahla masa tu dia belayar sampai 8 bulan.Tapi saya tetap sabar. Then bila dah kawen n disebabkan saya pregnant lepas tu,hubby saya pun kerapla sket call saya..2 minggu sekali..hehehehe...itu kira kerap la tu bagi dia:))..

Bila kita dah ada group ni n tiap sorang duk cerita pasal pasangan masing2, kita akan compare. Contoh ada antara kawan kita ni hubby dia email dia banyak kali dalam sehari n tiap2 hari akan call dari kapal. Tapi hubby saya kalau kat port lagila jarang dia call n email tu dua hari sekali jer n kalau rajin sekali sehari. Kita kena sedar tak semua pasangan kita sama.Ada yg sentiasa nak pampered kita n nak dengar citer kita tapi ada gak yg kalau dah penat keja dia akan choose tuk rehat n tidur tapi bila dia dah tak sibuk n rasa relax dia akan call kita.

Memang tak dinafikan bila dah lama sangat tak dgr khabar, kita akan fikir bukan2 esp kalau time tu ada coverage tapi takder gak panggilan dari dia..Pada yg dah lama kawen mungkin dah masak dengan peel pasangan masing2 tapi pada adik2 yg masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan pelaut ni Nasihat akak yg penting komunikasi.luahkan rasa pada sidia dan cuba saling memahami.Jangan sesekali compare dengan org lain. Bila kat port ni walaupun ada coverage,pelaut ni akan sibuk dengan keja diorg n mmg kekadang takder masa nak call or sms n kalau nak call dari kapal kosnya agak tinggi.Menda2 camni kita kena tahu so takder salah faham.

Okla cukup la saya bebel2..mengalahkan kaunselor plak.Mana yg baik kita jadikan tauladan n mana yg tak baik kita sesama jauhkan yer...Esok insyaallah akan ke KPJ seremban untuk melawat anak Shasha yg sakit.Sesama kita doakan moga anak sha segera sembuh.Amin.

***All pic from google

-Posted by Liza -

Sunday, October 23, 2011

Kunjungan PGK ke rumah Erin

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semalam saya dan beberapa lagi rakan PGK telah berkunjung ke rumah erin tuk menghulurkan sedikit sumbangan yg berjaya kami kumpul untuk erin dan mia. Terima kasih diucapkan pada semua yg sudi menyumbang. Hanya Allah dapat mebalas jasa baik kengkawan semua.

Bila saya tengok jer muka erin masa mula2 sampai tu.Hati saya dah sebak. Aduhai, sedih melihatkan wajah erin yg sugul namun tetap mencuba untuk tabah menghadapi dugaan Allah ini. Erin dan mak mentua erin tabah menceritakan kisah sebenar yg terjadi. Semuanya berlaku begitu pantas dan terjadi betul2 didepan rumah. Kesan darah pun masih kelihatan. Erin sampai ke semalam masih belum mampu untuk kedepan pagar kerana masih terbayang keadaan arwah yg berlumuran darah disitu. Kami yg mendengar dan melihat erin & damia masing2 mengalirkan air mata. Tak terbayang kami semua apa yg erin tanggung saat itu. Doa kami semoga Allah kuatkan hati erin dan damia serta mempermudahkan segala urusan mereka di masa hadapan. Semoga Allah menempatkan arwah Nor Azmi dikalangan orang yg beriman. Amin.

disini saya sertakan kata pesanan Kak Azie di wall PGK

Erin,
Kami semua tetap dibelakang erin. Kami akan sentiasa menyokong dan membantu apa yg termampu. Erin dan Damia tidak sendirian. Walaupun baru semalam kita dapat bersua muka namun ikatan persahabatan yg terjalin sungguh erat. erin tetap ahli keluarga PGK.
erin dan mia

mak arwah yg tabah menceritakan semua yg terjadi
 
kami

semoga Mia membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.Papa mia tunggu mia di syurga yer sayang.
Kita yg masih Allah berikan kesempatan untuk masih bersama suami harus menghargai tiap masa bersama si dia. Pohon ampunla atas segala salah dan silap kita sentiasa. Sesungguhnya ajal dan maut semuanya di tangan Allah.Kita hanya mampu merancang dan bertawakal atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Insyaallah.Amin

-Posted by Hasliza-

Tuesday, September 27, 2011

Sengsaranya bila merindu

Assalamualaikum..
Hari ni saya bangun pagi fikirkan arini hari sabtu..hehehe,mentang2 tak keja and anak pun tak sekolah lagi, tiap2 hari ingat weekand.Semalam saya susah sikit nak tido sebab sebelum tido saya baca email dari suami. Terus rasa sesak nafas ingatkan dia. Masa tu pulak anak dah tido. Bila saya tgk bilik kami n barang2 suami, serius memang rindu tu datang tiba2 sampai nak bernafas pun susah. Saya rasa rimas dalam bilik tu. Saya nak peluk suami saya time tu jugak.. tapi kepala saya cakap walau camner pun saya nak jumpa suami saat tu,takder apa pun boleh saya buat sebab suami kat tengah2 laut. Apa yg boleh saya buat ialah istighfar dan tenangkan hati serta cuba lelapkan mata.

Sengsaranya bila kita merindu kan. Kalau seharian kita sentiasa sibuk dengan aktiviti kita tetapi dikala malam dan keadaan sunyi,perasaan rindu akan menjengah kita. Walaupun rindu itu memeritkan namun ada masanya rindu itu sangat indah. Saya terperasan ada kawan kita Teja post di wall persatuan pasal rindu ni..


kita tengok apa jadi bila isteri2 pelaut ni merindu....

saya kalau rindu mesti teringatkan lagu ni.Dari zaman bercinta sampaila sekarang inilah lagu rindu saya.Dengar jer lagu ni mesti tak sedar air mata menitis. Hayatila liriknya.


Ruffedge - Bila Rindu Lyrics

Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata


Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.


Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila tersedar semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua


*ulang Korus
Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula

Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi

*ulang Korus

Saturday, August 20, 2011

untung jadi wife org kapal...banyak duit woooo..

Assalamualaikum...
Saya nak tanya..saper kat sini pernah org sekeliling cakap camtu..angkat tangan....rasanya ramai yg angkat tangan ni...ini menda yg common la..org memang selalu cakap camtu..so betul ker kengkawan????kengkawan semua banyak duit ker sampai berlebih2???


Bagi saya..saya bersyukur dengan rezeki yg Allah bagi..alhamdulillah mencukupi untuk kami anak beranak.Bila suami dapat bg pulak rumah dan kereta yg selesa..lagila sangat bersyukur. Sepertimana kakak2 or kengkawan  yg terlebih awal bergelar isteri org kapal..saya juga sempat merasa masa gaji officer ciput jer dulu..bila dah mula revise gaji tak silap saya tahun wafiy lahir..barulah nampak banyak sikit..tapi bila gaji naik..komitment pun  naik...adeih...betul la kata org..lagi besar periuk..lagi banyakla keraknya.

Dengan tahap gaji second mate MISC, gaji suami nak kata berlebih takder la..org kena tahu kita ni time hubby cuti..gaji dah tak masuk..harapkan leave pay yg masuk bersama gaji sebelum ni la untuk kita berjimat n save bg bayar komitment tiap2 bulan..ramai pula antara kita yg tidak berkerja jadi sumber pendapatan adalah dari suami.Kalau time suami belayar memang la best gaji masuk tiap2 bulan..tapi hati merana sebab suami jauh..tapi time suami balik..gaji plak tak masuk..kalau dah lebih 3 bulan tak berlayar tu..mulala resah gelisah memikirkan komitmen yg perlu dibayar..betul tak kengkawan??

Jadi kesimpulannya, jadi wife org kapal takder la banyak duit sangat.sama jer macam org lain.Rasanya gaji yg diterima adalah upah yg dibayar untuk pengorbanan suami berjauhan dari keluarga dan menempuh bahaya hampir setiap hari dilaut sana. Kalau suami keja darat mestila kurang sket gajinya..tul tak??janganla didengki kami isteri2 pelaut ni. Duit tak mampu menggantikan suami yg jauh tapi kami bersyukur dalam dunia yg sentiasa memerlukan duit ini, hubby mampu untuk support kami sekelurga. Rezeki datangnya dari Allah yg penting kita sentiasa bersyukur dengan nikmatNya dan jangan lupa untuk menghulurkan pada yg memerlukan.. Insyaallah rezeki kita akan lebih diberkati.Amin.

**kak azimah..TQ untuk entry sebelum ni..adeih,saya tak boleh nak komen..tak tau naper..jd buat note kat sini.glad that i can capture those special moments for eqa and asrul. Eqa join contest n menang tu kira satu bonus la kan..btw, will wait for more entry from u:))
posted by liza

Congratulation

Assalamualaikum...


dimulakn dengan Bismillahirrahmanirrahim.....this is the 1st time sy Azimah Azri buat entry......entry kali ni is about one of our friends Noratikah Roslan yg telah memenangi tempat pertama dlm peraduan PapaMama Romantik yg dianjurkan oleh majalah PA&Ma.Pd yg bertanya saper photographer yg bertanggungjawab mengambil picture yg cantik2 ni xlain x bukan is our editor Liza Fitri


skali lg tahniah diucapkn pd Eqa and huby and tq pd Liza Fitri for the beautiful picture ^___^ 








p/s : thx to ena utk pic ni

Sunday, August 14, 2011

Apa yang bestnya jadi isteri pelaut??

Assalamualaikum...
Hari ni dah 15 hari kita puasa.Alhamdulillah syukur.Saya bersyukur sangat tahun ni dapat sesama berpuasa dengan hubby dan doa saya moga dapatla beraya sama.Semalam masa saya otw balik ke rumah dari umah mentua,saya terfikir..lamanya saya tak update blog sedangkan tiap hari bila saya tgk traffic mesti ada kengkawan yg sudi menjengah. Terima kasih yer kengkawan yg support blog geng kapal..blog ni dah lama bersawang sebab tuan blog tak sihat n sekarang ni agak sibuk..maklumla hubby dah balik n nak raya plak tu...itu yg memanjang jejalan...

Asyik2 duk citer pasal menda sedih bila jadi isteri pelaut kan..sebenarnya banyak jugak yg bestnya..kita kena selalu berfikiran positive..kalau asyik fikir yg sedih2 jer..memang stress la jadinya sepanjang hubby takder..ini saya nak citer berdasarkan pengalaman saya.

Bila hubby jauh di laut
  • Kita bebas untuk membuat pelbagai aktiviti sendiri contohnya keluar jejalan/shopping dengan kengkawan or boleh balik kg n lepak rumah mak kita lelama(bg yg tak keja). Dengan kata lain we have our own private time. Saya bila hubby takder,itulah masa saya nak mengeratkan silaturrahim dengan kengkawan baik saya. Boleh buat macam2 aktiviti..tapi pastikan dapat keizinan suami..kita tak nak jadi isteri yg derhaka.
  • Boleh lebih relax sebab masa lebih flexible means mcm tak yah kena masak or boleh layan FB/blog lama2 sebab banyak masa kita dengan anak2 jer..jadi boleh ngelat,heheh...Bila hubby balik..masa kita akan full dengan macam2 aktiviti..jadi time boleh rest ni..kita rest pepuas yer.

  • Sepanjang masa kita merindui yg tersayang..rindu2 ni mengeratkan kasih sayang antara kita dan suami.
  • Kurangla dosa dengan hubby sebab jarang jumpa..bila jarang jumpa takder la gaduh2..bila sesekali jumpa semuanya indah..Nak gaduh pun rasa rugi.


Bila hubby balik..

  • Hati ni gembira tak terkata saat dari  tau hubby akan off...hanya isteri pelaut dapat merasai perasaan tu..Sepanjang hari rasanya nak senyum jer..
  • Berdebar2 time mula2 nak jumpa hubby kalahkan pengantin baru..hehe..iyerla kan..hubby ni dah berbulan2 langsung tak pernah bersua muka..duk dengar suara/duk skype jer. Mana la tak berdebar kan..masa tu dah plan nak pakai baju cantik n siap pg spa dah sebab nak hubby tgk kita cantik jer..kalau yg masa hubby pergi baru jer pregnant mesti berdebar nak tgk reaksi hubby tgk diorg dengan perut besar...debaran itu mmg indah.
  • Vacation...is a must..tak kisah la dalam or luar negara. Yg penting quality time together.takpun kalau dapat jejalan dengan hubby pg kedai depan umah jer pun dah rasa gembira. Sebab dah complete satu keluarga.Senang sangat hati especially bila tgk masa anak2 dengan papa tersayang.


Apa lagi yer??kengkawan ada nak tambah..

Walaupun kekadang kita akan rasa sangat down tanpa hubby disisi..tapi kita kena kuat dan fikirkan semua kebaikan yg kita dapat sebagai isteri pelaut. ALLAH lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita..Always think positive yer:)).. Selamat berpuasa dan memperbanyakkan ibadah. Semoga amal kita diterimaNya. Amin.

**pic from google

Friday, July 15, 2011

Dari Rumah ke Rumah..Jom Jenguk Rumah kak Arnizura

Assalamualaikum...
lamanya saya tak update blog...terima ksih pada yg masih sudi menjenguk kesini walaupun tiada update yg baru..Pada yg meninggalkan komen terutamanya pada post2 yg lama..saya membaca komen anda tapi tak berkesempatan nak membalas..terima kasih kerana sudi membaca entry2 kat geng kapal ni..untuk yg bertanya macamna untuk join group geng kapal di FB do find me at FB lizafitri and i will introduce u to admin persatuan geng kapal so mereka boleh approve pendaftaran anda.Persatuan Geng Kapal adalah berstatus Secret di FB jadi mmg takkan jumpa bila kengkawan search.

Ingat tak dulu before saya balik kelantan, saya dan kengkawan yg lain-kak effie, eqa dan adik ipar saya hasanah telah menjenguk ke rumah ini...

Inilah syurga kediaman Chief Engineer Jazlan bersama isterinya kak Arnizura dan anak2. Memang cantik rumah ni. masa mula2 saya menyinggah ke rumah ni dulu,saya mmg kagum dgn luaran dan hiasan dalamannya.Pandai kak arni menghias rumahnya. Sejuk jer mata memandang..bila melangkah masuk kerumah,inilah yg pertama kengkawan akn nampak.saya suka sangat dekorasi ni.


ini pula ruang tamu yg bagi saya berkonsep classic kontemporari(ada ke konsep ni???hehe)..kak arni memilih untuk mengabungkan penggunaan cat dan kertas dinding. Bagi kak arni, dia memilih penggunaan kertas dinding kerana ianya kelihatan cantik dan kemas. Dulu saya selalu fikir penggunaan kertas dinding akan membuatkan suasana rumah agak serabut memandangkan saya tak berapa suka terdapat corak2 di dinding tapi kak arni membuktikan pendapat saya salah. Walaupun di kombinasikan dengan langsir bercorak namun suasana rumah masih lagi kelihatan lapang dan selesa.

Kak arni menggabungkan ruang makan dan dry kitchen.Ruangan ni kelihatan lebih luas dengan adanya panel cermin di dinding yg berhadapan dengan meja makan. Tuan rumah memilih penggunaan kabinet dapur dari kayu yg dimport dan table top solid surface. Pemilihan kabinet berwarna putih memang bersesuaian dengan konsep inggeris yg cuba diterapkan.

Wet kitchen pula berada di bahagian ruangan yg lain. saya sukakan pilihan kak arni untuk menggunakan sinki dari granit dan mengabungkan dengan table top seramik.Ianya kelihatan berbeza dengan yg biasa saya lihat iaitu sinki stainless steel biasa.

Bersebelahan ruangan makan tadi, terdapat satu taman kecil yg sangat saya sukai kerana disaat kami makan, disamping sibuk bergosip dan mata menjeling2 tengok Tv,telinga kami juga terasa damai bila mendengar bunyi water fountain di laman kecil itu. anak2 kami juga selesa menjamu selera disitu. Kata kak arni,anak2 nya juga belajar mengaji dengan ustazah di taman kecil itu.

Terima kasih pada kak Arni dan Chief  Engineer Jazlan yg sudi menerima kedatangan kami. Siap masakkan makanan yg memang sedap2 la sampai bertambah2 kami makan n siap tapaukan lagi tuk kami bawak balik. Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi.

Next,kita akan terjah rumah kak Zurina pula...pada yg sudi mahu saya terjah ke rumah anda,do let me know ok..till then,Happy weekand.

Sunday, June 12, 2011

Bila Suami Jauh..apa aktiviti isteri?

Assalamualaikum...pergh..arini saya rasa tak happy la n cuaca pun mendung jer kat kelantan ni..nak tahu kenapa???hehehe...sebab red warriors kalah semalam...adeih...sungguh emo saya tgk bola.dahla saya ni mmg tak layan bola sangat..bila dah tengok terus takleh tido..okla..tutup citer psl piala FA...Tahniah pada pasukan Penyu. Tahun ni rezeki terengganu.

ok back to topic..saya kalau hubby saya jauh..since saya mmg tak keja..saya selalunya akan berkebun..rajin betul.Dulu2 saya ni tanam la apa pun mmg takkan hidup tapi alhamdulillah sejak hati ikhlas nak menanam and berbakti pada tanah..Alhamdulillah semuanya menjadi.Tapi skrg ni tak tau la apa citer.Dahla takder org siram kat umah tu..sedihnya kalau pokok2 saya mati.
hasil kak rita berbakti pada tanah.pic dari FB kak Norita Wagi

lagi satu saya bila hubby takder,rajin n effisien la nak berbisnes online..tapi bila hubby balik semua hancus..berkepit n berjalan jer sepanjang masa.Mana nak berbisnes..aduhai..camner nak jadi bisneswoman berjaya..Cakap pasal bisnes ni,hubby saya mmg sentiasa support saya tapi tiap kali nak keluarkan modal mesti dia akan kata.."modal hangus lagi la jawabnya"...hehehehee...modal saya dapat..untung pun saya yg punya...:))Hubby redha jer la...Ramai kengkawan kita yg ada bisnes online sendiri.Insyaallah kita akan review tiap satu yer.

Kengkawan plak camner???apa aktiviti bila hubby jauh kat laut??meh kita share kat sini..mana tau ada antara kita yg selama ni busan n tak tau nak buat apa..maybe kita boleh bg idea tuk ceriakan hidup kawan2 kita tu..hurmm..till later.Daa

Saturday, June 11, 2011

isteri naik kapal

Dulu masa saya awal2 kawin saya teringin nak naik kapal..nak merasa la hidup atas kapal.Tapi Allah bg rezeki awal, saya pregnant lepas sebulan kawen.Alhamdulillah.Lepas anak lahir,saya fully BF anak..sedih la plak nak tinggalkan..then jadi la plak kes lanun kat ADEN tu..terus hubby bekukan terus niat saya.Lagipun sebenarnya dalam hati saya.saya takut sangat nak naik kapal since saya ni cepatnya mabuk laut.Naik feri pun mabuk..rasa pening sikit dah muntah..adeih..jadi hubby saya risau saya muntah hijau terus walaupun kapal tak rolling..hehehe
  • Family dapat rasa life kat kapal
honeymoon lepas kawen-pic dari FB kak azimah

boleh sesama bawa anak - pic form FB Nisa
Tapi bila kenal wife2 geng kapal yg rata2 dah ikut hubby naik kapal n merasa sendiri keadaan bila kapal rolling giler2, terdetik dalam hati rasa jeles..adeih..naperla saya tak ikut kan..atleast dapat rasa apa yg hubby rasa tuk carik rezeki tuk kami sekeluarga. Betapa cepat saya mengalah dari mencuba untuk naik..Hurmm..doa saya moga suatu hari nanti saya berkesempatan sama belayar dgn hubby...insyaallah..
  • keindahan alam di laut
pic form FB eqa
pic from FB Nani
  •  ada yg dapat baby kapal:)
pic from FB Nani

pic from FB eqa

Pada kengkawan yg lain yg dah pernah pg belayar..apa yg bestnya dapat ikut belayar???n apa pengalaman yg paling takleh lupa masa belayar..meh share kat sini(ruangan komen)...boleh kita bertukar-tukar citer...Dapatla org mcm saya n adik2 yg blum kawen mendapat gambaran hidup kat kapal camner..
  • Dapat jejalan
USS Osaka - pic FB kak azizah
taiwan - pic from FB kak aziah

Btw,malam ni piala FA Kelantan VS Terengganu..anda sokong team mana..saya semestinya kelate...GOMO KELATE GOMO..hehehehe(tetiba selit kat sini)...okla..Take care semua.Happy weekand:)

Friday, June 3, 2011

Adakah anda antara isteri pelaut yg tidak berpuas hati?

Ingat tak tahun lepas kita ada terbaca tentang luahan seorg isteri pelaut ni tentang ketidakadilan layanan yg diberi kepada suaminya iaitu pelaut di sebuah company shipping terbesar di Malaysia..Rasanya ramai antara kita yg ingat dan boleh agak company mana yg dimaksudkan..Masa saya baca tu..dalam hati saya berkata..beraninya akak ni luah camtu..Tapi bila saya fikir-fikirkan kalau tak diluahkan..tak siapa tahu dan sampai bila nak didiamkan jer..tapi kami isteri2 ni tak berani nak komen lebih2..iyerla ini periuk nasi suami juga..Apa kata kita imbas kembali luahan tersebut yg dipaparkan dalam Utusan Malaysia 15/05/2010..

Sumber dari sini

Susah payah pelaut negara cari rezeki

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru-baru ini menyarankan agar bidang perkapalan dipromosikan kepada remaja Malaysia. Memang benar Malaysia mempunyai kemahiran dalam industri kapal, minyak dan gas, juga merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi negara. Terima kasih Tun kerana membangkitkan hal ini. 


Untuk pengetahuan, suami saya telah bekerja selama hampir 20 tahun dengan syarikat perkapalan terbesar di Malaysia. Selalunya beliau belayar selama empat hingga ke enam bulan. Memang kerja beliau amat mencabar dan memerlukan tahap kemahiran, pengalaman serta kesabaran yang tinggi. 


Walaupun dibayar dengan gaji agak ‘banyak’ mengikut pangkat dan pengalaman tetapi yang amat tidak faham (mungkin juga isteri-isteri pelaut lain) ialah mengapa gaji mereka masih lagi rendah berbanding dengan pelaut luar yang baru bekerja di syarikat tersebut terutamanya dari Filipina. Mereka dibayar mengunakan mata wang USD? 


Lebih mengecewakan kebanyakan mereka tidak tahu buat kerja. Pengalaman kerja kosong! Apakah kelayakan pelaut kita dari Akademi Laut Malaysia (ALAM) ini tidak cukup bagus berbanding dengan pelaut luar? 


Mereka juga susah untuk membuat pinjaman di bank, sama ada pinjaman peribadi, rumah atau kereta. Dengan alasan mereka belayar kapal, slip gaji tak laku, kerja kontraklah dan seribu macam alasan.
Kalau dapat pun pinjaman, faedah yang dikenakan amatlah tinggi. Nasiblah ada juga isteri-isteri mereka yang bekerja, boleh juga membuat pinjaman sendiri walau pun hakikatnya yang membayar adalah suami masing-masing. 


Bagaimana pula jika isteri-isteri mereka tidak bekerja? Bagaimana mereka hendak membeli aset-aset untuk masa depan? Di manakah keistimewaan pelaut kita sebagai rakyat Malaysia?
Mereka bertungkus-lumus bekerja di tengah lautan mencari rezeki dengan berbulan-bulan meninggalkan keluarga. Kami tak kisah pun sebab itu kerjaya mereka. Tetapi kenapa kebajikan mereka tidak dijaga dengan baik? Di manakah mereka hendak mengadu ketidakpuasan hati masing-masing? Mungkin perkara ini tidak diketengahkan kepada pihak atasan, malah mungkin pihak atasan tidak tahu langsung mengenainya. 


Saya dan juga isteri-isteri pelaut yang lain betul-betul tidak faham, sedih dan kecewa dengan situasi ini. Adakah syarikat berkenaan terlepas pandang perkara tersebut atau buat-buat tak pandang?
Diharap pihak berwajib tolonglah buat sesuatu. Kajilah kembali gaji dan kebajikan mereka sebelum ramai lagi pelaut Malaysia di syarikat itu ‘merajuk’ dan lari ke syarikat lain dengan tawaran yang lebih baik. Malah itulah yang sedang berlaku. Masih tak nampak ke?


Mereka masih sayang dan setia dengan syarikat ini kerana ia milik Malaysia. Tetapi adakah syarikat ini sayang kepada rakyat negara sendiri? 


Kuala Lumpur

JADI KENGKAWAN SEMUA...ANDA SETUJU KE DENGAN APA YG DILUAHKAN NI????
IF YES,IS THERE SOMETHING WE CAN DO ABOUT THIS???

-posted by Hasliza-

Thursday, June 2, 2011

Fulltime Housewife VS Working Housewife

Assalamualaikum..apa khabar kengkawan semua..tgh2 cuti sekolah ni mesti ramai yg sibuk nak holiday esp kalau hubby ada disisi..pada yg hubby still di kapal,cuti ni masanya nak rehat2 or bawak anak2 jejalan..jemputan kenduri pun banyak ni kan..Pada hari ni sepatutnya saya attend wedding adik kita Mardhatie dan Firdaus di Bachok, Kelantan tapi maaf sangat dik..akak tak berapa sihat. Tak dapat nak pg.Bersama kita doakan semoga ikatan suci yg terbina ni akan kekal hingga ke syurga..Selamat menyandang jawatan isteri seafarers..banyak dugaan menanti didepan tapi insyaallah dhatie kuat untuk hadapi semua..
pic from Google

Cakap pasal seafarers wife ni,ramai antara kita di GENG KAPAL bergelar FullTime Housewife termasukla diri saya sendiri. Dulu2 pernahla keja jadi engineer cabuk n research assistant tapi bila wafiy lahir, saya memilih untuk jadi surirumah sepenuh masa.Pada masa tu my hubby sokong jer pilihan saya.Pada dia kalau saya nak keja pun dia tak kisah.Cuma lately dia mmg bgtau dia tak nak saya keja.Suruh duk rumah. Bila dah jadi housewife biasala mesti ada mulut2 yg tidak puas hati akan berbunyi persoalan mcm
  • Apa guna ada degree/diploma..belajar penat2 akhirnya duk rumah..
  • Nenanti kalau apa2 jadi masa depan,dah takder keja semua.Susah bergantung dengan suami jer
  • Duk rumah jer habiskan duit suami.
Dan macam2 lagi la.Tipula kalau saya kata saya tak fikir tentang masa depan or tentang kalau apa2 jadi.Saya tahu risiko kerja kapal ni tapi apa pun saya doakan yg terbaik. Duduk dirumah bukan bermakna tak buat kerja apa2 dan melepak jer..we are educated housewife. Ada diantara kita yg mempunyai bisnes online dan kerja2 sampingan yg lain. Dapat income yg masyuk tiap2 bulan. Yg penting usaha. Saya mmg salute pada kengkawan yg berkerja dan pada masa yg sama berjaya membahagikan masa tuk keluarga. Anda semua mmg SUPERWOMAN.

Lately saya tgk ada isu tentang fulltime house wife ni ditimbulkan di wall persatuan dan wall geng kapal.Jom kita tgk apa kata kengkawan kita yg memilih untuk menjadi fulltime housewife


pic from Google
Shasha Hezry
mula2 dulu pun akak cam nini gak..tp bila ank dh lahir,,nmpk depan mata terus berubah...dhlah papa jauh,,biarlah mama berkorban..time papa cuti,,,senang nk kehulu hilir tnpa gangguan dr opis...huhuhu

NoNita Imran
kak sha..betol tu. kita ok je duk rumah melayan ank2 kan..tgk ank2 besar depan mata..masa utk asben time dia blk pon melimpah ruah..tp yg pelik ni org luar yg susah hati :P

keja n jadi ceo at home memasing ada pro n cons.tapi now tak semestinya kena kuar keja bole dpt income, from home pon bole asal rajin :)

surirumah terperap kt umah bukan bmaksud dia katak bawah tempurung so no need to worries..dunia di hujung jari je skrg ni..we r educated h/wife... :).
Senang nak holiday sama dgn hubby bila jadi h.wife..xyah apply cuti.alhamdulilah rezeki hubby cukup je stakat ni :) just my 2cent


Norismaliza Hazanul

suami saya mmg x bg keje sejak melahirkan anak pertama lg.dia srh tumpukan spenuh perhatian thadap anak2.mulanya mmg bosan tp lama2 seronok lak...lg2 bila anak2 kt berjaya dlm sesuatu mesti hubby puji melambung sbb dpt didik anak dia dgn baik tanpa dia disisi tp...bila dgr mlt2org berkata yg kt ni duk goyang kaki tiap2 bln time wit sedangkn suami mencanak kat laut...mmg sedih.terpikir nak keje lak....bkn senang jd full time mom yg ditinggalkan bbulan2 ni.respek u olls semua..
Azie Muhamad
akk dlu bekerja sbgai kerani bank BSN selama 9 thn smpi ank ketiga bru brusia 3bln bru resign...memang rasa sayang sgt dgn kerjaya akk rmi yg kata akk bodoh berhenti.akk tahu rmi xsuka akk berhenti...tp kami suami isteri dh brbincang elok2 abg pun kata eloklh azie jaga ank2 sendiri jdi akk trpaksa korbankn kerjaya akk neh huhu..tp gaji xbyklh masa resign adalah rm1100 huhu..keje teruk penat ank2 masa tuh adik2 yg jaga..la ni adik2 dh kawin dh study xda sape nk jaga masa tuh ank2 kecil2..masa tu bibik pon xmampu nk ambik.nk anta umah org mcm xpecaya pulak..jadi akk buat keputusan utk resign demi family..itulh cerita sebenar akk nih..la ni ank2 dh bsar bru rasa mcm nk keje blik tp dh selesa pulak jdi surirumah...abg pon xkasi kerja huhu...akk yakin rezeki itu ada insyaAllah.
Noraziwin Jelani
kalo kije gov..memang ok bekerja..tp kalo swasta..dgn jem kat kl..rase mcm x berbaloi..kite dgn anak pon bukan lame sgt..nanti dah besar sket..dah masuk hostel..kolej..bukan nyer boleh melekat dgn diorg lagi..biar menanah telinga..tadah aje la.
biasanya bila anak sorang ok lagi nak keje tp bla dah masuk 2 kebanyakan akan jd housewife...for me i lg prefer jd hw sbb nak anak2 dekat ngn kita sbb dah la babah dorang keje berbulan2 baru blk so if ibu dorang ni pon workaholic shiannn la plak..hehe..it's also just my opinion...:)
Dan ini pula kata2 kawan2 kita yg berkerja
pic from Google
ianya persoalan yg subjektif. ada yang kata bila suami seorang pelayar, menjadi surirumah adalah yang terbaik, tapi ada juga yang berpendapat, sayang untuk meninggalkan karier yang ada.. pokok pangkal terpulang pada diri dan hati masing masing.. semua benda ada pro n kons.. insyaallah, selagi kita pandai menjaga diri sepanjang peninggalan suami, semuanya akan ok... dan memang hakikat yang tak boleh disangkal, mulut orang selamanya kita tak bole nak tutup... sentiasa cuba mencari kesalahan dan kekurangan kita... yang penting kita sentiasa ada suami yang menyayangi dan mempercayai kita.
Betullah pendapat zurena tu. Isu yg terlalu subjektif. Pandai2 lah buat keputusan. Ikut kesesuaian jiwa dan kdg2 faktor ekonomi ni perlu kite fikirkan utk jangka panjang.
Hazliyati Salleh
mmm camne yek.. bagi saya penat ah sikit sebab saya bekerja n ngan dua org anak..balik kerja semua di atas kepala...mmm rutin setiap hari camtu lah..kepenatan tu memang terasa.. jika byk kerja kat opis... kdg kala ter'sasul' terlepas kat anak2<--yelah penat ngan keje anak2 kecik biasa lah..mcm2 yg diorg explore semata2 ingin mendapat sedikit perhatian dari mama dia nim..mm kadang kala terburai gak air mata ngenangkan nasib anak2 yg kdg kala tanpa kita sedari bertanyakan papanye.. hujung minggu memang spend masa 100 peratus ngan anak2 supaya diaorg tak rasa kesunyian n kebosanan..tapi kadangkala tak dpt gak penuhkan permintaan anak2 cox mama diapun nak berehat hujung minggu..huhuhuhu
Zuraida Anuar
Huhu..ikutkn hati mmg nk bhenti..tp ekonomi xstabil lg kot.pastu bila fikir2 blik pnat study Dan peluh yg dikuarkan so bertahan Jek la..tmbah encik hubby Sgt2 la myokong kerjaya bini dia Dan Sgt proud bila cter gan kwn2 dia..pdhal keje bese Jek...
Norasyikin Bt Mohamed Arif
saya keje gomen..so,nak berenti keja tu kene pikir 80 kali.husben pon suh keja,sebagai jaminan masa depan..dia kata keja dia ni tak tau lg macam mana..if berlaku sesuatu,sekurang-kurangnya masih ada tempat bergantung...apa2pun, semuanye terletak atas perbincangan hati-ke-hati suami isteri..tak semua orang sama..rezeki tu semua Allah dah tentukan..lagi pun kami banyak tanggungan lagi..lega juga dapat tolong husben sikit-sikit..dan bila bekerja, dapatla isi masa daripada asyik dok teringat kat dia bila dia belayar..walaupun anak dah 2..bila husben belayar rindu kat dia Allah je yang tau.. (^__^)

Jadi pada adik2 yg bakal bergelar isteri seafarers,pilihla yg terbaik dan sesuai dengan diri masing2. yg penting kita dan suami setuju dan sependapat.Jangan fikirkan apa org lain kata.Org mmg akan selalu mengata tak kira apa pun pilihan kita. Tiap dari kita ada rezeki tersendri,yg penting kita usaha dan bertawakal pada Allah. Insyaallah.

-Posted by Hasliza-