Alhamdulillah semalam saya dan beberapa lagi rakan PGK telah berkunjung ke rumah erin tuk menghulurkan sedikit sumbangan yg berjaya kami kumpul untuk erin dan mia. Terima kasih diucapkan pada semua yg sudi menyumbang. Hanya Allah dapat mebalas jasa baik kengkawan semua.
Bila saya tengok jer muka erin masa mula2 sampai tu.Hati saya dah sebak. Aduhai, sedih melihatkan wajah erin yg sugul namun tetap mencuba untuk tabah menghadapi dugaan Allah ini. Erin dan mak mentua erin tabah menceritakan kisah sebenar yg terjadi. Semuanya berlaku begitu pantas dan terjadi betul2 didepan rumah. Kesan darah pun masih kelihatan. Erin sampai ke semalam masih belum mampu untuk kedepan pagar kerana masih terbayang keadaan arwah yg berlumuran darah disitu. Kami yg mendengar dan melihat erin & damia masing2 mengalirkan air mata. Tak terbayang kami semua apa yg erin tanggung saat itu. Doa kami semoga Allah kuatkan hati erin dan damia serta mempermudahkan segala urusan mereka di masa hadapan. Semoga Allah menempatkan arwah Nor Azmi dikalangan orang yg beriman. Amin.
disini saya sertakan kata pesanan Kak Azie di wall PGK
Erin,
Kami semua tetap dibelakang erin. Kami akan sentiasa menyokong dan membantu apa yg termampu. Erin dan Damia tidak sendirian. Walaupun baru semalam kita dapat bersua muka namun ikatan persahabatan yg terjalin sungguh erat. erin tetap ahli keluarga PGK.
erin dan mia |
mak arwah yg tabah menceritakan semua yg terjadi |
kami |
semoga Mia membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.Papa mia tunggu mia di syurga yer sayang. |
-Posted by Hasliza-
sedihnye tengok muka Mia...... :( terbayang muka anak2 sendiri... alfatihah
ReplyDeletealhamdulillah semuanya selamat dan berjalan dgn lancar...kami semua sentiasa di sisi erin dan damia.insyaAllah.t ksih liza
ReplyDeleteMoga Allah beri kekuatan pada si ibu dan anak kecilnya itu~
ReplyDeleteAmin~~~
Semoga Erin dan Mia tabah menghadapi ujian Allah.
ReplyDeleteAl fatihah...kesian Mia...Erin, kuat ye
ReplyDeleteharap mereka tabah dlm meneruskan kehidupan...
ReplyDeletekuat!