Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Bila kita semua bersama..

Hai semua...saya,kak zurin,kak azie dan kak arni ke KPJ Seremban untuk melawat anak shasha hezry yg sedang dirawat dalam ICU. Melihatkan keadaan anak kecil yg sakit memang sangat menyedihkan hati kami. Sebagai seorg ibu kami pun faham apa yg dirasai oleh shasha.Berat mata memandang,berat lagi bahu yg memikul.Alhamdulillah,She is getting better dari hari first she's admitted.Bersama kita doakan kakak cepat sembuh n dapat happy2 cam dulu. Disini saya letakkan gambar semasa saya pertama kali jumpa shasha dan anak2 masa wedding Mira kat Putrajaya.Tak sampai hati tuk amik gambar kakak yg sedang sakit. Kami juga turut meghubungi pihak office tuk turut sama menyokong shasha dan memaklumkan hal ini serta berharap pihak office dapat mempercepatkan proses kepulangan suami shasha. Tentang sakit kakak,dari apa yg saya dengar kakak memang ada penyakit asma.detail berkenaan sakit kakak biarla ibunya sendiri yg update.takut nanti saya tersalah info plak.
kakak yg pakai baju hijau Baby Minnie
Sejak kita mula kenal dalam geng kapal,kita saling mengambil berat diantara satu sama lain sebab kita tahu disaat ada masalah dan suami pula tiada disisi memang terasa amat susah. Selain keluarga,kawan yg memahami la yg dapat kita harapkan. Saya bersyukur melalui geng kapal saya dapat mengenali rakan2 yg sangat baik yg sentiasa sudi menghulurkan bantuan pada saya dan menjadi tempat saya meluahkan rasa. Pertama kali saya jumpa kengkawan geng kapal ialah masa birthday wafiy..masa tu saya jumpa eqa,kak zurin n kak shidah. dari detik itulah kami saling mengunjungi rumah masing2. Maklumla duduk satu senawang.

Then makin banyakla aktiviti yg dijalankan bukan saja di area senawang malah di semua zon.Tiap kali ada majlis,mesti member geng kapal ni sporting jer nak join.Okla...enjoy the pic
ini IFTAR 2011 kat umah saya

ini Potluck kat umah saya

masih lagi potluck
piknik PGK kat Putrajaya
Piknik PGK


ini masa kami pergi umah kak Arni
Dan dalam banyak2 aktiviti,semestinya yg paling menarik n julung2 kalinya menemukan 40 keluarga dari semenanjung Malaysia ialah masa kita buat Grand Gathering Pada 14-15 Mac Last year.Itu nanti saya wat post yg lain yer bersempena setahun sesusah gathering.Okla banyak keja umah tertangguh ni.Have a nice everyone.

Sunday, October 23, 2011

Kunjungan PGK ke rumah Erin

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semalam saya dan beberapa lagi rakan PGK telah berkunjung ke rumah erin tuk menghulurkan sedikit sumbangan yg berjaya kami kumpul untuk erin dan mia. Terima kasih diucapkan pada semua yg sudi menyumbang. Hanya Allah dapat mebalas jasa baik kengkawan semua.

Bila saya tengok jer muka erin masa mula2 sampai tu.Hati saya dah sebak. Aduhai, sedih melihatkan wajah erin yg sugul namun tetap mencuba untuk tabah menghadapi dugaan Allah ini. Erin dan mak mentua erin tabah menceritakan kisah sebenar yg terjadi. Semuanya berlaku begitu pantas dan terjadi betul2 didepan rumah. Kesan darah pun masih kelihatan. Erin sampai ke semalam masih belum mampu untuk kedepan pagar kerana masih terbayang keadaan arwah yg berlumuran darah disitu. Kami yg mendengar dan melihat erin & damia masing2 mengalirkan air mata. Tak terbayang kami semua apa yg erin tanggung saat itu. Doa kami semoga Allah kuatkan hati erin dan damia serta mempermudahkan segala urusan mereka di masa hadapan. Semoga Allah menempatkan arwah Nor Azmi dikalangan orang yg beriman. Amin.

disini saya sertakan kata pesanan Kak Azie di wall PGK

Erin,
Kami semua tetap dibelakang erin. Kami akan sentiasa menyokong dan membantu apa yg termampu. Erin dan Damia tidak sendirian. Walaupun baru semalam kita dapat bersua muka namun ikatan persahabatan yg terjalin sungguh erat. erin tetap ahli keluarga PGK.
erin dan mia

mak arwah yg tabah menceritakan semua yg terjadi
 
kami

semoga Mia membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.Papa mia tunggu mia di syurga yer sayang.
Kita yg masih Allah berikan kesempatan untuk masih bersama suami harus menghargai tiap masa bersama si dia. Pohon ampunla atas segala salah dan silap kita sentiasa. Sesungguhnya ajal dan maut semuanya di tangan Allah.Kita hanya mampu merancang dan bertawakal atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Insyaallah.Amin

-Posted by Hasliza-

Tuesday, August 23, 2011

potluck berbuka puasa geng kapal

Assalamualaikum...
Alhamdulillah semalam selesai sudah majlis berbuka puasa yg dibuat dirumah saya. Saya menjemput rakan2 geng kapal yg tinggal berdekatan senawang. Sorry kalau saya ada termiss untuk jemput sesiapa. Mungkin sebab saya pun tak berapa tahu siapa lagi geng kapal yg dekat2 dgn saya. Terima kasih pada kengkawan yg datang terutamanya kak Arnizura yg sudi datang dari bandar sri putra..dan kengkawan senawang saya kak azie, kak zurin,kak shidah.kak rozi dan eqa. Masing2 bawak hidangan special dari rumah.memang puas hati la makan.Semuanya nak rasa. Alhamdulillah syukur dengan rezeki yg Allah berikan..Jom kita tengok hidangan yg ada
soto ayam by kak azie

spagetti by kak arni

daging palembang by kak zurin

bubur jagung by kak shidah
sandwich n cempedak goreng by eqa
kek dari kak rozi
tuan rumah plak masak puding karamel n beli sate..tapi sekali pding karamel lupa nak bawak kuar dari fridge.nasib baik kak azie ternampak dalam fridge semlam.sempatla tapaukan tuk kak azie n kak arni..arini nak pog antar pada kengkawan yg lain..
Seronok bila dapat berkumpul. Mak ngan ayah bergosip,anak2 plak main bunga api. Memang meriah.Moga ukhwah yg dijalin akan kekal selagi hayat dikandung badan..insyaallah

Berdiri dari kiri..eqa dan Asrul+ aliff, Nazri(hubby kak shidah), fitri(hubby liza), kak azie dan saiful.
Duduk dari kiri liza, kak shidah,kak arni,kak zurin.
bawah dari kanan kak rozi dan anak2 kami semua.