Assalamualaikum...
Pertama sekali maafkan saya kerana terpaksa menutup blog geng kapal selama 2 hari.Ini kerana saya perlu selesaikan beberapa isu yg berkait dengan entry saya sebelum ni.Disebabkan feed back yg saya terima ada yg positive dan negative jadi saya mengambil keputusan untuk remove post sebelum ni..pada yg sempat baca dan memberi komen saya ucapkan terima kasih..saya amat hargai semua komen2 anda dalam membentuk blog geng kapal yg lebih baik.
Disini saya ingin jelaskan tentang sesuatu..
1. Niat saya membuat isu berkenaan 'kesetiaan' itu adalah untuk memperingatkan semua rakan2 yg senasib dengan saya tentang realiti yg agak pahit kita terima tapi perkara tu memang terjadi.Tiada langsung niat saya untuk menimbulkan fitnah dan menjatuhkan martabat seafarers dan keluarga.
2. Saya tidak sewenangnya mengambil sahaja komen puan anon yg sesetengah kata tidak diketahui siapa dan membuat post tanpa bukti2 lain..cuba tanya suami masing2 berkenaan hal ini..is it really happen??apa kata mereka???ada yg PM saya dan menceritakan pengalaman mereka.kita tak sangka pun menda ni terjadi dikalangan rakan2 yg kita kenal. Pada rakan2 yg pernah naik kapal ikut suami..apa yg kengkawan nampak?ada tak menda2 camni jadi kat kapal??Kita semua kan bersama,jangan pejamkan mata dan membelakangkan rakan2 yg mengalami pengalaman pahit ni. kita kena support mereka dan pada masa yg sama berusaha dan berdoa semoga keluarga kita dilindungi Allah dari perkara sebegini.
3. Janganla jadikan isu ini untuk mula meragui suami dan pasangan masing2...mungkin hanya segelintir yg membuat onar..bak kata 'bebehku' yg sudi memberi komen pada saya ..kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..Ramai lagi suami yg setia dan sayangkan isteri masing2.Berbincangla dari hati ke hati dengan suami..ingatkan mereka kasih sayang kita..Insyaallah Allah lindungi kita.
4. Saya pun risau bila menda2 camni jadi..bila saya tau pasal isu ni..saya tanya suami saya..dia kata memang jadi..ada yg lagi teruk cuma dia tak nak cerita kat saya kerana takut saya risau. Jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan semua ..mungkin cara saya salah dan drastik.Maafkan saya. Lepas ni saya akan lebih berhati2 dalam mengutarakan isu2 di blog ni.
Saya harap semua jelas dengan hal ini..harapnya tiada lagi isu berbangkit..Doa saya pada semua semoga kita sentiasa berbahagia bersama yg tersayang.Insyaallah.amin.
posted by liza
okay liza... besa ah ade benda positif n ade benda yang negative.. kalu sume positif aman dunia.. :) sama2 doakan hubby kita selamat bukan setakat belayar tapi selamatkan iman masing2.. :)
ReplyDeletekite lebih mengenali mereka. abaikan je kak anon tuh. doang tu pandai cakap, sbb doang x hadapi semua tuhh. :')
ReplyDeletesy akan teros sokong blog geng kapal.
ReplyDeletepada sy itu kebenaran.
tp mcm yg kita semua tau, bukan semua seafarer cm2.
kita berdoalah smg Allah lindungi suami2 kita semua.
:)
ala tak sempat baca ! tapi berdasarkan apa yang ditulis kat entry nih, macam faham jer. Bf penah citer pasal yang buruk berlaku bila atas kapal, tapi sikit je, itu pun cerita lama.. umi rasa maybe dia pun taknak umi risau...umi ni kuat sungguh risau, sampai boleh nangis2..hee~ tapi yang penting dlm long distnce rltionship nih, saling percaya.
ReplyDeletenormal lah tu kak..terkadang x semua org terima cara penulisan kita. tapi bg laili,semua tu,pucuk pangkal pd diri mereka sndiri. kita cuma mampu usaha hr demi hr mnjadi yg terbaik untuk pasangan kita..seadanya kita dan doa yg x putus semoga dijauhkan dr semua tu.
ReplyDeleteinsyaallah..
hanin dah baca the entry before this and the few comments :)
ReplyDeletehmm...apa yang boleh hanin cakap....in long distance relationship....kiter mesti ada kepercayaan,kejujuran dan kerjasama....
yups...hanin tau ada orang kapal macam nie...but not all...hanin pernah naik kapal...ada yang suka duduk dlm bilik je..layan diri...and ada yang suka mix around...and main internet....bagi hanin, fb memang bahaya....from there the girls boleh gatal2 with them...bila dah ada org mengorat....apa lagi...diorang pun gatal sama :) my hubby kata...banyak cultural shock bila naik kapal....
yeah! i trust my hubby...hanin tak trust the women out there....sekarang perempuan..kalau tau laki kiter bekerjaya....family man...berduit...mesti nak mengorat...thats why...me and my hubby will try our best...jaga our perhubungan....my hubby memang tak bagi ada fb...dier kata bahaya...hahah! and yang penting....kalau dier balik...dier selalu spend time with me and his daughter...24/7 with us :)
i know he loves his job as marine engineer...so,as a wife...i will always support his job...make sure he's happy working....kalau dier happy...im happy...
Saya sempat baca post kesetiaan tu kak....
ReplyDeleteBagi saya dalam hidup ini ada pro n kontra, ada hitam dan putih.... Banyak dugaan yang perlu ditempuhi kan? Apa yang penting kita semua perlu tabah......
Saya faham apa yang akak utarakan sebagai satu panduan buat semua... namun, adatlah manusia, adakalanya terlalu mudah untuk melihat dari sudut yang negatif.......... biarkanlah kak... Yang penting niat akak ikhlas.......