Cakap pasal pepatah alah bisa tegal biasa ni.. sepatutnya kita isteri pelaut ni yang dah biasa berpisah dengan suami,kita akan jadi biasa kena tinggal.Tak ada la sedih sangat2 kan..but its not true. Tiap kali opis dah call suami untuk On,kita dah mula diundang rasa tak best. Rasa sedih jer..lagi2 bila saat nak hantar hubby pergi, hati tetap rasa sebak dan susah untuk lepaskan dia pergi. Macam saya masa hantar hubby ke KLIA haritu,saya dah kata kat diri untuk jadi kuat. Tapi bila tengok hubby yg makin menjauh dan si anak yg tak jemu melambai papa dia pergi, air mata saya bercucuran jatuh. Namun tetap juga memujuk hati kerana takut si anak sedih plak bila tengok mama dia nangis.
pic from google |
Tapi sekarang, bila hari kedua jer hubby pergi, saya dah mula kuat. Saya singkirkan rasa sedih dan sibukkan diri dengan aktiviti lain. Lagipun anak tetap ada disisi saya sebagai peneman saya. Kengkawan semua, kita semua wanita terpilih yg diuji oleh Allah untuk tinggal berjauhan dari suami. Berbanggala anda semua. Dan kuatkan hati menghadapi semua dugaan di kala suami jauh. Nikmatnya jadi isteri pelaut hanya kita yg tahu walaupun orang luar sentiasa kesian melihat kita. Sejak saya kenal geng kapal dan kengkawan geng kapal yg tinggal berdekatan dengan saya. Saya tahu saya tidak bersendirian lagi. Mereka sentiasa ada disisi saya. saling menemani,tolong menolong dan beraktiviti dikala suami jauh. Terima kasih dear friends.
Kesimpulannya, kita tetap alah dan tak biasa ditinggalkan namun dengan masa kita jadi semakin matang dan lebih kuat untuk menghadapi cabaran sebagai isteri pelaut. Untuk yg baru dan akan berpisah dengan suami dalam masa terdekat ni, tabahkan la hati yer dan pada yg sedang menunggu kepulangan suami, Bergembiralah kengkawan dengan suami tersayang.Enjoy every precious moments together. Semoga rumah tangga kita semua dilindungi Allah dan kekal hingga ke syurga. Amin.
amin..
ReplyDeletenice entry :)
thanks kongsi info...