Assalamualaikum...alahai lamanya saya tak update blog ni..lately saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti personal sampai blog geng kapal n blog sendiri pun terabai..Last week masa perjalanan saya balik dari kelantan ke Senawang, masa tu bulan mengambang penuh n langit penuh ditaburi bintang. Terpesona saya seketika.Subhanallah,indahnya ciptaanMu Ya Allah.Mata yg dah agak penat sebab drive jauh pun segar bila tgk bulan tu.
Teringat dulu masa saya awal2 bercinta dengan abang kapal saya.Saya akan tengok bulan malam2 dan saya fikir mesti abang kapal saya pun tengok bulan yg sama. Walau kat mana pun sidia masa tu,bulan akan menghubungkan kami.Saya rasa dekat sangat dengan dia walaupun dia jauh beribu batu.Begitula bermaknanya bulan pada saya. Pernah sekali saya bgtau kengkawan saya tentang perasaan saya tentang bulan,sekali kawan saya kata saya minah jiwang..hehehe..mungkin mereka tidak faham.Jadi saya diamkan saja.Bila saya dah kenal geng2 kapal yg lain, rupanya kita semua menpunyai peel yg sama..bulan la penghubung kita.Hanya yg mengalami seperti kita yg memahami perasaan tu. Kak shidah yg pada masa tu bersama saya balik ke senawang pun berkongsi la kisah dia. Suami dia pernah call kul 3am tuk minta kak shidah keluar rumah n tengok bulan. Pelik mak kak shidah bila anak dia dengan selamba keluar rumah memalam buta semata2 tuk tengok bulan. Kata kak shidah,dia rasa dekat dgn suami dia masa tu.Sebab sambil borak,mata mereka terarah pada satu ciptaan Allah yg sama. Oh sungguh indah perasaan itu.
pic from google
Biarla Bulan menjadi pengubat rindu kita dan doa2 kita mengiringi si Dia yg jauh.Ada rezeki insyaallah kita bertemu lagi.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah semalam saya dan beberapa lagi rakan PGK telah berkunjung ke rumah erin tuk menghulurkan sedikit sumbangan yg berjaya kami kumpul untuk erin dan mia. Terima kasih diucapkan pada semua yg sudi menyumbang. Hanya Allah dapat mebalas jasa baik kengkawan semua.
Bila saya tengok jer muka erin masa mula2 sampai tu.Hati saya dah sebak. Aduhai, sedih melihatkan wajah erin yg sugul namun tetap mencuba untuk tabah menghadapi dugaan Allah ini. Erin dan mak mentua erin tabah menceritakan kisah sebenar yg terjadi. Semuanya berlaku begitu pantas dan terjadi betul2 didepan rumah. Kesan darah pun masih kelihatan. Erin sampai ke semalam masih belum mampu untuk kedepan pagar kerana masih terbayang keadaan arwah yg berlumuran darah disitu. Kami yg mendengar dan melihat erin & damia masing2 mengalirkan air mata. Tak terbayang kami semua apa yg erin tanggung saat itu. Doa kami semoga Allah kuatkan hati erin dan damia serta mempermudahkan segala urusan mereka di masa hadapan. Semoga Allah menempatkan arwah Nor Azmi dikalangan orang yg beriman. Amin.
disini saya sertakan kata pesanan Kak Azie di wall PGK
Erin, Kami semua tetap dibelakang erin. Kami akan sentiasa menyokong dan membantu apa yg termampu. Erin dan Damia tidak sendirian. Walaupun baru semalam kita dapat bersua muka namun ikatan persahabatan yg terjalin sungguh erat. erin tetap ahli keluarga PGK.
erin dan mia
mak arwah yg tabah menceritakan semua yg terjadi
kami
semoga Mia membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.Papa mia tunggu mia di syurga yer sayang.
Kita yg masih Allah berikan kesempatan untuk masih bersama suami harus menghargai tiap masa bersama si dia. Pohon ampunla atas segala salah dan silap kita sentiasa. Sesungguhnya ajal dan maut semuanya di tangan Allah.Kita hanya mampu merancang dan bertawakal atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Insyaallah.Amin
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni kita semua dikhabarkan dengan berita pemergian Azmi. Pemergian arwah amat mengejut.Khabarnya kerana accident. Saya berdoa semoga isteri arwah erine, anak kecilnya Mia dan family yg lain tabah dengan dugaan Allah ini.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah. Sedih sangat saya dan ahli2 PGK yg lain apabila mengetahu hal ini. Tak terbayang bagaimana perasaan erin.Moga Allah memberikan erin kekuatan untuk tabah mengharungi hidup demi Mia yg masih terlalu kecil untuk mengenal erti kehilangan ini.
Marila kita bersama sedekahkan alfatihah dan Yasin untuk arwah Azmi. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang beriman.Amin.
Assalamualaikum..
Hari ni saya bangun pagi fikirkan arini hari sabtu..hehehe,mentang2 tak keja and anak pun tak sekolah lagi, tiap2 hari ingat weekand.Semalam saya susah sikit nak tido sebab sebelum tido saya baca email dari suami. Terus rasa sesak nafas ingatkan dia. Masa tu pulak anak dah tido. Bila saya tgk bilik kami n barang2 suami, serius memang rindu tu datang tiba2 sampai nak bernafas pun susah. Saya rasa rimas dalam bilik tu. Saya nak peluk suami saya time tu jugak.. tapi kepala saya cakap walau camner pun saya nak jumpa suami saat tu,takder apa pun boleh saya buat sebab suami kat tengah2 laut. Apa yg boleh saya buat ialah istighfar dan tenangkan hati serta cuba lelapkan mata.
Sengsaranya bila kita merindu kan. Kalau seharian kita sentiasa sibuk dengan aktiviti kita tetapi dikala malam dan keadaan sunyi,perasaan rindu akan menjengah kita. Walaupun rindu itu memeritkan namun ada masanya rindu itu sangat indah. Saya terperasan ada kawan kita Teja post di wall persatuan pasal rindu ni..
kita tengok apa jadi bila isteri2 pelaut ni merindu....
saya kalau rindu mesti teringatkan lagu ni.Dari zaman bercinta sampaila sekarang inilah lagu rindu saya.Dengar jer lagu ni mesti tak sedar air mata menitis. Hayatila liriknya.
Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila tersedar semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua
*ulang Korus Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi *ulang Korus