Monday, June 18, 2012

Saper lagi pandai jaga keta??


A few weeks ago saya ada la terdengar satu topik pagi di Suria FM berkenaan sapa lagi pandai jaga keta ni.Ramai la yg call n of course la lelaki yg menang n kebanyakkan kata pompuan just tau kemas keta n letak bantal kat belakang sampai tak nampak cermin belakang..huhu...

Tapi kita as wife org kapal ni yg sentiasa hubby takder kat darat..Tahu ke jaga keta????????ke just tahu drive mcm yg org kat radio tu duk kata. Pengalaman saya, Saya takder la tahu semuanya pasal engine keta tapi kalau basic cam nak check air battery,minyak engine,brek+semua jenis minyk tu, isi angin tayar,isi air/coolant radiator semua tu saya tahu la. Kalau pasal service keta plak,urusan dgn org bengkel tu mmg saya jer la buat.

Saya ni dah ada pengalaman keta mati kat tengah jalan..tayar keta pecah kat highway n tayar keta bengkak sampai bergegar keta..semuanya tanpa hubby disisi.Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan saya dan saya dapat setel semua. Mintak jauhla kan kes yg lebih teruk.Tak sanggup rasanya.
Tayar Keta Saya yg pecah dulu
Bila keta kita ada problem semestinya kita akan mula sedih n berharap hubby ada kat sisi. Tapi kita semua strong woman. Insyaallah semuanya dapat kita selesaikan.Pada kengkawan yg seperti saya, yg jaga keretanya sendiri, saya ucapkan tahniah and kalau ada la kengkawan yg tak berapa tahu pasal keta..jom kita belajar dari sekarang.Tahu basic jadi la so kita tak panik bila apa2 jadi.

okla..saya ni tak masak lagi ni. Membebel kat sini plak...Take care semua. Pada kengkawan Housewife yg seangkatan dengan saya..."Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi"..hehehee...jangan sampai ada yg kata kita keja bergosip jer.:))..Peace

Saturday, June 2, 2012

The Video for GGGK 2012

Alhamdulillah Grand Gathering Geng Kapal 2012 telah  selesai dgn jayanya. Terima kasih kepada Kak Rafidah, Shiela Bun,Tuan Norashikin serta semua AJK yg menjayakan GGGK2012. Jasa baik anda semua untuk menyatukan dan mengeratkan ukhwah sesama kita akan dikenang.

Nanti saya akan share pics masa kami disana but for now saya letakkan link video yg kami pasang untuk dinner disana.Terima kasih pada kak arni yg support kos tuk video ni.Apa pun enjoy the video.




Sunday, April 29, 2012

mata duitan????


Assalamualaikum....

Lately saya agak sibuk sebab encik suami baru jer balik.pepaham la kan bila si seafarer dah balik..isteri dan anak2 happy sgt n want to spend each quality time together sampai tak terlayan menda lain.kalau kes mcm saya ni,mmg langsung tak sempat nak bukak blog.

Haritu masa hubby bgtau reliever dah naik kapal n dia akan sign off dalam masa terdekat kat next port..tapi asyik delay jer sampai saya jd stress.ada jer masalahnya.walaupun dah biasa dgn kes delay2 ni tapi tiap kali rasa mesti akan stress gak.jadi kengkawan geng kapal yg close dengan saya akan pujuk saya n kata...

"more days so more money"
"okla lambat,yg penting duit jalan"

Agaknya kalau org tahu pujukan kawan2 saya ni adakah saya dan kawan2 saya akan dilabel sebagai mata duitan?????

Sebenarnya itu jerla menda yg boleh pujuk hati kami.bukan duit yg kami kejar tapi nak tak nak kena gak terima bila hubby delay tuk sign off.janji esok,tapi esoknya kata esok plak..sampai anak saya yg 4tahun tu tanya bila papa dia balik n saya jawab esok dia kata.."banyaknya esok ma"..

Jadi tuk kurangkan stress,kami akan fikir,takperla lambat off paling kurang gaji jalan so kami akan ada extra lagi duit tuk lebih lama hubby kat darat.kalau tak fikir camtu mmg stress menjadi2.

So okla...pada kengkawan yg mungkin tertunggu hubby off sebab delay jadi nasihat saya..

Be happy coz more days means more money.

Take care.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 15, 2012

Serupa tapi tak sama

Assalamualaikum and a very good day to all geng kapal readers......setelah sekian lama ku menyepikan diri baru la hari ni nak buat entry.Terlebih dahulu disini saya ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa,menyinggung perasaan atau menyakiti hati sesetengah pihak.Niat saya buat entry ni bukan nak provoke atau nak menimbulkan kemarahan,rusuhan atau apa jua yg tak menyenangkan di dalam komuniti kita yg tak seberapa ni.Entry saya kali ni agak panas dan mungkin akan menimbulkan rasa tak puas hati bagi sesetengah pihak.Sebelum anda semua judge apa yang bakal anda semua baca elok la buka minda tu seluas-luasnya tentang entry saya kali ni.




Mesti ramai reader sekarang ni tertanya-tanya apa yg serupa tapi tak sama. Well banyak benda yang serupa tapi tak sama contoh rambut sama hitam tapi hati budi masing-masing for sure lain.Biar la saya straight to the point saja,dah terlalu banyak post pasal kes orang kapal ni kaki perempuan,main sebat aje tak kira bini orang ke,anak dara ke.....Semua ke?Jangan disebabkan 3-4 tong gelen minyak habis 1 lautan dipersalahkan.Just orang kapal ke yang kaki perempuan ni?Macam mana pulak dengan orang di darat?Saya akui mmg ada segelintir orang kapal ni kaki perempuan tapi itu tak bermaksud semua.Seperti orang-orang di darat juga mereka pun ada yang kaki perempuan,kaki judi,main dadah dan sebagainya so kita tak boleh la menyatakan orang-orang kapal sahaja yang kaki perempuan ni.


Cuba korang fikir sejenak,buka minda tu luas-luas orang kapal ni duduk planet lain ke?duduk kat dunia lain ke?dari mana datangnya orang kapal?Mengapa semua yang jahat hanya orang kapal aje.Then sealady macam mana pulak?Lps ni diorg akan dapat title kaki jantan ke?Sampaikn ada satu  komen di fb

 'if isteri org pun best man win ke????
"pelaut ne agama apa?'

Mengapa nak tanya plak pelaut ni agama apa?Dalam setiap bidang pekerjaan tak kira di darat atau di laut dah tentu la ada berbilang bangsa,kaum dan juga agama.Komen-komen negatif macam ni la yang membuatkan org diluar komuniti perkapalan berfikiran negatif terhadap orang-orang kapal.

Disini bukan niat saya nak menunding jari pada sesiapa jua tapi saya nak anda semua buka minda tu sikit.Jangan la ingat semua orang kapal ni jahat.Terlalu banyak sgt post yg mengaibkan org kapal sendiri.Sekarang ni setiap post tu kita anggap saja itu satu peringatan buat kita semua.Jangan la sampai ada yg meragui and was-was pada partner kita.Disebabkan post mcm ni la ada yang sampai dah tak mempercayai suami walhal suami dia tu tak ada buat benda yg bukan2 pun.Sekali lagi saya ingatkan jadikan la benda ini sebagai peringatan sahaja. Jangan cepat melatah.



Untuk para partner seafarer diluar sana,jangan la terlalu mencurigai partner and.Kekadang tu bila kita terlalui curigai,was-was and tak percayakan dia,benda2 yg kita nak elakkan tu la akan jadi so nasihat saya di sini,jangan terlalu bagi tekanan kat partner and tentang perkara ni.Bincang elok-elok,memadailah just bg nasihat and peringatan pada dia.Apa yang saya taip di entry kali ni is peringatan buat saya juga.Kita ni manusia biasa yang sentiasa leka so tak salah utk kita memberi peringataan pada org tersayang atau pun kwn-kwn yang seangkatan dgn kita.

Pada mereka yang diluar komuniti perkapalan,jangan hanya menilai org-org kapal ni dengan cerita dan segelintir dari mereka yg buat perkara-perkara buruk ini.Seperti ayat-ayat saya sebelum ini,benda-benda mcm ni bukan hanya terjadi di kalangan komuniti perkapalan sahaja tetapi org-org didarat pun sama.Kita semua manusia dibumi ni bukan alien dari planet lain....

Sekali lagi saya memohon kemaafan sekiranya entry saya pada kali ni menyakiti atau pun menyinggung mana-mana pihak....PEACE NO WAR.....

**pic from goggle

post by Azimah Azri
edited by Liza Fitri