Thursday, August 25, 2011

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum....
Hari ni dah 26 hari kita berpuasa..sedihnya rasa nak meninggalkan bulan ramadhan ini ,semoga tahun depan Allah panjangkan umur untuk berjumpa ramadhan lagi..amin..

Minggu hadapan kita dah nak raya.Bila dengar plak lagu raya yg berkumandang di radio memang makin terasa kemeriahannya. Ya memang saya happy tahun ni sebab rezeki saya dapat beraya sama dengan suami dan anak tapi saya tahu ada yg berduka sebab tahun ni suami berada dia laut sana.. Saya harap kengkawan semua bersabar la..tahun lepas saya pun dah merasa raya dengan wafiy jer..saya tahu memang sedih terutama bila pepagi raya tu tak dapat kucup tangan suami memohon ampun dan maaf. Bila tengok pulak anak2 yg sedih papa diaorg takder,lagila hati kita tersentuh.

Namun saya tahu kita semua kuat..kita wanita terpilih yg diuji Allah. Walaupun jauh, panggilan telefon semestinya akan kita terima.Ucapan selamat hari raya dari yg tersayang yg jauh dimata akan lebih bermakna. Bersabar la kawan-kawanku. insyallah bila suami balik,hari2 pun rasa macam raya kan..

Jadi pada kengkawan yg mahu pulang ke kampung..sini ada pesanan khas...

1. Periksa kereta kengkawan. Pastikan ia dalam keadaan yang baik. Semoga perjalanan kita semua akan lancar.

 2. Pastikan semua barang2 dipack dan tiada apa yg tertinggal.

3. Pandula dengan selamat. Rancang masa pemanduan dengan baik. Kalau mengantuk, berentila seketika.

 4. Jangan Gunakan Hp, call or sms ketika memandu. Gunakan hands free.

 5. Duit Raya Jangan dilupa..hehee
6. Lat but not least,Pastikan rumah kengkawan dikunci dengan baik sebelum meninggalkan rumah. Maklumkan pada jiran dan polis akan ketiadaan kengkawan dirumah.

Selamat Hari Raya aidilfitri dari saya sekeluarga untuk semua warga geng kapal. Ampun maaf saya pohon jika ada sebarang coretan saya disini melukakan hati sesiapa. Tiada langsung niat dihati. Semoga aidilfitri kali ni lebih bermakna untuk kita semua.Insyaallah.

Tuesday, August 23, 2011

potluck berbuka puasa geng kapal

Assalamualaikum...
Alhamdulillah semalam selesai sudah majlis berbuka puasa yg dibuat dirumah saya. Saya menjemput rakan2 geng kapal yg tinggal berdekatan senawang. Sorry kalau saya ada termiss untuk jemput sesiapa. Mungkin sebab saya pun tak berapa tahu siapa lagi geng kapal yg dekat2 dgn saya. Terima kasih pada kengkawan yg datang terutamanya kak Arnizura yg sudi datang dari bandar sri putra..dan kengkawan senawang saya kak azie, kak zurin,kak shidah.kak rozi dan eqa. Masing2 bawak hidangan special dari rumah.memang puas hati la makan.Semuanya nak rasa. Alhamdulillah syukur dengan rezeki yg Allah berikan..Jom kita tengok hidangan yg ada
soto ayam by kak azie

spagetti by kak arni

daging palembang by kak zurin

bubur jagung by kak shidah
sandwich n cempedak goreng by eqa
kek dari kak rozi
tuan rumah plak masak puding karamel n beli sate..tapi sekali pding karamel lupa nak bawak kuar dari fridge.nasib baik kak azie ternampak dalam fridge semlam.sempatla tapaukan tuk kak azie n kak arni..arini nak pog antar pada kengkawan yg lain..
Seronok bila dapat berkumpul. Mak ngan ayah bergosip,anak2 plak main bunga api. Memang meriah.Moga ukhwah yg dijalin akan kekal selagi hayat dikandung badan..insyaallah

Berdiri dari kiri..eqa dan Asrul+ aliff, Nazri(hubby kak shidah), fitri(hubby liza), kak azie dan saiful.
Duduk dari kiri liza, kak shidah,kak arni,kak zurin.
bawah dari kanan kak rozi dan anak2 kami semua.

Saturday, August 20, 2011

untung jadi wife org kapal...banyak duit woooo..

Assalamualaikum...
Saya nak tanya..saper kat sini pernah org sekeliling cakap camtu..angkat tangan....rasanya ramai yg angkat tangan ni...ini menda yg common la..org memang selalu cakap camtu..so betul ker kengkawan????kengkawan semua banyak duit ker sampai berlebih2???


Bagi saya..saya bersyukur dengan rezeki yg Allah bagi..alhamdulillah mencukupi untuk kami anak beranak.Bila suami dapat bg pulak rumah dan kereta yg selesa..lagila sangat bersyukur. Sepertimana kakak2 or kengkawan  yg terlebih awal bergelar isteri org kapal..saya juga sempat merasa masa gaji officer ciput jer dulu..bila dah mula revise gaji tak silap saya tahun wafiy lahir..barulah nampak banyak sikit..tapi bila gaji naik..komitment pun  naik...adeih...betul la kata org..lagi besar periuk..lagi banyakla keraknya.

Dengan tahap gaji second mate MISC, gaji suami nak kata berlebih takder la..org kena tahu kita ni time hubby cuti..gaji dah tak masuk..harapkan leave pay yg masuk bersama gaji sebelum ni la untuk kita berjimat n save bg bayar komitment tiap2 bulan..ramai pula antara kita yg tidak berkerja jadi sumber pendapatan adalah dari suami.Kalau time suami belayar memang la best gaji masuk tiap2 bulan..tapi hati merana sebab suami jauh..tapi time suami balik..gaji plak tak masuk..kalau dah lebih 3 bulan tak berlayar tu..mulala resah gelisah memikirkan komitmen yg perlu dibayar..betul tak kengkawan??

Jadi kesimpulannya, jadi wife org kapal takder la banyak duit sangat.sama jer macam org lain.Rasanya gaji yg diterima adalah upah yg dibayar untuk pengorbanan suami berjauhan dari keluarga dan menempuh bahaya hampir setiap hari dilaut sana. Kalau suami keja darat mestila kurang sket gajinya..tul tak??janganla didengki kami isteri2 pelaut ni. Duit tak mampu menggantikan suami yg jauh tapi kami bersyukur dalam dunia yg sentiasa memerlukan duit ini, hubby mampu untuk support kami sekelurga. Rezeki datangnya dari Allah yg penting kita sentiasa bersyukur dengan nikmatNya dan jangan lupa untuk menghulurkan pada yg memerlukan.. Insyaallah rezeki kita akan lebih diberkati.Amin.

**kak azimah..TQ untuk entry sebelum ni..adeih,saya tak boleh nak komen..tak tau naper..jd buat note kat sini.glad that i can capture those special moments for eqa and asrul. Eqa join contest n menang tu kira satu bonus la kan..btw, will wait for more entry from u:))
posted by liza

Congratulation

Assalamualaikum...


dimulakn dengan Bismillahirrahmanirrahim.....this is the 1st time sy Azimah Azri buat entry......entry kali ni is about one of our friends Noratikah Roslan yg telah memenangi tempat pertama dlm peraduan PapaMama Romantik yg dianjurkan oleh majalah PA&Ma.Pd yg bertanya saper photographer yg bertanggungjawab mengambil picture yg cantik2 ni xlain x bukan is our editor Liza Fitri


skali lg tahniah diucapkn pd Eqa and huby and tq pd Liza Fitri for the beautiful picture ^___^ 








p/s : thx to ena utk pic ni