Thursday, July 28, 2011

Selamat Datang Ramadhan

Assalamualaikum...
Ramadhan akan tiba dalam beberapa hari saja lagi. Insyaallah jika masih dipanjangkan umur,maka dapatla kita bersama merasai nikmatnya ramadhan yg penuh barakah. Ada antara kita yg menyambut ramadhan ini tanpa suami disisi. Tiap dari kita sentiasa dapat berharap untuk bersama bersahur,berbuka dan menunaikan solat sunat tarawikh bersama suami tersayang. namun apakan daya suami jauh dilaut sana.Walaupun hati terasa sangat sedih,tapi percayala ramai lagi rakan senasib yg sentiasa menyokong kita. Kita tak bersendirian. Pada yg tinggal berdekatan, sesekali berbuka la bersama dan merapatkan silaturrahim antara kita.


Source: iluvislam

Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maka kembalilah mereka ibarat bayi yang baru lahir suci daripada segala dosa.
Kita digalakkan memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T serta banyakkan muhasabah diri. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W bermaksud;

"Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua Syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Penyeru pun menyeru: "Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! Dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! Dan (yang ikhlas) kerana Allah, akan dibebaskan daripada api Neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan." (Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Dikatakan Ramadhan ini bulan penyucian jiwa kerana pada bulan ini setiap umat manusia beragama Islam akan sebolehnya mengubah tabiat dan perangai. Pada bulan ini setiap daripada kita sedaya upaya melakukan perubahan diri berbanding pada bulan-bulan sebelumnya.

Segala benda dan perbuatan ini hanya boleh dilakukan dengan adanya rasa keimanan dalam jiwa. Menurut penceramah bebas, Ustaz Hazlin Baharin, Ramadan itu dikatakan sebagai bulan penyucian jiwa kerana ia dapat membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada sebarang kerosakan dan gangguan syaitan.

Tetapkan Taqwa
Ramadhan juga merupakan masa terbaik untuk menyucikan jiwa kerana orang yang berpuasa perlu menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau sekurang-kurangnya yang boleh mencacatkan puasa. Justeru, segala tabiat buruk sebelum ini perlu ditinggalkan.
Apabila cabaran utama yang hadir dalam diri ini mampu diatasi oleh manusia itu bermakna mereka telah berjaya melawan godaan nafsu Syaitan yang mahu merosakkan jiwa mereka. Maka sebahagian daripada penyucian jiwa telah berjaya dilepasi. Tambah Ustaz Hazlin lagi, sekiranya halangan ini mampu dilepasi, maka mereka telah tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar dan secara langsungnya ini telah dapat menyucikan hati daripada melakukan perbuatan maksiat.


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَتَّقُواْ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّكُمۡ فُرۡقَانً۬ا وَيُكَفِّرۡ عَنڪُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ ذُو ٱلۡفَضۡلِ ٱلۡعَظِيمِ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar
[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]


Salam Ramadhan dari saya,bersama kita memperbanyakkan amal ibadat kita. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg rugi. Insyaallah.

posted by liza

Tuesday, July 26, 2011

The Vanished

I found this video at youtube. It is very interesting video showing the problem UK will face if there are no seafarers and ships.There will be problem in supply of food,fuel and many more. This video is by seafarers Uk for Seafarers Awareness Week(6-12 June)..

Negara kita pun bergantung pada pelaut dalam memenuhi keperluan kita seharian. Dont take them for granted. Appreciated them. To seafarers family, support out seafrers and proud of them.

news

Pejabat MISC Chennai fokus cari pekerja maritim

16/07/2011 4:29pm

CHENNAI 16 Julai - MISC Berhad, syarikat perkapalan terkemuka dunia telah ‘berlabuh’ di bandar bahagian India Selatan, untuk mencari pekerja maritim berkemahiran di India.

India, pada masa ini telah membekalkan hampir lapan peratus pelaut untuk industri maritim dunia atau kira-kira 100,000 warga India bekerja di kapal pedagang antarabangsa.
"Pada masa ini, kami mempunyai lebih 8,000 pekerja profesional laut yang 25 peratus daripadanya terdiri daripada warga India sementara yang lain ialah warga Malaysia, Filipina dan lain-lain," kata Kapten Rajalingam Subramaniam, Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Kapal MISC dalam satu kenyataan.
Pada 11 Julai, konglomerat perkapalan itu telah membuka pejabatnya di India, yang lainnya di Mumbai dan New Delhi.

"Jelas sekali, banyak peluang untuk pelaut baharu dan berpengalaman boleh berkembang dan memajukan profesional masing-masing di MISC," tambah Rajalingam.
Pejabat Chennai dikendalikan oleh kerjasama tiga hala antara MISC, MISC Agencies India Pte Ltd dan AET Shipmanagement (India) Pte Ltd.Pejabat ketiga di Chennai dijangka dapat merancakkan perniagaan perkapalan MISC di India dan turut bertindak sebgai pusat pengambilan pekerja maritim, tambah kenyataan itu. - Bernama

Saturday, July 23, 2011

Penjelasan.

Assalamualaikum...
Pertama sekali maafkan saya kerana terpaksa menutup blog geng kapal selama 2 hari.Ini kerana saya perlu selesaikan beberapa isu yg berkait dengan entry saya sebelum ni.Disebabkan feed back yg saya terima ada yg positive dan negative jadi saya mengambil keputusan untuk remove post sebelum ni..pada yg sempat baca dan memberi komen saya ucapkan terima kasih..saya amat hargai semua komen2 anda dalam membentuk blog geng kapal yg lebih baik.

Disini saya ingin jelaskan tentang sesuatu..

1. Niat saya membuat isu berkenaan 'kesetiaan' itu adalah untuk memperingatkan semua rakan2 yg senasib dengan saya tentang realiti yg agak pahit kita terima tapi perkara tu memang terjadi.Tiada langsung niat saya untuk menimbulkan fitnah dan menjatuhkan martabat seafarers dan keluarga.

2. Saya tidak sewenangnya mengambil sahaja komen puan anon yg sesetengah kata tidak diketahui siapa dan membuat post tanpa bukti2 lain..cuba tanya suami masing2 berkenaan hal ini..is it really happen??apa kata mereka???ada yg PM saya dan menceritakan pengalaman mereka.kita tak sangka pun menda ni terjadi dikalangan rakan2 yg kita kenal. Pada rakan2 yg pernah naik kapal ikut suami..apa yg kengkawan nampak?ada tak menda2 camni jadi kat kapal??Kita semua kan bersama,jangan pejamkan mata dan membelakangkan rakan2 yg mengalami pengalaman pahit ni. kita kena support mereka dan pada masa yg sama berusaha dan berdoa semoga keluarga kita dilindungi Allah dari perkara sebegini.

3. Janganla jadikan isu ini untuk mula meragui suami dan pasangan masing2...mungkin hanya segelintir yg membuat onar..bak kata 'bebehku' yg sudi memberi komen pada saya ..kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..Ramai lagi suami yg setia dan sayangkan isteri masing2.Berbincangla dari hati ke hati dengan suami..ingatkan mereka kasih sayang kita..Insyaallah Allah lindungi kita.

4. Saya pun risau bila menda2 camni jadi..bila saya tau pasal isu ni..saya tanya suami saya..dia kata memang jadi..ada yg lagi teruk cuma dia tak nak cerita kat saya kerana takut saya risau. Jadi saya mengambil keputusan untuk berkongsi dengan semua ..mungkin cara saya salah dan drastik.Maafkan saya. Lepas ni saya akan lebih berhati2 dalam mengutarakan isu2 di blog ni.

Saya harap semua jelas dengan hal ini..harapnya tiada lagi isu berbangkit..Doa saya pada semua semoga kita sentiasa berbahagia bersama yg tersayang.Insyaallah.amin.

posted by liza