Wednesday, February 29, 2012

kenapa pakwe dia selalu boleh call tapi pakwe aku tak boleh....

Assalamualaikum..rindu sangat kat blog ni.Sorry yer lama saya tak update n terima kasih pada kengkawan yg sudi menyinggah blog ni saban hari.Dah lama sebenarnya nak bebel2 pasal tajuk ni tapi asyik duk tunggu mood jer alih2 berkurun2 blog ni terbiar.

Dalam 2 tahun lepas,ada seorg adik kita ni luahkan pada saya..masa tu dia masih bergelar awek pada sorg pelaut ni. Alhamdulillah sekarang dah selamat bergelar isteri.Doa akak moga kekal hingga ke syurga yer dik.Adik kita ni beritahu saya.Pakwe dia selalu tak call dia.Kekadang punyala lama sampai dia dah rasa tak best and fikir bukan2. Dia sedih la gak bila tgk another friend of her,pasangan dia selalu call..Masa tu dia luahkan pada saya sebab suami saya ni sama la peel  dengan pakwe dia.


Masa saya bercinta dulu,pakwe saya cuma call saya sebulan sekali jer.Masa tu tipu la kalau saya cakap saya tak harapkan dia selalu call sedangkan saya tahu plak ada kawan saya ni walaupun pakwe dia belayar mesti akan call dia paling kurang 3 hari sekali..memang saya akan bebel2 n kata tak puas hati and bila dah lama sangat dia tak call saya akan fikir bukan2 n rasa dia ada pompuan lain. Bila saya luahkan pada pakwe saya mesti dia marah n kata dia sibuk n takder masa or duit tuk call saya..Bila kami dah tunang lagila jarang dia call saya sampai 2 bulan sekali baru call.Alasan dia sebab nak jimat duit.dahla masa tu dia belayar sampai 8 bulan.Tapi saya tetap sabar. Then bila dah kawen n disebabkan saya pregnant lepas tu,hubby saya pun kerapla sket call saya..2 minggu sekali..hehehehe...itu kira kerap la tu bagi dia:))..

Bila kita dah ada group ni n tiap sorang duk cerita pasal pasangan masing2, kita akan compare. Contoh ada antara kawan kita ni hubby dia email dia banyak kali dalam sehari n tiap2 hari akan call dari kapal. Tapi hubby saya kalau kat port lagila jarang dia call n email tu dua hari sekali jer n kalau rajin sekali sehari. Kita kena sedar tak semua pasangan kita sama.Ada yg sentiasa nak pampered kita n nak dengar citer kita tapi ada gak yg kalau dah penat keja dia akan choose tuk rehat n tidur tapi bila dia dah tak sibuk n rasa relax dia akan call kita.

Memang tak dinafikan bila dah lama sangat tak dgr khabar, kita akan fikir bukan2 esp kalau time tu ada coverage tapi takder gak panggilan dari dia..Pada yg dah lama kawen mungkin dah masak dengan peel pasangan masing2 tapi pada adik2 yg masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan pelaut ni Nasihat akak yg penting komunikasi.luahkan rasa pada sidia dan cuba saling memahami.Jangan sesekali compare dengan org lain. Bila kat port ni walaupun ada coverage,pelaut ni akan sibuk dengan keja diorg n mmg kekadang takder masa nak call or sms n kalau nak call dari kapal kosnya agak tinggi.Menda2 camni kita kena tahu so takder salah faham.

Okla cukup la saya bebel2..mengalahkan kaunselor plak.Mana yg baik kita jadikan tauladan n mana yg tak baik kita sesama jauhkan yer...Esok insyaallah akan ke KPJ seremban untuk melawat anak Shasha yg sakit.Sesama kita doakan moga anak sha segera sembuh.Amin.

***All pic from google

-Posted by Liza -

Sunday, January 15, 2012

oh Bulan...

Assalamualaikum...alahai lamanya saya tak update blog ni..lately saya agak sibuk dengan pelbagai aktiviti personal sampai blog geng kapal n blog sendiri pun terabai..Last week masa perjalanan saya balik dari kelantan ke Senawang, masa tu bulan mengambang penuh n langit penuh ditaburi bintang. Terpesona saya seketika.Subhanallah,indahnya ciptaanMu Ya Allah.Mata yg dah agak penat sebab drive jauh pun segar bila tgk bulan tu.

Teringat dulu masa saya awal2 bercinta dengan abang kapal saya.Saya akan tengok bulan malam2 dan saya fikir mesti abang kapal saya pun tengok bulan yg sama. Walau kat mana pun sidia masa tu,bulan akan menghubungkan kami.Saya rasa dekat sangat dengan dia walaupun dia jauh beribu batu.Begitula bermaknanya bulan pada saya. Pernah sekali saya bgtau kengkawan saya tentang perasaan saya tentang bulan,sekali kawan saya kata saya minah jiwang..hehehe..mungkin mereka tidak faham.Jadi saya diamkan saja.Bila saya dah kenal geng2 kapal yg lain, rupanya kita semua menpunyai peel yg sama..bulan la penghubung kita.Hanya yg mengalami seperti kita yg memahami perasaan tu. Kak shidah yg pada masa tu bersama saya balik ke senawang pun berkongsi la kisah dia. Suami dia pernah call kul 3am tuk minta kak shidah keluar rumah n tengok bulan. Pelik mak kak shidah bila anak dia dengan selamba keluar rumah memalam buta semata2 tuk tengok bulan. Kata kak shidah,dia rasa dekat dgn suami dia masa tu.Sebab sambil borak,mata mereka terarah pada satu ciptaan Allah yg sama. Oh sungguh indah perasaan itu.

pic from google
Biarla Bulan menjadi pengubat rindu kita dan doa2 kita mengiringi si Dia yg jauh.Ada rezeki insyaallah kita bertemu lagi.

Posted by Hasliza

Sunday, October 23, 2011

Kunjungan PGK ke rumah Erin

Assalamualaikum..
Alhamdulillah semalam saya dan beberapa lagi rakan PGK telah berkunjung ke rumah erin tuk menghulurkan sedikit sumbangan yg berjaya kami kumpul untuk erin dan mia. Terima kasih diucapkan pada semua yg sudi menyumbang. Hanya Allah dapat mebalas jasa baik kengkawan semua.

Bila saya tengok jer muka erin masa mula2 sampai tu.Hati saya dah sebak. Aduhai, sedih melihatkan wajah erin yg sugul namun tetap mencuba untuk tabah menghadapi dugaan Allah ini. Erin dan mak mentua erin tabah menceritakan kisah sebenar yg terjadi. Semuanya berlaku begitu pantas dan terjadi betul2 didepan rumah. Kesan darah pun masih kelihatan. Erin sampai ke semalam masih belum mampu untuk kedepan pagar kerana masih terbayang keadaan arwah yg berlumuran darah disitu. Kami yg mendengar dan melihat erin & damia masing2 mengalirkan air mata. Tak terbayang kami semua apa yg erin tanggung saat itu. Doa kami semoga Allah kuatkan hati erin dan damia serta mempermudahkan segala urusan mereka di masa hadapan. Semoga Allah menempatkan arwah Nor Azmi dikalangan orang yg beriman. Amin.

disini saya sertakan kata pesanan Kak Azie di wall PGK

Erin,
Kami semua tetap dibelakang erin. Kami akan sentiasa menyokong dan membantu apa yg termampu. Erin dan Damia tidak sendirian. Walaupun baru semalam kita dapat bersua muka namun ikatan persahabatan yg terjalin sungguh erat. erin tetap ahli keluarga PGK.
erin dan mia

mak arwah yg tabah menceritakan semua yg terjadi
 
kami

semoga Mia membesar menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat.Papa mia tunggu mia di syurga yer sayang.
Kita yg masih Allah berikan kesempatan untuk masih bersama suami harus menghargai tiap masa bersama si dia. Pohon ampunla atas segala salah dan silap kita sentiasa. Sesungguhnya ajal dan maut semuanya di tangan Allah.Kita hanya mampu merancang dan bertawakal atas segalanya. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah S.W.T. Insyaallah.Amin

-Posted by Hasliza-

Thursday, October 20, 2011

Al-Fatihah Buat Arwah Nor Azmi Othman DNS 05

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni kita semua dikhabarkan dengan berita pemergian Azmi. Pemergian arwah amat mengejut.Khabarnya kerana accident. Saya berdoa semoga isteri arwah erine, anak kecilnya  Mia dan family yg lain tabah dengan dugaan Allah ini.Sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah. Sedih sangat saya dan ahli2 PGK yg lain apabila mengetahu hal ini. Tak terbayang bagaimana perasaan erin.Moga Allah memberikan erin kekuatan untuk tabah mengharungi hidup demi Mia yg masih terlalu kecil untuk mengenal erti kehilangan ini.

Marila kita bersama sedekahkan alfatihah dan Yasin untuk arwah Azmi. Semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang beriman.Amin.


-posted by Hasliza-