Assalamualaikum..
Tetiba ada mood plak nak update tengah2 malam ni..mulanya ingat nak join jer anak tido tapi dalam kepala duk fikir tuk update pasal something malam ni.Sebelum saya teruskan,kat sini saya nak minta maaf kalau apa yg bakal saya utarakan kat sini ada menyinggung mana2 pihak. Ini cuma luahan dari hati saya.Mulanya saya ingat nak selitkan sekali pendapat beberapa individu dalam post ni tapi last2 decided not to.
Sebagaimana yg kita tahu dalam FB ada beberapa group yg bertujuan untuk dijadikan tempat pasangan pelaut dapat meluahkan rasa,berkongsi cerita dan saling menyokong antara satu sama lain. Melalui group2 ni la kenalan kita yg senasib ni semakin ramai.Saya kenal ramai kawan yg baik dengan saya melalui group ni.saya bersyukur sangat. Banyak kebaikan yg kita dapat kan.Kalau dulu kita takder pun kawan2 yg senasib tapi sekarang ni hampir setiap negeri kita dah ada kawan.
Setiap group mempunyai keistimewaan masing2. Ada yg ahli2nya terdiri dari isteri/,tunang/gf and ada juga yg dikhaskan untuk isteri2. Mungkin menjadi persoalan kenapa perlu banyak Group kalau niatnya satu iaitu untuk kita semua bersatu??
Bagi saya sebenarnya tak salah kalau banyak group ni.Setiap creator group mempunyai ideologinya yg tersendiri. Dia mahukan apa yg terbaik untuk diri dia dan ahli2. Tak semua dari kita sama kan. Contohnya ada org suka duduk rumah atas tanah tapi ada gak yg memilih tuk duduk kondo/apartment.Masing2 ada citarasa.
Macam tu gak la dalam group. Kalau kita rasa sesuatu group tu tak sesuai dengan kita,jadi kita pilihla untuk aktif dan sayang group yg lagi satu. Tapi itu tak bermaksud group yg tak sesuai dengan kita tu tak bagus. Ada lagi org lain yg suka group itu,sayangkan group dia sama mcm kita sayang group kita. Ada juga yg suka lebih dari satu group.Janganla kita saling menuduh bukan2 diantara satu sama lain sebabnya jika berlaku sebarang salah faham bukan kita jer yg merasa tempiasnya tapi suami yg tak tau apa2 tapi bertugas sekali di laut sana plak yg rasa tak best..Semua group sama jer dengan satu niat untuk menyatukan kita.Bak kata org,cubit peha kanan..peha kiri pun terasa.
Kata suami saya kalau hal2 tak best jadi bila isteri2 ada group baikla saya jangan join sbb dia tak nak saya malukan dia.Apa pun kita kena jaga maruah suami. Sebab dia la kita ada peluang join group2 ni semua. Sekali lagi saya mohon kemaafan kalau ada silap saya disini.Saya pun ada kelemahan. tak semua yg saya buat betul. Jadi sesama la kita saling memperbaiki diri kita untuk kepentingan komuniti kita gak. Diharap segala yg keruh kita jernihkan yer.:))Insyaallah. Semoga Allah mempermudahkan semua. Amin
Take care semua.
**pic from google
Posted by Liza
Good Entry kak liza...
ReplyDeletekak liza : good entry..best 1...
ReplyDeleteSetuju ngan kak Liza..kita semua harus bersatu n saling menyokong antara satu dgn lain..baru kita happy :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...syukur adanya komuniti kita ini walaupun msih kecil tp amat brbaloi baloi.dlm erti kata lain kita happy sejak adanya group group ini.
ReplyDeleteYg berat sama dipikul yg ringan sama dijinjing..insyaAllah.t ksih byk byk liza atas entry ini.akk suka!