Hari ni saya bangun pagi fikirkan arini hari sabtu..hehehe,mentang2 tak keja and anak pun tak sekolah lagi, tiap2 hari ingat weekand.Semalam saya susah sikit nak tido sebab sebelum tido saya baca email dari suami. Terus rasa sesak nafas ingatkan dia. Masa tu pulak anak dah tido. Bila saya tgk bilik kami n barang2 suami, serius memang rindu tu datang tiba2 sampai nak bernafas pun susah. Saya rasa rimas dalam bilik tu. Saya nak peluk suami saya time tu jugak.. tapi kepala saya cakap walau camner pun saya nak jumpa suami saat tu,takder apa pun boleh saya buat sebab suami kat tengah2 laut. Apa yg boleh saya buat ialah istighfar dan tenangkan hati serta cuba lelapkan mata.
Sengsaranya bila kita merindu kan. Kalau seharian kita sentiasa sibuk dengan aktiviti kita tetapi dikala malam dan keadaan sunyi,perasaan rindu akan menjengah kita. Walaupun rindu itu memeritkan namun ada masanya rindu itu sangat indah. Saya terperasan ada kawan kita Teja post di wall persatuan pasal rindu ni..
kita tengok apa jadi bila isteri2 pelaut ni merindu....
saya kalau rindu mesti teringatkan lagu ni.Dari zaman bercinta sampaila sekarang inilah lagu rindu saya.Dengar jer lagu ni mesti tak sedar air mata menitis. Hayatila liriknya.
Ruffedge - Bila Rindu Lyrics
Dikeheningan malam,
Termenung ku berseorang
Tak lena mata dipejam
Terdengar suara terngiang
Suara merdu yg disayang
Bagai kau didepan mata
Ku capai tapi tak kena
Sukarnya memendam rasa
Ingin ku luahkan kata
Korus:
Bila rindu,
Terkenang mu sayang, terasa sayu,
Syahdunya jiwa ku bila malam makin kelam,
Jauh terbang diri ku melayang,
Aku rindu,
Sentuhan mu, ku rasa sayu,
Inginkan jiwa mu selubungi jiwa ini,
Bawa ku dalam pelangi,
Melepasi batas diri ini.
Jauh angan ku lena
Kurasa kita bersama
Kau bawa daku kesana
Ke alam kisah yang lama
Kenangan didalam jiwa
Bila tersedar semula
Disisiku kau tiada
Sukarnya ku pendam rasa
Inginku luahkan semua
*ulang Korus
Sesungguhnya kita mestilah
Wujudkan sefahaman dan hormat menghormati
Ikhlas kasih
Sabar insyAllah kita akan
Bertemu semula
Aura yang memecah semesta
Menyampaikan pesan kesunyian dikala sendirian
Kesepian menyelubungi hari-hariku
Disajikan dalam doa-doa rindu
Yang menanti kau datang dan pergi
Seperti mimpi-mimpiku fantasiku
Bukan dongeng lagi yang sayup kedengaran
Disisi cuping di setiap corong
Lorong yang lohong
Benar ku tak bohong
Bila hati menyanyi
*ulang Korus