Thursday, June 23, 2011

International Seafarer Family Convention 4-5 August 2011

Assalamualaikum...
tadi masa saya duk belek2 Fb then saya jengukla wall geng kapal..terjumpa satu post dari encik Haris ni..terus saya ke website ISFC. terima kasih yer en.haris for sharing.
wah..ada convention pasal family seafarers..bila saya tgk schedule convention saya sangat tertarik..dahla baru pertama kali diadakan..dengan bertemakan  “The Bonds of Families, the Success of the World"..kita dah dapat tau apa tujuan convention ni.Bukan setakat fokus pada seafarers tapi family juga.ini saya copy paste dari website

The International Seafarer Family Convention (ISFC), which will commence on August 4-5, 2011 at the Philippine International Convention Center, is the first gathering of seafarer-families that intends to strengthen the ties of every member of the household while the seafarer fathers (or mothers) are pursuing the realization of their aspirations in life.

It is our modest objective to promote the upliftment of the quality of life, bonds and relationships of seafarers.  It is our intention to inspire and motivate seafarers of their moral, spiritual, and emotional being while instilling family values.

This Convention is a tribute for the contributions and support of the families to their seafarer-husbands and/or seafarer-sons or daughters who have put the Philippines into the map of maritime world. Hence, the Convention will pave the way to discovering the success stories behind every seafarer family.

Menarik kan..kalau kengkawan berminat nak join tak silap saya boleh register online...boleh refer official website n register kat situ.bestnya kalau ada buat kat negara kita kan...conform kita2 semua pergi. Topik2 yg dibincangkan oleh speaker sangat menarik.antaranya:
  1. The Challenges in Today's Maritime Education and Training
  2. Security for the Future of a Seafarers and their families
  3. Unique Situation of a Seafarer Family
  4. Values which make the Seafarer Family Successful
  5. Keeping Relationship Sexy and Healthy
Bila saya baca2 topik2 ni..seriously i want to be there..tapi conform2 la tak boleh kan..dahla hubby tak balik lagi ni...bulan posa plak tu time tu...kalau sesapa pergi..please2 do let me know the outcome.

okla dah lewat ni..pada kengkawan semua..pastikan rumah semua dah dikunci...Gud nite..

posted by Hasliza

Tuesday, June 21, 2011

Photoscape...

Sebelum ni saya edit pic2 saya guna picasa jer..niat hati nak belajar photoshop tapi susahla..malas nak explore sesorg...ada sesapa tak boleh ajar saya...??btw,kat sini saya nak share..saya download satu software ni..nama dia Photoscape..saya lupa dah link yg saya download.pada org macam saya yg suka amik gambar n edit2 n tak mo pening2..bolehla cuba guna photoscape..download it for free..google jer..user friendly n sangat senang nak guna asalkan rajin la nak explore function2 dia..

ini contoh2 yg saya guna Photoscape..


kengkawan mungkin lagi kreatif dari saya..lets express those special moment with love ones in creative ways.:)

Saturday, June 18, 2011

SEGMENT DIY : Cara-cara tukar tayar pancit

Assalamualaikum...Sorry la banyak hari plak tak update blog.Aduhai penat sangat n masa fully occupied. Alhamdulillah skrg ni dah selamat balik ke Senawang. Seronoknya bila dah balik rumah.HOME SWEET HOME.

ok nak citer pasal segment DIY ni..kita ni kan selalu la sangat ada masalah2 kat rumah/keta contohnya kepala paip rosak la, tayar pancit, tombol pintu rosak la..macam2 masalah..Kekadang2 menda ni buat kita pening memikirkan cara2 nak atasi or hadapi sendirian. Kalau hubby kat rumah,bolehla hubby yg buat kan.

JAdi kat sini saya akan share satu2 masalah yg boleh kita DIY jer tanpa perlu pening2 or kena upah org..kita kan superwoman. Kali ni kita share cara2 nak tukar tayar yg pancit. Ada tips n step by step yg mudah jer tuk kita buat.Ini copy paste dari blog MAMAWAFIY




pic from google

 1. Kalau tgh drive keta rasa gegar2..or kalau lebih teruk tayar pecah tiba2..JANGAN PANIK..pegang stereng kemas2 n drive ke bahu jalan. Matikan engine n  hidupkan Hazard Light. Jangan lupa letakkan segitiga or kon kat belakang keta tuk alert pemandu lain.

2. Keluarkan Tayar spare dan peralatan lain untuk tukar tayar. Korang jangan lupa..sentiasa check angin tayar spare.Penah jadi kat my bro..tayar pecah.nak tukar tayar tapi angin tayar spare takder.

3. Letakkan JACK kat bawah keta. Kengkawan carik bahagian keras kat keta yg biasanya bentuk lekuk 2 mcm dlm gambar..

pic from HERE


pic from HERE

4. Untuk yg ada wheel cap tu..korg bukak dulu..cungkil la dgn apa2..

5. Longgarkan skru kat tayar2 tu,,kalau ketat..pijak2 sket bg loose.


pic from HERE

6. Lepas semua dah loose...barula naikkan keta dgn JACK. naikkan sampai tayar yg pancit terangkat dari tanah.

7. Bukak semua screw..Cabut tayar yg pancit. N my hubby selalu kata.Letak tayar yg pancit tu kat bawah keta. Sebagai langkat  keselamatan sekiranya tetiba jack rosak or tertendang keluar n keta jatuh. Tak tau la tips ni betul ke tak.

8. Masukkan tayar spare.

9. Pasang balik skru2. Jangan ketatkan lagi..ketat sikit2 jer..aku dapat dari SINI, katanya Proses untuk ketatkan skru ni boleh buat jack kita tertendang keluar dari tempatnya. Bahaya!

10. Turunkan kereta.

11. Ketatkan semua skru tadi. Kasi pijak n henyak2 bagi ketat.

12. SImpan semua peralatan korg tadi.

13. You are ready to go. Tapi ingat Tayar spare takleh bawak laju2 tau..BAHAYA. Segerala ke kedai tayar untuk tampal or tukar tayar baru yer.
Hopefully kalaula ALLAH nak duga n menda ni terjadi kat kita..dapatla kita tukar tayar dgn jayanya yer:) . Kalau ada yg salah dalam cara saya ni, betulkan yer.Have a nive weekand everyone.

Posted by Hasliza

Tuesday, June 14, 2011

Sebuah lagi Kapal pengiring di Teluk Aden

Assalamualaikum..
Semestinya ramai antara kita tahu yg semua kapal MISC yg melalui Teluk Aden akan diiringi oleh BM5 dan PASKAL. Alhamdulillah dgn adanya iringan PASKAL ni..hati kami pasangan pelaut kat rumah ni rasa lega sikit walaupun tiap kali kapal suami melalui perairan Aden ni,doa kita tak pernah putus moga suami kita dan semua anak kapal dilindungi Allah sentiasa. Tragedi tahun 2008 ketika Melati 2 dan Melati 5 ditawan lanun  masih lagi tersemat di ingatan kita. Takkan sekali kita lupakan kejadian yg membuatkan semua keluarga pelaut merasa gentar dengan ancaman lanun.

Dengan adanya OPS FAJAR dari Angkatan TLDM, kapal Malaysia Bunga Laurel telah berjaya diselamatkan dari tawanan lanun pada Januari lepas. Leganya hati saya masa ketika mendengar khabar tersebut. Maka terbuktila keberkesanan OPS FAJAR ini. Untuk pengetahun kengkawan, kesemua krew kapal Auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas Lima (BM5) yg terlibat untuk membebaskan 23 krew kapal MT Bunga Laurel serta memberkas tujuh lanun warga Somalia yang menawan kapal dagang itu telah diberi anugerah istana oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Mac lepas. Ini adalah tanda penghargaan kepada keberanian mereka. (sumber dari SINI )

BM5 escort kapal2 Malaysia
*pic from HERE

BTW,back kepada tajuk asal..saya terjumpa satu news kat Utusan Malaysia Pada Bulan Mac lepas yg
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ada mencadangkan kepada MISC untuk menambah sebuah lagi kapal pengiring bagi mempertingkatkan keberkesanan OPS FAJAR.

"Kita telah suarakan cadangan kepada MISC dan saya difahamkan MISC akan beri perhatian atas cadangan ini.
“Adalah wajar untuk satu lagi kapal disediakan supaya ia akan lebih melancarkan pergerakan dan TLDM berpendapat sekiranya dilaksanakan ia memberi peluang pulangan komersial yang terbaik bagi MISC dan negara,” katanya selepas Majlis Perjumpaan anggota Ops Fajar Ke-8 bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di KD Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini. – Bernama
(Sumber dari SINI)

Personally semestinya saya menyokong cadangan ini.Semoga MISC akan bersedia untuk menambah sebuah lagi kapal.Cuma saya terfikir,  
ADAKAH OPS FAJAR INI HANYA MELINDUNGI KAPAL MISC SAHAJA??KAPAL MALAYSIA YG LAIN??
Kesian la kan pada kapal2 mesia yg lain. Tapi berdasarkan yg saya baca di Blog Through The Waves ..ini yg dinyatakan penulis:

"OPS Fajar adalah utk kapal2 dagang yg didaftarkan di Malaysia yg membawa komoditi negara dan juga kapal2 dagang milik syarikat negara yg x didaftarkan di Malaysia tetapi membawa komoditi negara...keyword disini adalah komoditi.. apa yg jadi sekarang adalah...nampak macam monopoli escort ni tertumpu kepada MISC sbb kapal2 kompeni ni je yg selalu menggunakan Gulf of Aden utk ke Eropah dan Timur Jauh vice versa...melalui terusan Suez..."
* detail Click SINI


Susulan dari tajuk ini, saya akan berkongsi apa yg diluahkan oleh salah seorg isteri pelaut yg suaminya telah ditawan lanun pada tahun 2008 yg lepas. Kita selami pengalaman isteri yg tabah dan redha dengan dugaan Allah ini.Insyaallah.