Sunday, May 29, 2011

Objektif dan Editor

Assalamualaikum..
Sekarang ni saya agak kebuntuan idea dan tidak berkesempatan tuk mencoret isu apa dalam blog geng kapal ni..Jadi setelah difikirkan,saya rasa adalah baik jika terdapat 2 org lagi editor/author yg boleh turut sama menyumbang idea2 yg berinfomasi untuk kita semua.Salah seorg ialah kak Azimah Azri yg dari sebelum ni sentiasa membantu saya dalam memberikan idea2 yg bernas.Saya masih mencari seorg lagi..sesiapa berminat..bolehla email kat bloggengkapal@gmail.com or can contact me kat FB: liza fitri.

Saya nak share kat sini apa sebenarnya objektif utama blog ni.

Disini kita akan berkongsi tentang:
  • Kisah2 tentang cabaran atau dugaan yg dihadapi setiap pasangan Seafarers.
  • Percutian keluarga, dekorasi rumah dan anak2.
  • Semua perkara berkaitan dengan seafarers. Samada dari luahan hati hinggala ke bidang kerjaya.
  • Perkara yg berkaitan dengan kapal, syarikat perkapalan,perlabuhan dan pelbagai lagi.
  • Aktiviti2 dan Isu2 berkaitan persatuan GENG KAPAL
Seri Angkasa -pic from website MISC
Harapan saya semoga blog ini akan jadi satu sumber yg berinfomasi yang dapat menghubungkan kita semua diantara satu sama lain. Insyaallah. Sebarang idea menarik yg boleh menambahbaikan blog ini adalah amat dialu-alukan. Sebarang cadangan boleh dikemukakan di ruangan komen atau boleh juga email pada saya bloggengkapal@gmail.com.

Terima kasih.

-Liza-

Friday, May 27, 2011

Wajah baru

Perasan tak wajah baru Blog Geng Kapal ni??Cantik tak? to me its nice,simple dan kena dengan citarasa tuan punya blog..Siap ada anchor lagi..sesuai dgn imej GENG KAPAL.mmg cun.

Terima Kasih pada cik Nur Intan yg sudi makeover blog ni..Mula2 berminat nak mintak tolong intan untuk buatkan banner tuk geng kapal so kengkawan geng kapal boleh paste kat sidebar blog masing2..alih2 intan tawarkan diri tuk sponsor makeover blog yg sebelum ni tangkap muat jer..hehehee..

Jadi kalau berminat untuk edit blog kengkawan,sila ke BLOG intan or u can email her at intanurulfateha@gmail.com untuk details.ok..

Tuesday, May 24, 2011

Ship Dictionary Part 2

Kita continue lagi dictionary kita dgn new term ok..ini yg dikongsi oleh Chief Mate Asrul Ridhuan (hubby Pn.Eqa),kak azimah dan kengkawan di ruangan komen sebelum ni..

Bunga Laurel - Pic credit to Kak zurina

1.Bunker - isi minyak

2. Fullaway - kapal start jalan laju g next port

3. Maneuvering - kapal dah sampai port tapi ada pilot stby nak
                            alongside


4. Rolling - kpl goyang kiri kanan

5. Pitching - kpl goyang depan blkng

 
6. ETA - estimated time of arrival

7. ETD - estimated time of departure


8. ETB- estimated time of berthing

9. Bridgeanjungan



10. Galley - dapur


11. Deck - geladak


Ok.want to share more term..please share kat area comment ok..TQ..
Happy Learning.

Dari Hati Seorang Lelaki - Chief Mate Mohamad Fitri

Assalamualaikum…sebelum ni dah 2 org seafarers di interbiu untuk segmen ni.Tapi rasanya kali ni,tiba giliran suami saya pula yer. Suami bertugas dengan syarikat perkapalan ORKIM buat masa sekarang. Bila suami emailkan saya jawapan tuk soalan yg saya beri semalam..ada certain2 things yg saya rasa sweet n tak pernah dia luahkan sebelum ni. Betul la kan org kata seafarers ni muka legend tapi dalam hati ada taman…hehehe..Jom kita baca luahan hati my hubby yer.

 1. Apa perasaan setiap kali nak berangkat pg?bila tgk wajah isteri dan anak
Sedih dalam hati ni. Mana tak sedih kalau bila nak pegi tengok wajah isteri ngan anak. Nak2 bila anak dah pandai cakap. Tapi apa nak buat kalau dah kat laut rezeki yang ada, buat masa sekarang

 2.  Dugaan paling besar sepanjang bergelar pelaut?
Macam-macam dugaan yang dah lalui, tapi setakat nih yang paling besar bila sengkek sangat duit sampai bebulan-bulan plak tuh. Ada hati risau dibuatnyer tang nak bayar hutang. 'Takder kapal' katanya...

3.Tiap kali teringatkan family di laut sana..apa yg dibuat?
Bila naik jer kapal terus print colour gambar bini ngan anak, mak n ayah. Kalau ada gambar terbaru, tuh yang jadik pilihan no.1. laminate n then tampal kat sebelah katil, buat pemujuk hati. Bila teringat orang kat rumah, gambar tuh yang jadik peneman selama nih. Tuh yang abis printer cartridge sebab kena 'getah' awal2...hahah..

4. Kenapa masih lagi nak belayar walaupun terpaksa berjauhan dgn keluarga?
Setakat nih jawapan paling tepat adalah mengejar cita2 and of course 'duit' lah. SPM dulu takderlaa pandai sangat tapi alhamdulillah dapat gak gaji more than expected selama nih. Satu lagik, inilah keje yang paling sesuai buat masa nih.Esok wafiy dah masuk darjah satu, nak kena duk darat dah..plan nyer macam gitulah yer...

5. selalu org duk kata menda negative jer pasal org kapal ni..kata kaki perempuan la..selalu buat menda tak elok atas kapal..minum arak..betul ker ada yg camni????or ini hanya org yg suka burukkan org kapal.
Tak dinafikan dulu-dulu tuh memang ada. Tapi I tak campur you...

 
6. Kita selalu tgk the tough side jadi seafarers..kena keja jauh...kena lalui lautan..mcm2 dugaan..tapi mesti ada gak yg seronoknya kan jadi org kapal..apa pengalaman paling best?
SATU - dapat pegi negara orang, banyak ler negara samapai dah tak bleh nak mention, termasuk singapore..heheh. lepas nih nak bawak (kena Psycho) bini pegi singapore
DUA - dapat balik raya tetiap tahun, best tul, balik time bulan puasa plak tuh, bebulu orang lain

7. Chief ada niat nak bawak wife naik kapal?
Niat kat hati nak bawak naik kapal, tapi tuhlaa, takder kapal yang tak cross aden, tahan mabuk ker? insyaallah masa jadik cmate kat MISC bawaklah kut?

8. pasal isteri pula..chief suka wife kerja or jadi housewife??since liza mmg housewife..naper chief prefer housewife?
Saya memang suka kalau bini duk umah jaga anak, nak pegi keja tuh keberatan sket, tapi ok jer, kalau wifey nak keja papa tak kisah (dulu), skang duk umah jerlah ek sayang....hehe
9.Bila dah jauh2 dari wife..ada tak perasaan jeles?
 Jeles tuh ader lah sket, tapi saya percaya ngan orang rumah.

10. Apa pesanan untuk isteri..dan isteri2 pelaut yg lain?
Tabahkan hati, kitorang nih keja siang malam untuk orang tersayang..tido pun siang malam tuh, kena jaga WORK / REST HOUR

11.pasal anak plak.. Pengalaman bila terpaksa berjauhan dari anak..terlepas untuk tgk diorg membesar depan mata..apa perasaan?apa yg selalu dibuat untuk bg anak rapat dgn papa walaupun jauh?
Kalau boleh tetiap hari dengar update darik bini cerita  telatah anak kita. itupun kalau boleh. At least luang kan masa bila kita balik nanti dengan anak...ngan bini pun kena luangkan masa gak kut??..hahah, No. 1 tuh.
12. ada pesanan atau nasihat or apa2 saja nak share...

PESANAN
Untuk 'mama', papa SAYANG mama seadanya dari dulu sampai sekarang, tak payah rasa rendah diri dengan semua kurniaan Allah terhadap kita. Tak der orang yang dapat tandingi pengorbadan 'mama' untuk papa selama ni..Saya cukup bangga bila dapat sebut HASLIZA adalah isteri saya

Terima  kasih Papa sudi berkongsi disini.Pada kengkawan semua,kita doakan yg terbaik untuk my hubby yer.Amin.