Wednesday, May 11, 2011

Semuanya Ok...Abang Jangan Risau..


Assalamualaikum kawan-kawan semua..
Saya tgk di ruangan komen pada entry saya sebelum ni mendapat sambutan sampai ada yg berbalas komen dan memberi  pendapat masing2.Seriously saya rasa walaupun kelihatan agak ‘panas' tapi sedikit sebanyak sesetengah pihak dapat meluahkan apa yg dipendam. Tiap dari kita ada mempunyai pendirian masing-masing dan kita akan cuba mempertahankan pendirian kita.Saya tidak menyokong mana2 pihak.Anda bebas untuk bersuara. Harapan saya jangan dijadikan ini sebagai landasan untuk bergaduh sesame sendiri tetapi lebih kepada membahaskan pendirian masing2. Jika anda rasa apa yg ditegur itu salah,teruskan laa dengan cara anda.Jika anda rasa apa yg ditegur itu betul,ambil ia sebagai panduan. Kita Hamba Allah yang tidak sempurna.Ada sahaja salah dan silap kita. Saya harap semua jelas dengan maksud saya ini.
Ok kita lupakan menda ni.Hari ni saya nak cerita berkenaan dengan cara saya dan saya rasa ramai lagi isteri  pelaut yg lain menghadapi hari tanpa yg tersayang dirumah. Rasanya semua dah tahu cabaran seorg isteri yg terpaksa mengalas tanggungjawab menguruskan keluarga bersendirian.Kita semua tahu betapa tabah dan kuatkan wanita2 berjiwa cekal ini. Saya respek pada rakan-rakan seperjuangan saya ini. Kita sesungguhnya wanita yg terpilih.
Tahukah pelaut2 semua yg kami isteri2 ini tiap kali dapat bercakap ditelefon dengan yg tersayang, kami cuba untuk tidak menyusahkan hati sang suami dilaut sana dengan masalah remeh dirumah walaupun dalam hati ni nak sangat berkongsi semua menda. Semua yg baik sahaja dikhabarkan.Jikalau ada masalah besar,walaupun kita mengadu namun kita cuba juga untuk nyatakan kita dapat urus semua itu.
Dikala diri rasa tidak sihat, seboleh mungkin kami cuba untuk tidak membuatkan yg tersayang risau disana.Cuba untuk memberitahu yg semuanya ok dan dapat kita handle walaupun mungkin disaat tu badan rasa lemah sangat untuk bangun dan menguruskan anak tapi hati lebih rasa susah kalau memikirkan sang suami yg mungkin tak senang duduk memikirkan kita.Tidak sampai rasa hati ini untuk meresahkan hati suami.
teringatkan saidiha yg retak tulang kaki. Dikala suaminya tak senang duduk dia kapal dan meluahkan rasa resah di FB kerana tidak dapat pulang, saya baca komen saidiha yg memujuk suaminya dan berkata jgn risaukan dia.Jika tidak dapat balik tak apa ada adik2 yg boleh tgkkan dia.-pic taken from blog saidiha
Dikala di tengah lautan,kita sabar menanti sang suami sampai di pelabuhan jadi kita dapat bersembang lama-lama ditelefon tapi dikala sudah sampai, adakalanya suami agak sibuk dengan bermacam urusan discharge,vetting n inspection la..kami isteri2 cuba faham dan tidak menyalahkan suami.Walaupun dalam hati mungkin rasa kecewa tapi kita tetap bersuara riang tiap kali dapat bersembang walaupun untuk beberapa minit cuma.
Tiap kali dikhabarkan yg sang suami akan pulang,girangnya rasa hati. Rasa ingin dikhabarkan satu kampung. Semua mahu kelihatan sempurna ketika menyambut suami. Untuk kelihatan hebat, Spa dikunjungi dan baju yg menarik dipakai disediakan. Rumah pula dikemas di segala segi. Masakan kegemaran suami dimasak istimewa. Semuanya mahu kelihatan sempurna.
wajah2 riang yg menanti yang tersayang di KLIA-pic taken from Fb kak Rafidah.
 Dan dikala menatap muka suami yg telah terpisah berbulan lamanya.Hanya Allah yg maha mengetahui betapa rasa kasih dan cintanya kami pada suami tersayang. Tangan disalami dan dikucup dengan penuh rasa hormat. Segala rasa susah selama ni terbang begitu saja. Itulah kami,isteri2 yg setia menanti kepulangan suami tercinta.
akhirnya si dia di depan mata.Syukur Alhamdulillah-pic taken from FB Mastika.

Saturday, May 7, 2011

Apa Tujuan Anda Join Geng Kapal????

Lama saya fikir sama ada nak buat entry pasal ni kat blog geng kapal ni.Saya takut ada yg akan salah faham niat saya sebenarnya.Pertama sekali saya mohon maaf kalau apa yg bakal saya taip nanti ada menguris perasaan sesiapa.Niat saya adalah untuk memperingatkan diri saya dan kengkawan yg lain.Langsung takder niat untuk menjatuhkan sesiapa atau menunding jari mencari salah org.


APA TUJUAN ANDA JOIN GENG KAPAL??
Bila saya tujukan soalan ni pada diri saya..ini yg saya rasa


"Saya mahukan sahabat yg sama memahami apa yg saya rasa. Yg boleh menguatkan semangat saya dikala saya sedih merindui yang tersayang. Yang akan memujuk saya dikala saya rasa sepi dan berkata "kami kan ada".. Yang tak akan kutuk saya dan kata padan muka kawen dgn org kapal,kan dah selalu kena tinggal. Yg boleh saya tanyakan dimana kapal suami saya dikala saya risau dah banyak hari dia takder khabar berita dan Yang dikala air mata saya tumpah ketika saya dan anak2 sakit tanpa yg tersayang disisi.dia datang menghulurkan bantuan"


Itulah tujuan saya join geng kapal. Saya mahukan sokongan kerana saya percaya hanya yang mengalami akan memahami..Apa tujuan kengkawan semua??adakah sama mcm saya????Kita percaya bila kita bersatu kita teguh dan bila kita bercerai kita mula roboh. 


Dari hanya satu Group di FB yg dicipta oleh Sofi, kita mula melangkah perlahan dan kini GENG KAPAL sudah mula dikenali oleh rakyat Malaysia. kita berjaya menjayakan GRAND GATHERING 2011 dan berjaya dipaparkan di dalam media cetak JELITA. Saya rasa ramai setuju kalau saya katakan kita bukan nak glamour tapi kita nak org tahu siapa kita supaya nasib kita sebagai pasangan pelaut dan pelaut itu sendiri lebih terbela. Biar org tahu apa cabaran kita. jangan main dengar cakap2 org yg langsung tak tahu apa situasi sebenar.


Dan sekarang ini kita mula mempunyai ahli2 jawatankuasa Persatuan Geng Kapal yg berusaha untuk menjayakan pelbagai lagi aktiviti2 geng kapal yg diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Alhamdulillah.Syabas saya ucapkan kepada presiden kak azie dan AJK2 yg lain.Yg sanggup mencurahkan tenaga dan idea untuk persatuan kita.


Tapi kenapa dalam kita baru mula nak bersatu..ada pertelingkahan yg berlaku dalam group diantara geng sendiri.Menda2 macam ni sedikit sebanyak akan menjejaskan kita.Kita baru nak berkembang.Janganla sampai nila yg setitik rosak susu sebelangga.Mmg betul kita takderlaa boleh serasi berkawan dengan semua org tapi janganlaa menjatuhkan org yg tidak kita suka.Jangan jadikan FB dan blog sebagai medium untuk menyalurkan rasa tak puas hati.Kita patut lebih matang.Saya bukanlaa nak kata yg saya ni bagus sangat sampai boleh tegur2 org kat sini.Tapi bagi saya jika dibiarkan,bertambah buruk jadinya.Nobody is perfect. Sesama kita memperingati sesama kita.Saling tegur menegur supaya geng kita lebih harmoni.Moga setiap salah faham dapat diselesaikan dengan baik.Doa saya semoga niat kita semua untuk melihat persatuan geng kapal lebih maju kedepan akan terlaksana dan ikatan silaturrahim yg terjalin akan kekal hingga akhir nanti.aminnn.

Friday, May 6, 2011

Safety Awareness-Tingkatkan keselamatan rumah anda

Assalamualaikum kengkawan semua..lamanya blog geng kapal ni tak berupdate.Sorry yer..saya tak berapa sihat lately.skrg ni baru beransur sembuh.Alhamdulillah.
Isu kali ni berkaitan dgn keselamatan rumah dan keluarga kita.Since wife2 seafarers ni kebanyakkannya tinggal dirumah dgn anak2 saja..Jadi sedikit sebanyak kita sentiasa rasa risau akan sebarang ancaman kepada keluarga kita.Kalau saya..bila hubby takder kat rumah,tido malam saya tak berapa lena.saya mesti bangun dan meninjau keadaan keliling rumah. Terutama sekali bila rumah jiran2 saya banyak yg sudah dipecah masuk.Hati mana yg tak risau.Kalau hubby ada baru laa saya rasa secure dan boleh tido lena.

Disini saya akan berkongsi satu kisah.Bukan niat untuk menakutkan kengkawan semua tapi niat saya untuk meningkatkan  kesedaran kita supaya tidak leka dgn aspek keselamatan rumah kita. Tapi kita kena ingat,walaupun kita sidah beringat dan berikhtiar,tapi jika sudah ditakdirkan Allah ingin menduga kita.Kita kena Redha dengan dugaan Allah ini.
Dulu kita dikhabarkan dgn berita rumah kak zurena zakaria yg telah dipecah masuk.Nasib baik semua ahli keluarga tiada dirumah. Biarlaa hilang harta..jangan apa2 jadi pada keluarga kita.betul tak kengkawan??
Baru2 ini saya dikejutkan pula dgn berita tak baik yg menimpa salah seorg dari kita iaitu kak ernie.Rumah Kak ernie telah dipecah masuk pada waktu malam ketika kak ernie,anak2 dan bibik sedang lena.Kejadian berlaku pada pukul 2:30pg. Menurut kak ernie,Bibik dia telah diikat. Tapi anak2 tidak dikacau dan dibiarkan tidur. 3 lelaki bersenjatakan parang telah masuk melalui sliding door.Bila saya tanya kak erni apa perasaan dia ketika kejadian..kata kak ernie
Masa tu takder perasaan langsung.Hanya fikir nak selamatkan anak2 jer.Anak2 la yg saya kena protect sebab perjalanan mereka masih panjang lagi.Jangan biar mereka membesar dengan pengalaman ngeri.
Nasihat kak ernie,
 Jangan panic walau berdepan dengan apa2 keadaan pun dan cuba fikir waras dan selamatkan yang penting dahulu.
Alhamdulillah kak ernie dan keluarga tidak diapa-apakan dan selamat.Syukur.Pada tanggapan saya mesti kak ernie akan trauma selepas apa yg terjadi terutama bila suami pula tidak dapat balik walaupun kak ernie telah ke Ofis untuk memohon suaminya pulang namun seperti biasa takder reliever.Mmg tak dapat balik. Saya kagum dengan ketabahan kak ernie bila kak ernie memberitahu saya
Trauma tidak sangat.Sebab kak ernie redha ini ujian Allah.Kita dah buat yg terbaik.Tapi kalau dah tertulis kena laa banyak bersabar.Setiap hari kita diduga.Supaya kita sedar walau hebat mana pun kita,sebenarnya kita hanya seorang hamba jer.perlu “tunduk” pada Nya.
Kengkawan semua..antara langkah2 keselamatan yg boleh kita titik beratkan dalam usaha kita untuk mencegah perkara yg tidak diingini.
Secara amnya:
1.   Jangan dedahkan di laman social alamat rumah anda kerana kita tidak tahu siapa yg memerhatikan kita.
2.   Sendalkan pintu sliding door anda dgn kayu bagi menyukarkan pintu sliding door dibuka
3.   Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci dgn baik.
4.   Pasang grill.
5.   Cara alternative,bolehla memasang alarm system dan CCTV bg meningkatkan tahap keselamatan. Terdapat pelbagai produk di pasaran.

6.   Jika mengunakan auto gate,pastikan auto gate sepenuhnya tertutup barulah kita keluar dari kereta. Ini untuk mengelakkan kita terdedah pada org yg tidak berkenaan yg menyelit masuk ke rumah kita ketika gate ditutup.
7.   Jika tiada auto gate,pastikan pagar sentiasa ditutup dan jangan sesekali leka untuk menutup pagar ketika keluar dan masuk kerana rumah kita akan terdedah sepenuhnya pada org luar untuk masuk.

8.   Sebelum tidur,jangan lupa membaca ayat2 suci Al-quran dan doa memohon kita sekeluarga dilindungi Allah.
9.   Jangan lupa ambik no telefon keselamatn yg berdekatan xkira la polis ke,bomba ke hospital ke..kot2 kes emergency- share by Nita
10. Membuat rondaan di kawasan perumahan.macam rukun tetangga tu.dapatkan kerjasama penduduk di sekitar taman perumahan anda- share by kak effie

Jika kita tiada dirumah:
1.   Sebolehnya,jangan dedahkan di laman social yg tiada org berada dirumah pada sesuatu masa.
2.   Pesan pada jiran untuk tengok2 kan rumah kita.Pastikan hanya memberitahu jiran yg kita percaya saja.
3.   Pastikan lampu menyala terutama di sekeliling rumah.Nasihat saya pasang timer atau sensor yg membolehkan lampu menyala dengan sendiri. Setidaknya bila ada lampu,rumah kita tidaklaa gelap.Dan sebarang aktiviti yg mencurigakan mungkin dapat dilihat oleh jiran.
4.   Maklumkan pada polis di kawasan anda akan ketiadaan anda dirumah bagi membolehkan mereka memerhatikan rumah anda dikala mereka meronda.
5.   Sebelum meninggalkan rumah pastikan semuanya telah dikunci dgn baik.
6.   Pada yg memasang alarm system,pastikan anda ‘armed’ rumah anda. Dan sesekali buatla test pada alarm anda bg menguji kecekapan system.
7.   Sebelum meninggalkan rumah,bacala ayat suci Al-quran dan memohon pada yg Esa moga menjauhkan rumah kita dari sebarang perkara tidak diingini.
Mungkin ada lagi langkah2 yg saya terlepas untuk kongsikan disini  dan kalau ada doa2 yg khusus bolehlaa dikongsi bersama diruangan komen.Bersama kita berdoa dan berusaha meningkatkan tahap keselamatan rumah kita.Moga kita semua dilindungi ALLAH.InsyaAllah. Amin.

Monday, April 4, 2011

Dari Rumah ke Rumah..Jom Jenguk Rumah kak effie

Assalamualaikum..
lama plak blog geng kapal ni tak berupdate..tuan punya blog sangatlaa busy n kureng mood sket nak menghadap PC sebab sibuk kehulu kehilir..ntah apa yg disibukkan pun tak sure sangat..hehehe..Semalam plan last minute kitaorg iaitu saya,kak zurin n eqa telah menerjah rumah kak effie kat enstek berdekatan KLIA n LCCT..Plan last minute..jadi kami pun buat style potluck.Sian kat tuan rumah nanti kalut plak nak masak2 tuk kitaorg.

Mula2 nak citer pasal segment dari rumah ke rumah ni..Tujuan segment ni bukanlaa nak menunjuk2 rumah kengkawan geng kapal yer..takder niat tuan rumah untuk riak apatah lagi menunjuk2..Tapi its more to sharing n berkongsi idea.manalaa tahu kengkawan dapat idea deko dari rumah2 yg kita share ni.nak harapkan masuk majalah impiana n anjung seri tak tau bila kan..so kita share2 kat sini.Terima kasih pada kak effie yg sudi bagi saya menembak2 rumah kak effie yg cantik ni..Untuk makluman semua, saya cuma akan tunjukkan gambar ruang tamu,dapur dan laman sahaja.Untuk privasi,saya tidak menjenguk bilik2.

Ini merupakan kali ke2 saya kerumah kak effie.Dari pertama kali saya melangkah masuk ke rumah kak effie, saya sangat terpegun dengan struktur rumah yg bersiling tinggi dan berkonsepkan resort.Ala2 bali pun ada. Tuan rumah pula sukakan perabut berunsurkan kayu yg punyai nilai astetika tersendiri.

ground floor
Pada asalnya bahagian bawah tangga ni merupakan bahagian court yard dimana sesetengah rumah lain disini membina water fountain or kolam renang ..tapi setelah memikirkan pelbagai aspek,tuan rumah memutuskan untuk menjadikan ruangan ini sebagai ruang menonton dan ruang untuk melayari internet:)
 
makanan potluck kami..big apple donut:eqa,carrot cake:kak zurin and kuew teow:saya:)

aiskrem dari tuan rumah:)

Meja makan kak effie ni sangat menarik perhatian saya sehinggakan saya tanpa malu bertanyakan mana kak effie beli..hehe...kenapa saya kata menarik??meja ni adalah custom made yg dibentuk dari kayu balak yg dipotong. Kayu jenis apa tuan rumah tak pasti.Di bahagian tepi meja jelas kelihatan bentuk ira kayu balak. Meja ni dilapik dgn 2 batang kayu balak yg saya agak ukuran dalam sepermeluk..beratnya kata tuan rumah memerlukan 15 org untuk mengangkat.

Kita ke tingkat atas plak yer.Rumah kak effie ni sebenarnya satu dan setengah tingkat.Dibahagian atas terletak 2 bilik tidur,1 bilik air dan family hall yg dihias dengan cantik.

cozy sangat sampai kak zurin kata bestnya dapat baring2 kat atas ni:)
 bahagian dapur terbahagi kepada wet dan dry kitchen dimana keduanya dipisahkan oleh dinding dan pintu slide. Di bahagian dry kitchen,tuan rumah masih memilih untuk menggunakan custom made table top dari kayu balak jenis yg sama dgn meja makan.Bahagian wet kitchen pula,untuk penggunaan lasak dan rupa bentuk yg kemas,tuan rumah memilih material solid surface dan kayu melamine.
Jom kita menjenguk ke laman pula.Sejuk mata memandang.Rumput baru dipotong yer..so kureng hijau. Let the picture do the talking ok..
Oklaa..itulah review rumah kak effie. Next siapa pula yg sudi bg saya terjah rumah dan rakamkan disini. Jgn malu2 yer:)..just let me know.Btw,TQ kak effie sudi terima kunjungan kami walaupun last minute notice. Next time kita gather2 lagi yer:)
bye2 semua:)