Wednesday, March 27, 2013

GRAND GATHERING GENG KAPAL 2013

Assalamualaikum..
Hai kengkawan semua..lamanya saya tak update kat sini.saya berterima kasih pada pembaca yg tetap setia membaca post2 yg lama dan sudi memberi komen.TQ so much for ur supports.

BTW..nampaknya GGGK datang lagi dan kali ni dianjurkan di Bayu Beach Resort Port Dickson. Marilah kita semua geng kapal sesama memeriahkan event yg hanya berlangsung setahun sekali ini.
Pada yg berminat nak join atau sebarang pertanyaan bolehla sms/whatsapp no 017-2499241.

Ini detail Berkenaan GGGK 3.


Event: Grand Gathering Geng Kapal 2013
Date: 27 (Monday) - 28 (Tuesday) may 2013
Venue: Bayu Beach Resort, Port Dickson.

CARTA ORGANISASI
Pengerusi: Pn. Azie Muhamad
Naib Pengerusi: Pn. Liza Fitri
Setiausaha: Pn. Zurina Zulkafli

AJK Zon:
Selatan(Ng Sembilan,Melaka, Johor): Pn. Norhuda Awin
Tengah(KL,Putrajaya,Selangor): Pn. Harlinda Mokhtar
Timur(Kelantan,Terengganu,Pahang): Pn. Alynn dan Latifah Yahya
Utara(Perlis,P.Pinang, Kedah,Perak): Pn. Sue Khairul
Sabah Sarawak: Pn.Fairuz Hazril

AJK2
Pn. Noratikah Roslan
Pn. Shiela Hashim
Cik Wanie
Pn.Razliana
Pn Nilam Norida
Cik Nun Aini

TSHIRT
Tempahan tshirt sudah bermula dan tamat pada 30 April 2013. pada yg sudah membuat tempahan bolehla membuat bayaran segera. Hubungi AJK Zone Anda Untuk Tempahan dan bayaran.

Untuk Custom size baju anak.Sila buat ukur lilit dada anak dalam inch dan nyatakan ukuran pada Ajk zone. baju boleh dicustom sampai size 22 yg mana boleh fix baby satu tahun.
Senarai Harga Tshirt dan size

Design tshirt Kids by Aini

Design tshirt adult- kak jue razliana
edited by Nilam n aini

Contoh Pattern tapi GGGK 3 Warna oren
warna oren yg dipilih

Hotel Bayu Beach Resort
1. Studio Room: Rm120
2. Aprtment 2 Rooms: Rm200
3. Meals =Brekfast,Lunch,BBQ+Telematch - RM100(Adult), RM70(kids 4-12 tahun)
4. Join BBQ sahaja RM55 Adult, RM30 Kids




Tempat Lunch

Tempat Brekfast

Tempat BBQ

Studio Room - 1 katil Queen+ 1 katil Single

2 Bedroom Aprtment
Game Telematches

Menu BBQ


DETAIL COSTING

Tiap Peserta yg join GGGK akan dikenakan bayaran berikut

1. Harga bilik yg dipilih. (studio room RM120 or kalau share 2 bedroom apartment RM100 sorg)


2. RM100 untuk adult dan RM70 untuk kids (4-12 tahunn) untuk makan brekfast,Lunch, BBQ + Telematch
(kami ada memberi kelonggaran pada kawan2 yg mempunyai anak yg melebihi dua org dari segi bayaran)


3. RM60 untuk Others cost (woven bag+mug+name tag+kos photographer+sewa alatan+etc)


Barangan gift seperti fridge magnet bagi tiap peserta dan kos banner akan disponsor.

Untung yg diperolehi dari penjualan tshirt juga akan digunakan untuk Dana GGGK3.


TEMA MALAM BBQ
Colour Blocking



Jom Reramai kita Join GGGK 3 dan merapatkan silaturrahim sesama kita.


Hubungi AJK Zon anda untuk pendaftaran.
Terima Kasih.


Post By Liza Fitri

Monday, August 13, 2012

Pemberian Sumbangan kepada Keluarga Arwah Shahril Azmi dan Arwah Zahari

Assalamualaikum..
Alhamdulillah setelah tabung kutipan Tragedi Kapal MT Alpinia dimulakan dari 27 July 2012 hingga 11 ogos 2012,duit sumbangan yg dikumpulkan ialah RM14,550. Duit sumbangan  akan dibahagikan diantara keluarga kelima-lima mangsa tragedi. Details jumlah sumbangan boleh refer di PGK dan KPM.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yg sudi menyumbang.Keprihatinan anda amatla dihargai.Hanya Allah mampu membalas jasa anda semua.Jika dulu kita semua mungkin tidak bersatu,namun kini kita teguh bersatu dan sama menghulur bantuan.Bak kata org-cubit paha kanan,paha kiri pun terasa juga.Alhamdulillah kita semua satu keluarga yg besar.

Semalam iaitu 12 ogos 2012, kami telah menyampaikan duit sumbangan kepada dua keluarga iaitu keluarga arwah Shahril Azmi dan keluarga arwah Zahari.

Semasa kami tiba di serting,kedatangan kami disambut baik oleh En.Baharudin dan Pn. Rosnah iaitu ibu dan ayah kepada arwah Shahril. Mereka berdua masih lagi sedih mengenangkan anak yg telah pergi terlebih dahulu dari mereka. Bertambah sedih lagi bila mereka teringatkan pelbagai pesan akhir arwah pada mereka.Melihat kepada ibu dan ayah arwah yg mula bergenang air mata menceritakan kisah arwah,kami yg mendengar pun turut sebak.

Gambar arwah yg berada dalam simpanan mereka turut ditunjukkan pada kami. Walaupun sedih namun mereka tetap redha dengan pemergian arwah. Mereka menyampaikan rasa terima kasih kepada kita semua yg mengambil berat dan sudi bekerjasama membuat kutipan sumbangan.

Alhamdulillah niat untuk menyampaikan duit sumbangan yg pertama telak terlaksana.Jadi kami meneruskan perjalanan ke rumah ibu kepada arwah Zahari di air kuning,Gemencheh. Perjalanan mengambil masa hampir sejam. Memandangkan semua baru first time datang ke air kuning dan tidak mengetahui lokasi sebenar rumah ibu arwah,maka kami dengan jayanya telah tersesat ke dalam jalan kebun getah..aduhai..nasib baik dapat pusing balik..hehe..

Rumah Makcik Noriah penuh dengan pelbagai tanaman.Seronok sangat tgk. Dari pokok durian,pokok dragon fruit hingga la ke pelbagai bunga termasukla orkid.. Kata makcik, tiap kali arwah balik belayar mesti arwah akan bersihkan keliling rumah dan meracun lalang.Dirumah arwah di perlis pula arwah ada menanam pokok tebu. Sepanjang kami disana dan mendengar makcik menceritakan perihal arwah,kami dapat merasa kesedihan yg dirasai oleh makcik.air mata yg mengalir terus menyentuh hati kami.Sebagai ibu,kami juga faham perasaan pilunya kehilangan anak yg tersayang.

Sebahagian jumlah sumbangan untuk keluarga arwah zahari disampaikan kepada makcik noriah dan sebahagian lagi akan disampaikan oleh wakil di Kangar kepada anak dan isteri arwah disana. Semoga mereka diberi kekuatan oleh Allah S.W.T untuk menghadapi dugaan Allah ini.

Hajat kami telah pun ditunaikan. Maka kami pun bergerak balik ke senawang. Sumbangan yg selanjutkan akan disampaikan oleh wakil2 di kelantan,kuala selangor dan perlis. Usaha untuk menghubungi keluarga  Colanggoy Errol Calaluan sedang diusahakan. Semua akan saya update nanti.

***Terima kasih kepada rakan2 yg sudi ke gemencheh/serting semalam..-Kak Azie,Nazri,Kak Shidah dan dear Hubby Fitri.

-Posted By Liza Fitri-

Thursday, July 26, 2012

Sumbangan untuk mangsa Tragedi Kebakaran Kapal MT Alpinia


UPDATED 31 July 2012
Semalam dilaporkan mangsa ke-5 tragedi kapal MT Alpinia telah pun ditemui didalam perut kapal. Al-Fatihah buat arwah  Muhammad Nazrin Khamsani dan Takziah buat keluarga arwah.Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka.Jenazah dijangka tiba di KLIA pada jam 730pm harini dan akan dikebumikan di kampung bukit belimbing, Kuala Selangor.

Semoga mereka yg sudah pergi ini damai disana.Ya Allah ampunilah dosa mereka dan tempatkan mereka dikalangan hambamu yg dikasihi.Amin.

Untuk makluman semua tabung sumbangan akan terus dibuka sehingga 10 ogos 2012. Terima Kasih.

UPDATED 28 July 2012:
Jumlah Kutipan Meningkat dari masa ke semasa.Terima kasih kami ucapkan diatas keikhlasan rakan-rakan semua.Seharian kami dihubungi oleh rakan2 yg bertanyakan no akaun.  Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.Sesungguhnya kita semua memang satu keluarga yg besar.

 Arwah Shahril Azmi sudah selamat dikebumikan malam tadi di serting dan dua lagi iaitu jenazah arwah Zahari Hassim dijangka tiba di ayer kuning , Gemencheh  dan Arwah Mohd  Hanafi Khalil juga dijangka tiba di Tumpat,Kelantan malam ini.

Hari ini Mangsa Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman juga telah ditemui. Dikhabarkan mangsa meninggalkan balu dan 2 org anak.Sedihnya bila memikirkan mereka yg sudah kehilangan ketua keluarga. Takziah kami ucapkan. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini.

Pada yg sudi menghulurkan sumbangan bolehla menghubungi
Azie 016 -6654272 atau Liza 017-2499241
untuk sebarang pertanyaan no akaun. Sumbangan akan dikutip sehingga 10 Ogos 2012. Kemudian kami akan bahagikan kepada 4 keluarga arwah warga malaysia. Insyaallah wakil2 akan melawat keluarga mangsa untuk menghulurkan sumbangan.Sumbangan ini hasil kerjasama Partners Geng Kapal(PGK),Isteri-Isteri Pelaut(IIP) dan Komuniti Perkapalan Malaysia(KPM).


Terima Kasih. 


Posted by Liza Fitri 

 27 July 2012
Assalamualaikum w.b.t..
Semalam kita dikejutkan dengan tragedi yg menimpa kapal MT Alpinia di Labuan. Kapal ini mempunyai 29 anak kapal yg terdiri daripada warganegara Malaysia dan Filipine. Seramai 24 org anak kapal berjaya diselamatkan namun malangnya 1 masih dilaporkan hilang dan4 orang telahpun ditemui dah disahkan meninggal dunia.
Gambar dari Blog KPM

Sesama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Greaser Shahril Azmi Baharudin,Mohd Hanafi Khalil dan Zahari Hassim. Semoga arwah semua ditempatkan di kalangan orang beriman.Kita doakan  Semoga Allah mempermudahkan urusan menemui Muhammad Nazrin Khamasani dengan kadar segera. Jika ditakdirkan beliau masih hidup engkau selamatkanla dia dan sekiranya dia ditakdirkan sudah tiada lagi, Ya Allah kau ampunila dosa beliau dan pertemukanla jasadnya dengan segera. Ya Allah tempatkan mereka semua dikalangan orang yg beriman. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ahli keluarga mangsa yg terlibat.Takziah dari kami di geng kapal.Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mereka yg memikul.

Berikut merupakan senarai nama mangsa:

Terkorban: Shahril Azmi Baharuddin, 28 tahun, Melaka, Greaser
Terkorban: Muhammad Nazrin Khamsani, 20 tahun, Kuala Lumpur, Deck Cadet
Terkorban: Mohd Hanafi Khalil, 24 tahun, Melaka, Ordinary Seaman
Terkorban: Zahari Hassim, 46 tahun, Negeri Sembilan, Pump Man
Terkorban: Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Filipina, Able-Bodied Seaman


Tragedi ni memberikan impak kepada semua warga komuniti kapal di Malaysia. Walaupun mungkin kita tidak saling kenal mengenali namun bila diduga dengan kejadian sebegini, rasa sebak dan hiba terus terasa. Maka marilah kita bersama menghulurkan sumbangan ikhlas kepada semua keluarga 4 mangsa warganegara Malaysia. Sumbangan anda amatla dihargai.Sedikit sebanyak keprihatinan kita dapat meringankan beban keluarga. Insyaallah.


Sumbangan juga akan dibuat di Komuniti Perkapalan Malaysia . Sebarang update berkenaan kejadian ini bolehla rujuk pada Facebook KPM ataupun blog KPM.  

Bagi ahli2 Partners Geng Kapal dan Isteri-isteri pelaut bolehla rujuk no akaun Maybank Noraziyawati Muhamad iaitu admin PGK selaku wakil yg akan mengumpulkan duit2 sumbangan di dokumen group masing2.

Untuk individu yg mahu menyalurkan sumbangan boleh juga SMS Azie 016 -6654272 atau Liza 017-2499241 untuk mengetahui no akaun. harap maaf no akaun tidak dipaparkan disini atas sebab2 tertentu.

Sumbangan akan dikutip dari hari ini  27 July 2012 hingga 10 August 2012 dan hasilnya akan dibahagikan sama rata diantara keluarga terlibat oleh wakil2 yg akan pg melawat keluarga mangsa nanti.

Terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah akan membalas jasa baik rakan2 semua.Insyaallah. 




Monday, June 18, 2012

Saper lagi pandai jaga keta??


A few weeks ago saya ada la terdengar satu topik pagi di Suria FM berkenaan sapa lagi pandai jaga keta ni.Ramai la yg call n of course la lelaki yg menang n kebanyakkan kata pompuan just tau kemas keta n letak bantal kat belakang sampai tak nampak cermin belakang..huhu...

Tapi kita as wife org kapal ni yg sentiasa hubby takder kat darat..Tahu ke jaga keta????????ke just tahu drive mcm yg org kat radio tu duk kata. Pengalaman saya, Saya takder la tahu semuanya pasal engine keta tapi kalau basic cam nak check air battery,minyak engine,brek+semua jenis minyk tu, isi angin tayar,isi air/coolant radiator semua tu saya tahu la. Kalau pasal service keta plak,urusan dgn org bengkel tu mmg saya jer la buat.

Saya ni dah ada pengalaman keta mati kat tengah jalan..tayar keta pecah kat highway n tayar keta bengkak sampai bergegar keta..semuanya tanpa hubby disisi.Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan saya dan saya dapat setel semua. Mintak jauhla kan kes yg lebih teruk.Tak sanggup rasanya.
Tayar Keta Saya yg pecah dulu
Bila keta kita ada problem semestinya kita akan mula sedih n berharap hubby ada kat sisi. Tapi kita semua strong woman. Insyaallah semuanya dapat kita selesaikan.Pada kengkawan yg seperti saya, yg jaga keretanya sendiri, saya ucapkan tahniah and kalau ada la kengkawan yg tak berapa tahu pasal keta..jom kita belajar dari sekarang.Tahu basic jadi la so kita tak panik bila apa2 jadi.

okla..saya ni tak masak lagi ni. Membebel kat sini plak...Take care semua. Pada kengkawan Housewife yg seangkatan dengan saya..."Kurangkan Kontroversi, Tingkatkan Prestasi"..hehehee...jangan sampai ada yg kata kita keja bergosip jer.:))..Peace